Wednesday 31 December 2014

# My Korea Story Part 3

Assalamualaikum...


Day 3----> Yong Pyong Ski Resort


Hari ketiga di Korea masih lagi di Yong Pyong Resort. Hari ini kebanyakan aktiviti yang dilakukan adalah aktiviti sendiri. Bagi yang menyewa ski boleh bermain ski. Saya pula memang tak mampu nak menyewa satu set ski yang kalau dikira semula bersamaan dengan RM 300 duit kita. Baik simpan duit untuk shopping.


Lepas sarapan di hotel, semua berkumpul untuk aktiviti seterusnya iaitu menaiki kereta kabel untuk naik ke atas puncak bukit Yong Pyong Resort. Sangat excited sebab view dekat atas cantik-cantik dan banyak tempat yang boleh diambil gambar. Sebelum naik kereta kabel beratur dulu. Muka dah kene balut dengan pashmina sebab hidung dah semakin berair.



Orang-orang yang nak main ski ini beratur macam nak pergi perang pun ada


I'm ready to go.


Kami dah bersedia nak berangkat ke atas. Satu kereta  boleh dimuatkan dalam 8 orang pada satu-satu masa.


Cute oppa pon naik bersama ke atas. ( ^ __ ^ ). 





Such a nice view from above. Tangan masih menggeletar masa nak ambil gambil ini.


Bergambar bersama bos dan monopod juga tidak ketinggalan. View yang cantik yang boleh dilihat dari atas. Sejuk dan angin yang kuat memang tak boleh nak cakap apa, warmer pad mesti ada dalam poket untuk mengelakkan tangan dari jadi beku. 



Aktiviti ketika berseorangan adalah selfie dan selfie dengan monopod kesayangan aku.



Time to selfie with 4 of us. Fantastic 4 Uolss...


Lepas turun dari kereta kabel, rehat sekejap dalam hotel dan dalam pukul 3 petang macam tu kami turun balik ke ski resort untuk bermain salji dan membuat snowman.


Boleh dikatakan kami ni macam budak-budak bila jumpa salji, nak buat macam mana boleh jumpa sekali seumur hidup saja.



Aktiviti membuat snowman


Inilah snowman yang tak berapa nak menjadi dari saya. Susah juga nak buat snowman, kepal-kepal tak jadi bulat. Boleh la asalkan ada bentuk snowman.



Untuk dinner kami makan seafood steamboat dan macam biasa disertai dengan hidangan sampingan yang lain seperti kimchi, tauhu, taugeh dan seaweed. Rindu nak makan macam ini lagi. Suka makan macam ini sebab kebanyakannya hidangan makanan orang korea mesti ada kimchi dan garam yang disediakan dalam satu mangkuk kecil. Sebelum makan disunatkan untuk makan sedikit garam seperti yang disunahkan oleh nabi kita. Kimchi pula bagus untuk perut sebab fungsi dia sama seperti yogurt yang boleh melancarkan proses pembuangan dalam usus kita. Balik Malaysia nanti nak buat kimchi.


*Hari keempat di Korea---Next Entry







Tuesday 30 December 2014

# My Korea Story Part 2

Assalamualaikum...


Korea Day 2----> Mount Sorak


Hello, hari kedua saya di Korea bermula dengan sarapan di hotel. Hari ini kami semua akan ke mount sorak ataupun boleh dipanggil seoraksan national park dan seafood market. Angin memang kuat dekat mount sorak ditambah dengan salji yang turun menyebabkan kami tidak dapat untuk menaiki kereta kabel. Huhu sedih sangat sebab tak dapat naik kereta kabel di mount sorak. Permandangan memang cantik dekat mount sorak.


Ini sarapan saya di waktu pagi. Nasi, kimchi, scramble egg, salad, potato wedges, sup jagung dan orange juice, yang pasti semua boleh di makan. Kat korea ini kalau boleh elakkan pengambilan daging dan ayam sebab mencari yang halal itu wajib. Kena makan makanan berasaskan sayur dan makanan laut sahaja.



Kedai menjual topi dan glove di depan pintu masuk mount sorak. Rupa-rupanya peniaga yang menjual dalam kedai ini pandai cakap melayu. Senang sikit nak berkomunikasi. Sempat lagi beli gloves dan snow cap disebabkan gloves yang saya beli di daiso memang tidak dapat menampung kesejukannya. Snow cap yang saya beli berharga 12000 won dan gloves 15000 won. Sebenarnya agak mahal kalau diconvertkan ke duit Malaysia.



Indahkan ciptaan Allah. Beruntung sangat dapat tengok permandangan dekat sini. Saya kene pakai mask sebab angin terlalu sejuk. 





Tengan jalan pun rasa macam nak terbang. Sebab angin terlalu kuat dan kaki teramatlah sejuk untuk bergerak. Kesannya kulit kaki habis merekah sebab tak dapat nak tahan sejuk. Jadi, kenalah sapu banyak losyen di kaki.


Bergambar dengan officemate. Semua sedang menahan kesejukan. 




Gambar ini diambil di seafood market, berhampiran dengan perkampungan nelayan. Nampak gemuk masa pakai baju ini. Lantaklah, janji boleh tahan sejuk.


Harga bagi setiap satu menu yang dipamerkan. Kena tanya ahjumma ni kalau nak tahu setiap satu harganya berapa.



Sedap kot udang tempura yang Ahjumma ini jual, memang terasa fresh dari laut lagi.



Sotong fresh dari laut, tak paham apa yang ahjumma ni tulis dekat sotong ini.


Lepas puas berjalan di mount sorak dan seafood market, kami dibawa untuk makan tengahari di sebuah restoran korea.



