Wednesday 14 October 2015

Sure Universal Remote Control untuk TV dan Pelbagai Electronic Devices

Assalamualaikum...

Pernah dengar tak pasal Smartphone remote control? Rupanya Apps ni dah wujud lama, hari ni baru perasan. Siapa pengguna IOS dan Android korang boleh cari dekat Apps store dan search Sure Universal Remote ataupun boleh klik di sini.


Bukan setakat boleh control TV, AC, DVD dan Projector pun boleh kontrol. Apps ni boleh download Free jer dekat apps, tapi korang punya smartphone kenalah compatible dengan apps ni, sebabnya apps ni kena ada built-in infra red blaster dekat smartphone korang. Aku punya smartphone tak ada, so tak boleh guna, kalau nak download samsung TV remote control boleh la. 

Victoria Face Lift Facial dan Treatment hanya RM 25 Sahaja

Assalamualaikum...

Sekarang Victoria Facelift sedang buat promosi Facial dan Treatment yang bernilai RM 580 kepada RM 25 sahaja!!!. Murah giler weyy...Treatment dia memang best sebab include sekali dengan shoulder massage, facelift, kolagen, dan macam-macam lagi.





Victori Facelift yang aku cuba adalah branch di One Utama. Sebelum tu kenalah buat appointment untuk set tarikh dengan masa. Aku pilih sabtu lepas pada pukul 2 petang. Tapi sebelum itu, treatment dia adalah selama 3 jam, so kena makan dulu sebelum buat treatment.  

Diaorang akan bagi consultation dulu sebelum buat treatment. Kulit aku tak adalah masalah teruk sangat, cuma dehydration, tona kulit tak sekata dan ada sikit-sikit parut jerawat. 

Sekarang baru faham kalau umur semakin meningkat kolagen kita pun akan berkurang. Rawatan ini juga akan menambahkan lagi kandungan kolagen dalam kulit kita.



Bilik rawatan dia. Best tidur kat atas tilam ni, sambil kena urut-urut manja. Tapi bila buat rawatan facelift agak sakit sikit la, tapi ok jer lepas tu.


Dan, sebelum balik, diorang akan bagi doorgift dulu, dahlah dapat rawatan murah, lepas tu dapat doorgift pulak. Then, kalau korang nak continue treatment, diorang akan terangkan macam mana prosesnya dengan bayarannya sekali, Aku tak continue treatment, sebab just nak dapatkan experience yang ada dekat sini. 



Sunday 11 October 2015

Resepi Spaghetti Bolognese yang Simple

Assalamualaikum..

Oleh kerana, terlalu mengidamkan sajian pasta, maka terhasillah hidangan spaghetti bolognese yang simple dan campak-campak jer bahan-bahannya.

A. Bahan-Bahan:

1. Setengah paket spaghetti (saya guna jenama Kimball sbb murah)

2. 1 sudu besar minyak

3. 1 sudu kecil garam

Cara - Cara:

Celur spaghetti di dalam periuk, disertakan sekali minyak dan garam. Celur sehingga spaghetti lembut. Bila siap angkat dan toskan airnya.

B. Bahan-Bahan Sos:

1. 4 biji bawang putih (dicincang)

2. 1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)

3. 1 botol kecil sos spaghetti kimball

4. 2 biji tomato (dipotong dadu)

5. 2 batang hot dog (dihiris nipis)

6. 1 buku daging cincang ramly (ceraikan kecil-kecil)

7. 5 biji cendawan shitake (potong nipis-nipis)

8. 2 sudu kecil garam

9. 2 sudu besar gula

10. 1 batang daun ketumbar (dicingcang halus)

Cara - Cara:

1. Tumis bawang putih sehingga naik bau, kemudian masukkan daging cincang.

2. Setelah daging sudah masak, masukkan shitake mushroom, dan hot dog.

3. Setelah itu masukkan pula tomato dan 1 botol kecil sos spaghetti kimball.

4. Kacau rata dan masukkan bawang, gula dan garam, masak sos sehingga mendidih, dan perasakan       dengan garam dan gula. Taburkan juga daun ketumbar untuk menaikkan bau sos spaghetti.

5. Tuangkan di atas speghetti yang telah dimasak, dan sedia untuk dimakan.



Tuesday 6 October 2015

Silky Girl MATTE fever Lip Balm Review

Assalamualaikum...

Pernah dengar tak pasal produk ni?. Rasanya produk ni dah keluar lama dah di pasaran cuma, sebulan 2 ni jer baru nak cuba produk ni. Bibir aku memang dah semula jadi kering sejak dulu lagi, dan memang pantang dengan lipstik. Dah banyak jenis lipstik dah pernah cuba, satu jenis pun tidak sesuai dengan bibir. Kalau pakai lipstik jer, bibir aku akan merekah dan kulit bibir akan kering dan tertanggal.

Penyelesaiannya, aku cubalah guna Silky girl Matte fever lip balm ni. Hasilnya bibir kurang kering dan warnya juga tahan lama kalau sehari pakai. Akhirnya jumpa jugak lipstik yang dikategorikan sebagai lip balm yang sesuai dengan kulit bibir aku. 




Lip balm ni juga boleh tahan lama sebab isinya tebal, haha..cuba tengok gambar di atas macam marker pen pun ada.




Yang aku gunakan ni adalah lip balm matte yang warnanya dipanggil merah siren. Murah jer, harga dia dalam belasan ringgit jer, boleh didapati Guardian and Watsons.

Jangan Percaya Lelaki 100%

Assalamualaikum...

Hai..dan selamat malam, kenapa tiba-tiba aku nak tulis pasal tajuk ni. Sekarang ni banyak sangat kejadian yang menimpa wanita terutama sekali remaja-remaja belasan tahun yang masih bersekolah ataupun yang sudah bekerja yang percaya dengan kata-kata janji manis lelaki, yang menjurus kepada melakukan maksiat. We as a women , kenalah ada penghadang diri ataupun boleh dipanggil sebagai perisai yang boleh menghalang kita dari melakukan maksiat dan terjerumus kepada lembah penzinaan.

Malu adalah perisai utama bagi seorang wanita solehah. Biarlah lelaki nak cop kita sombong, asalkan hubungan dengan Allah sentiasa terjaga. Janganlah percaya sangat kata-kata manis lelaki yang menjanjikan kemewahan, cinta dan sayangnya pada kita. Sebab, lelaki yang bertanggungjawab dan gentleman adalah lelaki yang boleh menjaga maruah wanita yang dia cintai. Itu adalah ciri-ciri lelaki yang sesuai untuk dijadikan calon suami. Please girls, don't believe man 100%, you should have some suspicious with the man that you like or love, kalau tak banyak sikit pun boleh.

Seorang lelaki yang soleh itu adalah calon terbaik untuk dijadikan suami. Kalau korang ada kenal lelaki yang perangai dia yang tak berapa nak senonoh tapi solat dia jaga, itu bermakna dia menjaga hubungan dia dengan Allah. Kami perempuan ni, bukannya nak cari lelaki 100% macam ustaz, yang penting, lelaki tu mesti jaga solat 5 waktu, bertanggungjawab, dan pandai menjaga maruah wanita yang dia sayang. Kita memang tak akan dapat mengubah seseorang itu, melainkan dia sendiri yang nak berubah.

So, carilah pasangan hidup betul-betul, nasihat untuk diri sendiri juga. Mostly, dekat Malaysia ni ramah lelaki bujang yang dah tak ada teruna, dan perempuan yang kehilangan dara pula hampir 90%. So, renung-renungkanlah. Bagi aku lah, kalau diorang ni dah berubah, aku boleh accept even, lelaki tu dah tak ada teruna pun aku boleh terima, yang penting, dia bertanggungjawab, jaga solat, dan jaga maruah wanita yang dia cintai. Ataupun boleh dikategorikan kepada, nak berubah dan meninggalkan perkara yang lama yang dia pernah lakukan.



Nobody are perfect, just accept the way they are. As long as mereka nak berubah ke arah kebaikan. 


