Friday 17 June 2016

Resepi Tart Gulung


Assalamualaikum...

Nak share resepi tart gulung yang diambil resepi daripada che mat gebu.

Resepi:

1. 230gm mentega
2. 400gm tepung gandum
3. 40 gm tepung kastard
4. 50gm gula aising
5. 2 kuning telur
6. 1 camca teh esen vanilla


Cara-cara:

1. Putar mentega dan gula aising hingga sebati
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla kacau sebati
3. Masukkan tepung sikit demi sedikit dan kacau rata.
4. Selepas menjadi doh, tutup doh dengan kain yang lembap.
5. Sapukan kuning telur pada tart selepas selesai menggulung.
6. Bakar pada suhu 175 darjah celcius dalam 20-25minit.


Selepas selesai menggulung tart dengan inti nenas yang dibeli di kedai bakeri.




Acuan yang digunakan untuk menggulung tart.




Dapat dalam 2 balang tart dengan 2 kali bancuhan.

Wednesday 1 June 2016

Mr. Dakgalbi Citta Mall


Assalamualaikum...

Dakgalbi Citta Mall ni baru jer dibuka. Pada sesiapa yang nak makan dekat sini jangan risau okey, makanan dekat sini dah dapat sijil halal dari Jakim. So, bolehlah makan tanpa was2x dan syak wasangka. 

Dah lama nak makan dakgalbi ni since dah rasa yang di Korea sebelum ni. So, apa lagi sebab dah ada kat Malaysia apa salahnya mencuba. Kami order set dakgalbi seafood dengan add on 2 pinggan nasi, 2 pinggan ramyun dan 1 pinggan cheese. Total  dlm RM 119 untuk 5 orang makan.


Semua jenis seafood ada macam clam, udang, dan sotong dan ada beberapa jenis sayur. Side dish macam kimchi dan salad boleh mintak refill kalau habis.



Bolehla start menggoreng di atas api sampai semua bahan masak. Actually, pekerja restoran ni yang masakkan untuk pelanggan. Kami cuma tunggu untuk dihidangkan saja.



Ni lah hasilnya selepas ramyun habis, letakkan nasi dan cheese dengan saki baki seafood yang ada. 


Kami dah kenyang yang teramat. K.erni dah nak pindah ke Perak. Sebelum beliau meninggalkan Selangor, jumpa, borak2x dan makan dulu. Tinggallah kami berempat yang masih single mingle...dah kurang dah sorang geng lepak. Hope, lepas ni boleh jumpa lagi dan bergosip.



Almost 2 Years Wearing Braces

Assalamualaikum...


Almost 2 years dah pakai braces, maybe after 2 month braces ni akan berpisah jua. Now dah dapat senyuman baru dan gigi pun dah teratur dengan cantik. Mula2x pakai pada bulan 9 2014. Sekarang dah masuk 2016, thats means dah 2 tahun guyss.


Gambar tak ingat bila, tapi masa ni doktor suruh pakai elastic band dekat gigi atas dan bawah. Sakit tu tak boleh nak cakap apa, yang paling susah sekali bila nak makan kena cabut dan pasang balik. Kadang2x sampai terputus sendiri getah ni dalam mulut.


Finally, I got this smile... gamba ni yang paling latest bulan 5 2016 masa adik lelaki bertunang. Waiting for 2 months more untuk berpisah dengan braces.