Ini adalah makanan tengahari kami yang berkonsepkan makanan vegetarian. Tauhu, kimchi, seaweed, cendawan dan banyak lagi. Tak tahu kenapa saya masih berselara nak makan lagi. Kalau duduk Korea sebulan pun rasanya masih boleh bertahan lagi dengan makanan dia. Lagi satu, saya memang tak memilih kalau bab makanan, semua boleh masuk kecuali yang haram, batu, kayu dan tanah. (^ ^)


Gambar kenangan mesti diambil walaupun sedang sibuk makan. Dua baris meja ini semua adalah saya punya officemate. 


Lepas makan, bergegas turun ke bawah sebab nak ambil gambar, Ngeee...(^ ^)



Lepas kenyang makan tengahari, dalam 1 jam lebih perjalanan kami sampai ke Yong Pyong Resort. Yong Pyong resort adalah di antara ski resort yang famous di Korea.


Hotel di Yong Pyong adalah di antara hotel terbaik yang saya pernah rasa di korea. Satu malam di hotel ini bersamaan dengan RM 1000 duit Malaysia. Siapa sanggup bayar uolss, haruslah berfikir banyak kali kalau nak pergi sendiri dengan bajet yang tak berapa nak cukup ni.



Yang paling penting semua perkakas dapur disediakan, even periuk nasi pon ada sekali.



Makan malam kami adalah sotong dan sayur. Sedap dan memang menyelerakan. Masih lagi boleh diterima tekak.


Lepas makan malam, jalan-jalan di sekitar ski resort dan ambil gambar bersama officemate.


Nampak tak tiba-tiba dah tukar attire, sebenarnya dah naik ke hotel, lepas itu tengok jam baru dalam pukul 7, so awal lagi, rehat dan ke toilet sekejap, then siap-siap pakai baju semula, ambil monopod dan selfie sampai lebam dengan roomate saya. 



Suhu -8 darjah celcius, nak ambil gambar pun terketar-ketar dan tangan beku semata-mata nak tekan  kamera di telefon, sanggup beku asalkan boleh ambil gambar sepuas-puasnya. huhu..Bila lagi kan, gunakan peluang yang ada sebaik mungkin, sebelum pulang ke Malaysia.


* Korea part 3 --- > Next entry










Monday 29 December 2014

# My Korea Story Part 1

Assalamualaikum...

Hari pertama di Korea bermula dengan penerbangan dengan Air Asia pada pukul 7.30 am. Kami sampai di Korea dalam pukul 2.30 pm waktu Korea. Waktu jam Korea awa1 1 jam dari Malaysia.
Beruntung sangat dapat pergi ke Korea time winter macam ini, sebab boleh rasa pengalaman bermain dengan salji.


Tiket flight ke Korea. Saya pergi dengan officemate dan kebanyakannya adalah chinese dan agensi juga pakai agensi yang non-muslim, jadi muslim macam kami ini kena pandai memilih makanan yang sesuai dimakan.



Bergambar dengan office mate. Kami memang duduk tak berjauhan antara yang lain, jadi adalah juga teman untuk bercakap.



Sempat lagi selfie di dalam flight. Muka memang muka tak cukup tidur, sebab dah kene bertolak dari rumah pukul 3 pagi lagi. Nak tidur puas-puas dalam flight.


View dari atas awan, selepas dalam setengah jam penerbangan.


Sebelum tidur makan nasi lemak dulu. Makanan Malaysia terakhir yang dapat dimakan sebelum sampai ke Korea.


View dari atas. Time ini dah boleh nampak salji yang putih dekat incheon. Sampai-sampai sahaja salji memang tengah turun dan suhu adalah -5 darjah celcius seperti yang diberitahu oleh pilot di dalam flight.


Kalau boleh nampak, salji memang tengah turun lebat masa kapal terbang ini tengah landing. Lepas habis check out, salji dah berhenti turun. So sad...



Sampai saja terus berkumpul dan pakai apa yang sempat dipakai. Masa ini memang baju hanya pakai 2 lapis jer, dan memang tak tahan sebab tak sempat nak pakai long john. Yang pegang bendera tu kami punya tour guide, nama dia James dan dia sangat handsome.


Beratur sebelum naik shuttle train untuk check out. Dah pergi negara orang haruslah ikut cara mereka. Tak boleh sukahati sahaja nak redah masuk dalam train kalau tak beratur dulu.


Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan dan terus naik bas ke mount sorak. Sebelum sampai ke hotel, kami makan malam dulu di satu restoran makanan Korea. Tak pasti nama restoran ini restoran apa sebab dalam bahasa Korea.


Masa ini sejuk memang tak hengat, angin sejuk bukan sepoi-sepoi bahasa lagi, angin yang bercampur dengan angin frozen, tak tahu nak umpamakan macam mana, mungkin sebab dah malam, suhu semakin menurun. Naik bas terus terketar plus menggigil tahap maksimum.



Nasi dengan ikan, bagi saya nasi dia memang sedap, sebab rasa nasi dia yang kenyal dan lembut. Side dish dia ada kimchi, tauhu, seaweed soup dan jeruk. Tekak saya memang tekak makanan Korea, jadi memang tak ada masalah kalau bab-bab makanan dekat sini.



Hotel pertama kami di Korea di I park Condominium,menggunakan prinsip tradisional Korea dengan tidur beralaskan cadar dan tilam di atas lantai. 


Keadaan bilik ini memang kemas. Kat luar balcony tengah angin kuat, jadi tak berani nak buka pintu balcony luas-luas, tak pasal-pasal semua barang terbang.



Dapur kecil juga disediakan untuk kemudahan memasak. Boleh la masak maggi kalau lapar. 


Berehat sambil layan SBS live music award. Nak cari TV3 memang tak jumpa la kat sini. So, layan K-POP dulu sebelum tidur.

*Hari kedua di Korea --- Next entry..