Tuesday 8 September 2015

Cara Menambahkan Tempoh Kredit Celcom Anda

Assalamualaikum...

Entri kali ni nak kongsikan berkenaan cara untuk melanjutkan tempoh kredit sim kad, bagi pengguna Celcom sahaja. 

Cara dia mudah sahaja

Taip EXT dan hantar kepada 28882.


Syaratnya adalah kredit anda seharusnya ada minimum RM 30, untuk dipotong bagi perlanjutan kredit dalam tempoh setahun.

Selamat mencuba!!!


Samsung S1270 Simple dan Comfortable

Assalamualaikum...

Nak cerita sikit mengenai hanphone baru aku iaitu samsung S1270 yang aku beli di Lazada baru-baru ni. Dalam banyak-banyak handphone touch screen yang popular sekarang ni, hp ni jugaklah yang aku pilih. Since aku remaja, aku memang dah lama teringin nak pakai hp flip flop ni. Maybe, sebab design dia yang comel dan kecil yang menyebabkan aku tergila-gilakan hp ni.


Di lazada ni, kalau barang-barang electronic dan barang-barang perkakas dapur memang banyak dijual dan macam-macam pilihan yang ada. Aku dapat beli dengan harga RM 101, setelah mendapat diskaun sebanyak 15% dengan menggunakan applikasi lazada di android. 



Dalam 3 hari macam tu, aku dapat delivery dari GDex. Shipping untuk produk ni pun free, so dah untung sikit dari situ. Berbanding dari harga di luar, harganya mahal sedikit berbanding dari harga di Lazada.



Dalamnya disertakan sekali bateri dan micro sd charger.


My hot Red Samsung flip-flop phone. Simple aplikasi macam basic phone yang biasa, cuma ia ada FM radio dan GPRS. Nombor celcom aku bolehlah aku gunakan untuk hp ni.

Tuesday 1 September 2015

The Sims 2 Game Untuk Hilangkan Stress

Assalamualaikum...

Aku memang dah lama addicted dengan game sims ni, sejak dari zaman universiti lagi. Sampai ke sekarang ni pun masih lagi main dengan game ni bila ada masa terluang. Kalau dulu main sims dalam Facebook ataupun sebelum ni main sims 1 yang basic sims jer. Kalau yang sims 2 view game more on 3D view, so game ni akan jadi nampak real dengan effect 3D view.


Sebab kenapa aku cakap main game sims ni best, sebabnya watak dalam sims ni nampak hidup dengan mempunyai personaliti yang tersendiri dan berbeza bagi setiap sims. Keluarga dalam sims ni juga boleh membiak dengan cara kita mengahwinkan sims kita dengan sims yang lain.



Ia umpama kehidupan seorang manusia dan pelbagai jenis ragam sims boleh dijumpai dalam game ni. Nak bela kucing dan anjing pun boleh. Game ni best weyh, sebabnya boleh design perabot dan boleh juga design rumah mengikut kreativiti kita sendiri. Siapa yang feeling-feeling nak jadi arkitek dan design rumah bolehlah cuba main game ni. Tapi seriusly, disebabkan game ni la laptop aku cepat panas, thats why kalau nak main game ni RAM laptop mestilah tinggi. RAM yang aku guna sekarang 4gb RAM, so bolehlah simpan banyak memory untuk main game ni.


Sekarang game sims dah sampai edition yang keempat. Tapi sims 3 dan 4 ni macam tak sesuai untuk budak-budak di bawah umur sebabnya banyak kepada unsur-unsur yang tak sesuai bagi kanak-kanak bawah umur. 

Entri yang seterusnya tentang cara nak download dan install The sims 2 full edition dari internet.

Monday 17 August 2015

Teluk Senangin Perak

Assalamualaikum..

Tak sempat nak bercerita pasal raya hari tu. Lepas raya terus sibuk dengan urusan dunia. Sempat jugak raya hari tu bersantai di teluk senangin. Ni memang first time pergi ke Teluk Senangin, cantik jugak pantai teluk senangin, huhu..actually ramai informer yang bagitau yang pantai teluk senangin ni tak cantik mana pun. Sekarang ni dah banyak pembaharuan yang ada dekat Teluk senangin.



Selfie dulu dengan anak saudara sebelum bertolak ke Teluk Senangin. Gigi kitorang macam sama, bezanya gigi aku ade besi. huhu


Ni aktiviti pak cik - pak cik yang join sekali ke Teluk Senangin, memancing sampai tak ingat. Sotong kurita pon boleh dapat.



Menunggu BBQ yang hampir siap. Boleh lepak dulu dekat chalet yang diorang menginap. Chalet ni best ok, yang penting selasa dan air-cond pon ada disediakan. 
Nak Barbeque pon boleh dekat Teluk Senangin ni. Ubi, ikan, ayam dan steamboat pon ade. Malam pulak diorang main lawan mercun dengan chalet yang sebelah.



Pantai dia bersih dan cantik bila waktu petang. Next time, boleh pergi lagi.


Last memori dengan Abah, sebelum dia pergi mengadap ilahi. Dalam tak sihat tu pon, boleh berjalan jauh. Mungkin itu tanda-tanda yang dia bakal pergi. Semoga rohnya tenang di sana. Yang lain tu, sepupu dan pak cik saudara belah mak.



Wednesday 5 August 2015

Perginya Seorang Insan Bernama Ayah.

Assalamualaikum...

11 Syawal bersamaan dengan 27hb July 2015, telah perginya seorang Ayah yang aku panggil sebagai "Abah". Kesihatan Abah sejak awal tahun 2015 sudah semakin teruk. Aku dapat tahu berita kematian Ayah aku dari kakak sendiri, dan sedang bekerja ketika itu. Rasa menggelatar dan terasa macam mimpi, ketika berita itu disampaikan pada aku. Sudah banyak kali Abah mengadu susah bernafas dan Doktor juga ada memberitahu yang bila-bila masa nyawa Abah akan ditarik.  Dengan penyakit kencing manis, jantung dan paru-paru berair memburukkan lagi keadaan kesihatan Abah. Kami Adik beradik dah berusaha mengubati Abah, dan tiada apa yang doktor mampu lakukan selain dari ubat yang diberikan untuk mengeluarkan air yang berlebihan di paru-paru Abah.

Gambar raya terakhir bersama Abah. Tak sangka ini gambar terakhir kami sekeluarga dengan Abah.

Raya ketiga, Abah tak nak ambil gambar masa ni.


Tiada apa yang kami adik-beradik dapat lakukan kecuali berdoa supaya Abah cepat sembuh dan dipanjangkan umur. Tapi nak buat macam mana, ini semua qada' dan qadar, yang hidup pasti akan mati.
Agak terkilan jugak sebab tak dapat berada disamping Abah ketika saat hembusan nafas terakhir dia. Cuma salam terakhir yang aku dapat sebelum aku bertolak pulang ke KL selepas seminggu bercuti raya. Tak sangka itu adalah salam terakhir aku dengan Abah. Patutlah hati rasa tak sedap hati ketika nak pulang ke KL.

Ketika talkin dibacakan di tanah perkuburan.

Semoga Abah tenang di sana dan ditempatkan di tempat orang-orang beriman. Tiada apa yang mampu aku bagi selain doa untuk kesejahteraan Abah di sana.




Sunday 5 July 2015

Officially 26th Years

Assalamualaikum...

Hai uolss, 29hb June ni bersamaan dengan 12 Ramadhan, I will be Officially 26th years old. Thanks mak sebab lahirkan dan jaga aku sampai sekarang, tak terbalas rasanya pengorbanan mak dan ayah dari aku kecil sampai aku dewasa.



Tau tak mana satu aku dalam gambar atas tu..hehe. Aku yang bertocang 2 in between with my mom and my dad. Masa ni Abah tak sakit lagi, tapi Abah sangat kuat merokok masa ni. No one can stop him until, he get heart attack and and warded in IJN. 



Zaman kanak-kanak ribena. Aku dengan sepupu-sepupu aku dan adik aku memang nakal. Kitorang kalau berjumpa, memang bergegarlah rumah atuk aku. Macam-macam permainan kitorang main, polis entry, main pondok-pondok, mandi dalam kolah, tangkap berudu, memancing dekat parit, panjat pokok rambutan, dan banyak lagi. Kalau nak cerita semua memang tak habis nanti.


Gambar ni pada tahun 1997. Aku bersama dua orang lagi sepupu aku yang paling rapat. Yang tengah tu dah kawin, yang belah kiri sekali tu belajar dekat overseas dalam bidang kedoktoran. Semua sepupu aku dah berjaya sekarang ni. Walaupun masa kecik dulu kitorang ni perangai gila-gila. 



Sekarang aku dah berjaya mendapat segulung ijazah hasil dari titik peluh dan doa dari mak dan ayah aku. Aku sangat takut kehilangan mereka berdua. Saya harap umur mereka berdua panjang dan diberikan kesihatan yang baik. Teringat masa kecik dulu, mak memang garang, batang mop ataupun batang penyapu memang dah biasa dapat. Mak pun dah semakin berumur sekarang ni. Aku teringin sangat nak bawak mak dan ayah aku sendiri pergi menunaikan umrah.  








Monday 22 June 2015

Balancing Tayar

Assalamualaikum...

Kereta myvi aku buat masalah lagi. Masa pecut dekat highway Latar, baru nak sampai 120 km/j stereng aku bergegar. Abang ipar aku cakap mungkin masalah tayar yang tak balance. 


Jadi, lepas balik Subang, aku pun pergi kedai tayar dan mintak mekanik tu cek tayar aku sama ada balance atau tak. 



Cek punya cek, tayar aku memang dah tak balance kot. Tapi stil tak bahaya lagi, cuma bergegar jer lah kalau bawak lebih 110km/j. Then, mekanik tu letak timah pada rim tayar aku. Penat jugak nak fahamkan apa yang mekanik cakap, aku ni dahlah jenis yang blur2x. Tapi memang boleh nampaklah tayar aku tak stable bila dipusingkan dengan lebih laju.


Nasib la, sian Myvi aku. Nampaknya kena kumpul duit untuk beli tayar baru pulak lepas ni. Kos nak buat balancing dan letak timah ni murah jer, cuma RM 12. 





Restoran Mee Tarik Warisan

Assalamualaikum...

Last week, sebelum start puasa aku dan kakak aku pergi ke mee tarik warisan Shah Alam. First time nak rasa mee tarik dekat restoran ni sebenarnya.



Ini antara menu yang ada. Siapa yang nak cuba boleh review semua harga pada menu ni.




Nasi goreng pun ada kalau rasa tak nak makan mee.



Banyak lagi side dish yang lain kalau nak cuba.



Yang ni yang aku order, mee with mushroom and beef. Harga dia boleh lah tahan cuma RM 8.50. Mee dia sangat lembut dan kenyal dan sedap. Lepas ni nak cuba mee tarik perisa lain pulak.

Penang Story Day 3

Assalamualaikum...

Hari ketiga di Penang kami kena berdikari sendiri. Time ni lah cuba merasa Feri dan perkhidmatan awam di Penang. Pagi tu kami ke Feri Terminal. Tiket nak masuk murah jer cuma RM 1.20. 


Seleps tu kami naik bas Rapid ke Little India. Tambang tidak diperlukan sebab kitorang naik bas rapid yang hop on hop in. 




 Kena jalan dalam 500m macam tu jugaklah untuk mencari Restoran Nasi Beriani  Kapitan, dengan berpandukan google maps.



Ini Nasi Beriani Kambing Claypot. Harga dia memuaskanlah tak terlalu mahal. Kalau ambil yang lauk kambing ni mahal sikit dalam RM 10 macam tu. Aku ambil lauk ayam Tandoori harga dia dalam RM 7.




Lepas makan dengan kenyangnya, kami mengorak langkah ke penang street art untuk melihat mural arts pada setiap dinding lama bangunan.



Masa ni ada orang volunteer nak ambil gambar kami bertiga. Thanks sangat pada abang yang ambil gambar ni. 




