Monday, 2 February 2015

Resepi Korean Penkek (Pojeon)

Assalamualaikum...

Semalam iolss main masak-masak lagi dengan bertemakan sarapan pagi ala-ala korea. Siapa pernah makan "Pojeon" ataupun boleh dikenali sebagai penkek korea. Kebanyakan bahan yang digunakan dalam resepi ni adalah sayur-sayuran dan seafood. Kebanyakannnya orang korea memang suka makan sayur. Sebab rindu sangat nak makan makanan korea, maka terhasillah resepi ala-kadar ni.

Bahan-bahan:

1. 4 cawan tepung gandum

2. 1/2 sudu kecil serbuk kunyit

3. 3 sudu kecil garam

4. Daun bawang

5. Karot

6. Sotong / Udang

7. Cili Merah

8. Air

9. Kimchi (Optional)




Bahan-bahan utama yang digunakan. Kalau suka sayur lebih, letak lebih sayur pon tak apa. Bancuhan tepung haruslah tak terlalu pekat dan terlalu lembik. Proses dia sama jer dengan proses membuat cucur udang.


Taburkan bahan-bahan sayuran dan sotong di atas kuali yang panas. Gunakan kuali non stick supaya tepung tidak akan melekat.



Lepas itu, curah dalam satu senduk bancuhan tepung tadi ke atas sayuran tadi.


Nilah dia selepas dimasak. Kalau nak lagi advance, boleh campurkan tepung tadi dengan kimchi yang sudah masam. Rasanya akan lebih berbeza, sebab kimchi tu akan beri rasa yang masam
.




Sedia untuk dimakan. Boleh dicicah dengan sos untuk rasa yang lebih menyengat.

2 comments: