Thursday 8 January 2015

Resepi Kimchi yang Simple dan Sedap

Assalamualaikum...

Nama jer blog ni kimchi, tapi tak ada pula cerita pasal kimchi. Ok, sekarang ni nak cerita aktiviti semalam saya. Selepas 2 minggu balik darik Korea, tekak ni mula rindu dengan makanan Korea, terutama kimchi. Nak beli kimchi yang dah siap di pasaraya memang mahal, baik buat sendiri dengan kos yang paling minimum dan hasil yang memuaskan.

Resepi untuk membuat kimchi:


Bahan-bahan utama:

1. 1 batang kubis cina

2. 2 batang karot

3. 6 Cili padi

4. Daun bawang (tak letak)

Bahan-bahan pes:

1. 1 1/2 biji bawang holland

2. 5 ulas bawang putih

3. 1 inci halia

4. 5 sudu besar Cili kisar

5. 2 sudu besar sos ikan

6. 3 sudu besar serbuk cili (nak pedas letak lebih)

7. 2 sudu besar gula

8. 1 sudu besar garam

Bahan-bahan untuk perapan:

1. Garam

2. Air






Kubis cina yang baru dibeli dipotong 4 dan dibasuh bersih-bersih dengan air yang bersih. Lepas tu lumurkan dengan garam di setiap helaian daun kubis.Selepas semua dilumur dengan garam, simpankan kubis di dalam peti ais semalaman. 

Saya buat kerja melumur ni dalam bilik untuk mengelakkan gangguan teknikal dari anak-anak buah, sambil melumur kubis sambil menonton "roomate 2".




Taraa.. selepas semalaman dilumur dengan garam, kubis menjadi lembik dan sangat tidak bermaya. Kasi potong kubis kecil-kecil dan basuh dengan air paip sinki. Buang air garam pada kubis untuk mengelakkan garam berlebihan pada kubis dan menyebabkan kemasinan melampau pada kimchi anda.


Tak sempat nak snap gambar bawang, yang ni selepas bawang holland, bawang putih, halia, gula dan air dikisar di dalam blender. Air jangan letak banyak sangat sebab kubis itu sendiri nanti akan membekalkan air pada kimchi itu nanti.


Cili kisar dan lobak merah yang telah diparut. Saya guna cili giling sedia ada di Tesco, sebab malas nak blender cili kering. 


Campurkan kesemua bahan-bahan pes ke dalam bekas kubis.


Masukkan lobak merah dan gaulkan bagi rata kesemuanya. Jangan lupa masukkan sos ikan ketika menggaul kesemua bahan-bahan di atas. Jangan lupa untuk masukkan serbuk cili untuk menyerikan lagi kimchi anda dengan warna yang lebih merah dan menambahkan rasa pedas pada kimchi.


Masa nak snap gambar ni, tangan tinggal sebelah saja. Sebab sebelah lagi guna untuk menggaul kubis, dan inilah hasilnya.


Kalau nak pedas lagi tambahkan lagi cili padi ikut kesukaan sendiri. Nak letak satu mangkuk pon tak apa.


Ok, dah siap akhirnya kimchi saya. Simpan dalam peti ais untuk proses perapan yang sempurna. Kimchi ni sedap dimakan dengan nasi campur, bubur dan ramyun. Selain tu, makan dengan maggi pon sedap juga.









29 comments:

  1. Replies
    1. Selalunya kalau letak di luar dlm masa sehari dia dah start masam sikit, kalau dalam peti ais, 3 hari baru dia masam. Kalau nak cepat masam letak sehari di luat, then baru simpan dalam peti untuk tahan lebih lama

      Delete
  2. Bekas tu tak kisah la dalam ape pn ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye..tak kisah mana2x bekas pon, bekas plastik lagi baik.

      Delete
  3. balik satgi nak buat...sedap tgk..dah lama teringin nak makan...

    ReplyDelete
  4. Jenama sos ikan ape awk guna?

    ReplyDelete
  5. paling simple saya rasa...saya sedang blajar dkt estonia tp makanan terhad...dpt resepi kimchi simple mcm ni mmg membantu..bahan2 pulk seng dpt..nasib baik cili blender bawak siap2 dari Malaysia...tq ye sis.. :)

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Boleh tahan berbulan-bulan kalau disimpan dalam peti ais

      Delete
  7. Klu xsimpan dlm peti ais brapa lma bleh tahan?

    ReplyDelete
  8. Klu xsimpan dlm peti ais brapa lma bleh tahan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak simpan dalam peti ais, kurang tahan..sebab nanti kimchi ni akan keluar banyak air dan rasanya pun tak sedap.

      Delete
  9. sos ikan tu kalau nak ganti dengan sos perasa maggi boleh tak?

    ReplyDelete
  10. Pes cili kisar takyah masak dulu eh? Tak rs cili bawang mentah ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. X payah masak, sebab fungsi dia untuk diperap. O

      Delete
  11. Kak...x yah ltk cuka?..mcm mn nak bg rasa masam

    ReplyDelete
  12. Kak...x yah ltk cuka?..mcm mn nak bg rasa masam

    ReplyDelete
    Replies
    1. x perlu letak cuka, akan jadi masam bila diperap lama

      Delete
  13. Tengah buat...hihi harap2 sedap le ekkk...teringin gila nak makan....

    ReplyDelete
  14. Tengah buat...hihi harap2 sedap le ekkk...teringin gila nak makan....

    ReplyDelete
  15. Bila kimchi tu belendir..tandanya dah basi ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau simpan dalam peti ais, kimchi tu tak akan basi.

      Delete