On the way nak ke station bas, kitorang makan mama-miya coconut ice cream. Dapat sekali 3 cawan air kelapa. Ais krim ni memang sedap sebab boleh rasa real kelapa dalam ais krim ni.











Thursday 18 June 2015

Penang Story Day 2


Assalamualaikum...

Entri yang kali ni nak berceritakan tentang pengembaraan aku di Penang di hari yang kedua (Penang jer pon hehehe). Kali ni kitorang ke Baling Kedah untuk merasa kolam air panas di Ulu Lenggong. Tiket nak masuk ke kolam air panas ni murah jer kawan-kawan cuma RM 4 jer seorang, korang boleh masuk kolam ni sehari suntuk pon tak apa. 


Gambar di dalam kawasan kolam air panas tak dapat nak ambil sebab kitorang pergi ke kolam ni sehelai sepinggang jer dari rumah homestay kami hehe. Cuma bawak duit untuk makan malam jer, itu pon simpan dalam poket yang diletakkan di dalam plastik supaya duit tu tak terkena air kolam tu nanti.



Inilah homestay kami, cantikkan..belakang rumah ni ada bukit yang hijau, dan kawasan rumah ni sangat nyaman dan sejuk, especially waktu pagi. Murah jer homestay kat sini cuma RM 100 semalam. Korang bolehlah stay kat sini berehat-rehat selepas mencuba kolam air panas. Homestay ni dekat jer dengan kolam air panas, kalau jalan kaki 10 minit dah sampai.



Kalau nak mencuba homestay di sini boleh call nombor yang tertera di papan iklan tu. Itupun kalau nampak, kalau tak nampak boleh cuba besarkan skrin anda. 



Sarapan pagi juga disediakan uolss. Dapatlah mengisi perut kami sebelum meninggalkan kampung ni.




Selepas itu kitorang move to Pulau Aman perkampungan nelayan. Nak pergi ke Pulau Aman ni kena naik bot yang disediakan. Tiket pergi balik bot ke Pulau Aman ni cuma RM 6 sahaja. Tak ingat pulak apa nama jeti ni. hehe...



Off to Pulau Aman dengan gembiranya. Cuaca dah semakin panas masa ni. Tahan jer lah..




Kecik jer Pulau Aman ni kalau tengok peta ni.






Rumah-rumah di perkampungan nelayan ni semua kecik-kecik dan comel. Memang aman sesuai dengan nama kampung ni, sebab jauh daripada hiruk-piruk kota yang pancaroba..haha. Siapa rasa nak kedamaian boleh la ke Pulau Aman. Promote sikit kat sini.






Dah penat berjalan keliling Pulau Aman ni, kitorang terjah pulak Restoran Terapung yang menyedikan Mee Udang dan makanan laut yang memang fresh dari laut...Kalau dah datang sini jangan lupa untuk mencuba mee udang kat sini. Rugi kalau tak cuba.


Ketam ready to eat. Rasa ketam ni sangat manis dan fresh. Sekali cuba pasti nak lagi. 



Sebelum tu kena pilih dulu makanan laut apa yang kita nak, lepas tu pergi ke restoran tu suruh dia masak sedap-sedap, yang penting ada duit...hehe.. Try yang simple-simple jer, pilihan makanan laut lain pon banyak lagi, macam udang lipan, kepah, mentarang, ikan dan macam-macam lagi. Harga pun memuaskan .





Nilah dia mee udang yang famous dekat sini. Udang dia manis dan fresh.



Petang tu, kitorang ke Pantai Batu Feringgi, pantai dia cantik dan air lautnye warna biru. Tapi panaslah.



Lepas tu singgah solat di Masjid Terapung.



Petang tu kitorang ke Padang Kota untuk mencuba Pasembor. Banyak lagi pilihan makanan dekat sini, selain daripada Pasembor. Tempatnya terbuka dengan orang ramai dengan gerai-gerai kecil di sekelilingnya.


Satu pinggan ni berharga RM 25, kami kongsi 4 orang untuk satu pinggan pasembor ni. 


Penang Day 3---Entry yang seterusnya.