Saturday 18 April 2015

Resepi Brownies yang Crunchy dan Marvelous

Assalamualaikum...

Hai uolss, aktiviti aku pada hujung minggu lepas adalah membuat brownies coklat yang superb delicious dan very crunchy. Resepi ni diambil dari blog juga dan diolah sendiri mengikut citarasa aku sendiri.

Bahan-bahan

1. 250gm butter
2. 400gm coklat masakan (Coklat susu beryls)

-- Cairkan butter dan coklat masakan dengan kaedah double boiler

3. 90gm tepung
4. 50gm serbuk koko
5. 100gm kacang badam hancur--dipanggang

--Ayak tepung bersama serbuk koko, dan campur dengan badam

6. 5 biji telur (saiz A)
7. 1 sudu teh esen vanilla
8. 190gm gula perang

--Panaskan oven pada suhu 160 darjah celcius
--Pukul telur, esen vanilla dan gula perang
--Tuangkan adunan coklat dan  butter ke dalam adunan telur, dan kacau rata.
--Dengan kadar segera tuangkan adunan tepung ke dalam adunan
--Kacau adunan dengan spatula menggunakan kaup balik dengan cepat.
--Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan
--Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 45 minit

** Aku tambah satu sudu kecil serbuk penaik. Sebenarnya tak ada dalam resepi, letak untuk biar brownies ni naik denagn gebu.



Sebelum dimasukkan ke dalam oven. Adunan memang pekat dan perlu dikacau dengan cepat setelah semua bahan telah dicampur.


Inilah rupa dia selepas diletakkan dengan coklat ganache di atasnya. Memang crunchy dan sedap setelah dibiarkan sejuk di dalam peti ais. 


Tuesday 7 April 2015

Resepi Lempeng Pisang dengan Kelapa parut

Assalamualaikum...

Hai uolss, pernah makan lempeng pisang?..Sekarang ni susah sikit nak jumpa kuih ni dekat mana-mana. Kalau nak makan kenalah gigih buat sendiri..huhu. Proses pertama dalam menyiapkan lempeng ni adalah, kenalah ada daun pisang. Aku jumpa daun pisang ni dekat bawah apartment rumah kakak aku, itupun adalah dapat dalam satu pelepah jer. Penting kot daun pisang ni, sebab nanti bau dan rasa dia lebih wangi dan sedap.

Bahan-Bahan:

1. Pisang Awak 8 biji (Pastikan gunakan pisang Awak untuk rasa yang lebih sedap)
2. Gula 3 sudu besar
3. 2 senduk tepung gandum
4. Secubit garam
5. Kelapa parut
6. Daun pisang
7. 1 cawan air

Cara-Cara:

1.  Blender pisang, gula dan air. Jangan blender lama sangat, sebab kita tak nak pisang ni terlalu         hancur.

2. Selepas di blender campurkan tepung dan garam dan kacau sehingga sebati.



3. Buat bulatan pada daun pisang dan taburkan kalapa parut yang telah digaulkan dengan sedikit garam. Tak banyak pilihan daun pisang yang ada, so terpaksalah guna daun yang berlubang-lubang ni..huhu, tak apa janji bersih ok..


4. Masak di atas api yang sederhana sehingga betul masak dan pastikan adunan tidak melekat pada daun pisang


Inilah dia homemade lempeng pisang dengan kelapa parut yang dibuat oleh saya. Sedap dimakan panas-panas.