Thursday 26 February 2015

Resepi Carrot Cheese Cake

Assalamualaikum...

Aktiviti dapur aku yang kedua ketika di kampung iaitu aktiviti membaking kek. Aku ni seorang yang boleh dikatakan "hantu kek" dan memang suka segala jenis dessert atau manisan especially kek. That's why minat nak buat kek pon terjadi akibat daripada nafsu yang satu ni. Tak nak cerita panjang-panjang, then I nak resepi carrot kek ni dekat sini.

Bahan-Bahan:

1. 250gm Tepung kek low protein (Aku beli tepung kek ni di kedai bahan-bahan kek "Bake with Yen" harga dia RM 3 sahaja)
2. 4 biji telur gred A
3. 1/2 sudu kecil garam
4. 1 1/4 minyak jagung atau boleh juga guna minyak masak
5. 120 gm gula kastor
6. 120gm gula merah
7. 100gm walnut (tak timbang pon, agak-agak jer)
8. 1 cawan kismis
9. 1 1/2 cawan karot parut
10. 1 sudu kecil baking soda

Bahan-Bahan Topping:

1. 140gm gula icing
2. 250gm cream cheese
3. 120gm butter
4. 1 sudu kecil vanilla
#Semua bahan dicampur dan dipukul sehingga kembang

Tepung naik sendiri tu tak termasuk dalam list bahan-bahan untuk carrot kek. Dah tersilap beli tepung, then baru persan dalam resepi tak guna pon tepung naik sendiri.

Campurkan gula kastor dan gula merah dalam satu bekas. Kacau mesra, dan kalau boleh hilangkan ketulan-ketulan gula tersebut. Selepas itu campurkan minyak dan telur dan kacau sebati dengan menggunakan hand mixer.


Ayak tepung dan baking powder, selepas itu gaulkan tepung tadi dengan kismis dan walnut. Cara ni dibuat untuk mengelakkan kismis dan walnut jatuh ketika di dalam oven.

Masukkan tepung yang dicampurkan dengan walnut dan kismis itu tadi kedalam campuran gula tadi.


Tuangkan ia kedalam dulang 4 segi macam ni. Jangan lupa untuk melaserkan loyang anda dengan mentega dan tepung untuk mengelakkan dari kek anda melekat pada loyang

Iolss bakar kek ni di atas api dapur dengan menggunakan my mom punya periuk serbaguna yang diturunkan dari nenek iolss. Kalau guna periuk ni, ia hanya mengambil masa selama 1 jam 10 minit pada suhu dapur yang minimum. 

Sementara menunggu kek masak, pukul sebati cream cheese dan simpan sebentar di dalam peti ais.




Inilah hasil dia selepas disapukan dengan cream cheese.


2nd Trial:

Carrot Cup Cake

2nd trial pulak aku nak cuba buat carrot cup cake dengan menggunakan resepi yang sama seperti di atas.

Tengoklah kerja aku yang comot ni. Almaklumlah ni lah first time nak buat cup cake. Tapi nasib baik menjadi uolss..(^__^)

Cup Cake ni aku bakar dalam oven selama 20 minit pada suhu 180 darjah celcius.


Boleh dapat dalam 20 lebih cup cake kalau ikut resepi seperti yang di atas.



Aktiviti yang paling iolss suka iolss buat topping dekat atas kek ni. Dulu masa kecik2x selalu berangan nak pegang piping beg dan buat bentuk bunga comel-comel dekat atas kek. Best tu memang best, tapi penatnya tuhan saja yang tahu. Tapi penat tu akan hilang bila tengok topping yang kita buat menjadi. (^__^)



No comments:

Post a Comment