Monday 17 August 2015

Teluk Senangin Perak

Assalamualaikum..

Tak sempat nak bercerita pasal raya hari tu. Lepas raya terus sibuk dengan urusan dunia. Sempat jugak raya hari tu bersantai di teluk senangin. Ni memang first time pergi ke Teluk Senangin, cantik jugak pantai teluk senangin, huhu..actually ramai informer yang bagitau yang pantai teluk senangin ni tak cantik mana pun. Sekarang ni dah banyak pembaharuan yang ada dekat Teluk senangin.



Selfie dulu dengan anak saudara sebelum bertolak ke Teluk Senangin. Gigi kitorang macam sama, bezanya gigi aku ade besi. huhu


Ni aktiviti pak cik - pak cik yang join sekali ke Teluk Senangin, memancing sampai tak ingat. Sotong kurita pon boleh dapat.



Menunggu BBQ yang hampir siap. Boleh lepak dulu dekat chalet yang diorang menginap. Chalet ni best ok, yang penting selasa dan air-cond pon ada disediakan. 
Nak Barbeque pon boleh dekat Teluk Senangin ni. Ubi, ikan, ayam dan steamboat pon ade. Malam pulak diorang main lawan mercun dengan chalet yang sebelah.



Pantai dia bersih dan cantik bila waktu petang. Next time, boleh pergi lagi.


Last memori dengan Abah, sebelum dia pergi mengadap ilahi. Dalam tak sihat tu pon, boleh berjalan jauh. Mungkin itu tanda-tanda yang dia bakal pergi. Semoga rohnya tenang di sana. Yang lain tu, sepupu dan pak cik saudara belah mak.



Wednesday 5 August 2015

Perginya Seorang Insan Bernama Ayah.

Assalamualaikum...

11 Syawal bersamaan dengan 27hb July 2015, telah perginya seorang Ayah yang aku panggil sebagai "Abah". Kesihatan Abah sejak awal tahun 2015 sudah semakin teruk. Aku dapat tahu berita kematian Ayah aku dari kakak sendiri, dan sedang bekerja ketika itu. Rasa menggelatar dan terasa macam mimpi, ketika berita itu disampaikan pada aku. Sudah banyak kali Abah mengadu susah bernafas dan Doktor juga ada memberitahu yang bila-bila masa nyawa Abah akan ditarik.  Dengan penyakit kencing manis, jantung dan paru-paru berair memburukkan lagi keadaan kesihatan Abah. Kami Adik beradik dah berusaha mengubati Abah, dan tiada apa yang doktor mampu lakukan selain dari ubat yang diberikan untuk mengeluarkan air yang berlebihan di paru-paru Abah.

Gambar raya terakhir bersama Abah. Tak sangka ini gambar terakhir kami sekeluarga dengan Abah.

Raya ketiga, Abah tak nak ambil gambar masa ni.


Tiada apa yang kami adik-beradik dapat lakukan kecuali berdoa supaya Abah cepat sembuh dan dipanjangkan umur. Tapi nak buat macam mana, ini semua qada' dan qadar, yang hidup pasti akan mati.
Agak terkilan jugak sebab tak dapat berada disamping Abah ketika saat hembusan nafas terakhir dia. Cuma salam terakhir yang aku dapat sebelum aku bertolak pulang ke KL selepas seminggu bercuti raya. Tak sangka itu adalah salam terakhir aku dengan Abah. Patutlah hati rasa tak sedap hati ketika nak pulang ke KL.

Ketika talkin dibacakan di tanah perkuburan.

Semoga Abah tenang di sana dan ditempatkan di tempat orang-orang beriman. Tiada apa yang mampu aku bagi selain doa untuk kesejahteraan Abah di sana.