Wednesday 19 November 2014

Bercinta Selepas Nikah?

Assalamualaikum...

Hari ini terjumpa suatu ayat yang memang mencerminkan sebuah prinsip hidup aku. Kenapa bercinta selepas nikah?


Seriously, sekarang ini memang susah nak jumpa pasangan yang bercinta selepas bernikah. Mungkin ada, tapi dalam nisbah yang sedikit. Tak berapa nak pasti. 


Wujud lagi ke lelaki yang gentleman macam ini. Yang saya paling suka pasangan Ally Iskandar dengan isterinya Farah. Meraka berdua bernikah melalui pilihan keluarga dan bercinta selepas bernikah. 


Ini adalah satu panduan yang bagus untuk para lelaki dalam sesebuah perhubungan yang berteraskan sebuah prinsip dalam Islam. 






Friday 14 November 2014

Cardio Workout

Assalamualaikum..

Semenjak dua menjak ni, aku semakin obses dengan senaman cardio dan jugapengiraan pengambilaan kalori dalam badan. Nak tahu sebab apa? sebab tiada cara lain untuk mendapatkan badan yang cantik tanpa melakukan senaman dan diet yang sihat. So, kalau jaga pengambilan makanan, badan kita pun nanti akan sihat.  

Apa itu senaman cardio?


Senaman kardio atau cardio workout adalah senaman yang menguji dan membaiki stamina apabila sesuatu diulang banyak kali dalam tempoh tertentu.

Bagi aku kalau nak excercise di luar rumah memang tiada masa. So, aku memilih untuk bersenam di rumah dengan bantuan video senaman kardio dari youtube. Video di youtube memang banyak membantu aku untuk melakukan senaman yang ringan tanpa impak tinggi terhadap kecederaan otot aku.

Ini adalah di antara senaman yang menjadi rutin harian aku di waktu petang pulang dari kerja.

1. 100 Effective Squat Challenge




Senaman squat memang membantu kita supaya mendapatkan kaki dan punggung yang cantik. huhu.
First try, memang sakit nanti kita akan rasa sengal-sengal pada bahagian peha kita, walaupun buat tak sampai 10 repeitition. Nak sujud masa solat pun berbisa tau, kalau nak naik turun tangga lagilah azab. Tapi kalau sudah banyak kali buat, sakit tu akan hilang sendiri. 

Sekarang aku dah boleh lihat kesannya, aku dapat rasa muscle pada paha aku. huhu. Now, I'm challenging myself to do 100 squat per day. Because it is simple and one of a exercise that can be do at home without use any equipment.

2. Abs Workout




This is one of my favourite cardio workout. Nampak macam simple, tapi bila dah buat memang akan berpeluh dan perut pun akan sengal-sengal. Ia adalah salah satu senaman yang bertujuan untuk mengempiskan perut. Sekarang, aku aim nak built muscle di perut, huhu, harap-harap menjadilah nanti.

3. Total Body Low Toning Workout



 

Senaman ni tidak specific mana-mana anggota badan yang lain. Kalau nak workout untuk kesan satu badan bolehlah mencuba senaman ini yang tidak memerlukan apa-apa equipment atau alatan senaman yang mahal-mahal. 

Ini sajalah yang dapat aku kongsikan tentang senaman yang aku lakukan untuk membuang lemak-lemak di dalam badan dan menjadikan badan kita lebih sihat. Sebenarnya banyak lagi tips-tips dan senaman yang berguna untuk kekal sihat. Wait for the next entry.





Thursday 13 November 2014

Resepi Popia Vietnam

Assalamualaikum..

Sekarang barulah ada masa nak update blog. Kerja dekat ofis kebelakangan ini semakin menjadi-jadi. Banyak projek yang hampir siap, banyaklah manual dan paper work yang kena hadap untuk bagi kepada klien. Hari ni barulah free sikit nak mengarang dekat sini.

Weekend lepas, aku telah mencuba satu resepi yang sangat menyihatkan dan amat sesuai sekali untuk orang yang sedang berdiet. Resepi ini dinamakan sebagai popia vietnam. Kalau nak buat popia vietnam ini kena ada special kulit dia. Kulit popia ni aku beli dekat cold storage di One Utama. Harganya dalam 7 ringgit lebih.


Inilah rupa packaging popia vietnam.

Resepi:


1. 1/2 labu bawang besar
2. 3 ulas bawang putih
4. Sedikit isi ayam
5. 1 batang Fish cake (*Optional)
6. Kobis
7. Carot
8. Taugeh
9. 2 helai daun salad
10. Zukini

Cara-cara:




1. Cincang halus bawang putih, bawang besar dihiris nipis, dan isi ayam dipotong kecil-kecil.
 *Fish cake optional first try tak letak pon fishcake.


2. Hiris nipis-nipis zukini, kobis dan karot. Lepas tu tumis bawang putih bawang merah sampai kuning dan selepas itu masukkan ayam. Setelah ayam empuk masukkan semua sayur tadi, dan last sekali, untuk perasa masukkan sedikit garam dan gula.


3. Inilah hasilnya selepas ditumis di dalam kuali. Sedia untuk dibalut. Salad tu aku carik-carikkan jer dan masukkan sekali dengan sayur yang dimasak tadi.


4. Layurkan di dalam air untuk melembutkan kulit popia. Jangan layurkan dia lama sangat nanti lembik. Cukuplah sekadar direndam di dalam air dalam 10 saat. 


5. Inilah rupa selepas dibalut dekan kulit popia tadi.



Inilah hasil dia, sedia untuk dimakan.