Tuesday 6 September 2016

Selamat Tinggal Braces & Selamat Datang Retairner

Assalamualaikum...


Dah lama tak mengupdate...huhu.

Dah hampir 3 bulan free dari braces. Start cabut braces pada 23 Jun 2016, maka cukup 1 tahun 10 bulan aku pakai braces. 



Pengalaman cabut braces memang tak boleh lupa, bukan sakit sikit, tapi sakit rasa macam gigi nak tercabut. Buka braces jer terasa gigi macam tak kukuh dan bergoyang apabila disentuh.


Selepas 3 hari Dr, advice pakai retainer yang transparent ni. Harga 1 set retainer ni RM 500. Bayar dan terus pakai selama 24 jam dalam tempoh 6 bulan. Selepas 6 bulan hanya pakai pada waktu malam sahaja. Nak makan kena buka dan cuci, sebab air liur kita akan terkumpul pada retainer kalau dipakai lama pada gigi. Sekarang dah pakai retainer ni hampir 3 bulan, cepat jer masa berlalu. Tunggu nak free dari pulak lepas ni.