Wednesday 28 January 2015

My Simple Daily Makeup

Assalamualaikum...

Hari ni aku nak bercerita tentang cara aku menjaga penampilan wajah dan produk yang digunakan setiap hari. Pagi-pagi dah kena bertolak ke tempat kerja pukul 6.30 pagi. Memang tak sempat nak pakai apa mekap pon waktu pagi. Dah siap pakai baju, tudung dan segala bagai, ambil kunci kereta, start enjin dan keluar pergi kerja. Kadang-kadang muka nak pergi kerja dah macam muka bangun tidur pon ada.


Cara yang cepat nak membuatkan muka nampak segar di waktu pagi ialah dengan menggunakan Aloe Vera moisture soothing gel. Bila pakai ni muka akan kelihatan segar dan terasa sejuk sebab gel dia memang akan meresap cepat ke dalam kulit dan akan membuatkan kulit muka menjadi lebih licin. Gel ni iolss beli masa pergi korea hari tu. Kalau di Malaysia harga agak mahal berbanding kalau beli di Korea. Kalau di Korea gel ni boleh dapat dalam RM 15 sahaja.




Yang ni Milk Body Essence iolss beli di Korea. Function dia sebagai lotion body yang berperisa susu. Kalau sapu lotion ni di badan, bau memang wangi macam lotion baby. Memang sangat berbaloi beli lotion ni, dan harga dia cuma 6600 won sahaja bersamaan dgn RM 20 duit Malaysia. 


Ini di antara produk sampingan yang lain yang iolss guna. Nano white dan face mask tu iolss selalu guna masa nak tidur. Face mask tu pun beli masa di Korea, 10000 won untuk 1 paket.


Yang ni iolss punya daily makeup, sangat simple kan..Iolss selalu pakai bila dah sampai ofis. Satu lagi perkara yang penting, iolss jenis yang tak boleh pakai apa-apa jenis lipstik tak kisahlah apa jenis brand pun, sebab nanti bibir akan jadi pecah dan kering macam di padang pasir..haha, tak tau la kenapa dan memang sangat alergi dengan lipstik since bila pon tak tau la. So, yang iolss bole pakai lipbalm saja. Lipbalm yang bulat tu iolss beli di Korea, harga di 7000 won sahaja. 

*Ok lah, thanks for reading,hope can inspire uolss semua, see you next time...bye..(^ ^)

Tuesday 27 January 2015

Pencarian Almari di Ikea

Assalamualaikum...

Memandangkan baju dah semakin bertambah, almari plastik 4 tingkat dekat bilik dah tak mampu nak menampung baju aku yang dah makin bertambah. Sampai dah nak terkeluar isi kat dalam almari. So, aku buat keputusan untuk ke Ikea untuk survey harga almari di sana.






Jumpa almari kecil dan comel ni, harga dalam RM 199. Boleh tahan la, tapi agak kecil dan kena fikir 2 kali kalau nak beli. Kalau nak lagi best kena add hanging storage yang berharga dalam RM 30. 



Yang ni pulak harga dia RM 299, agak besar dan boleh manyimpan banyak barang di dalam. Kena tunggu bonus dululah nampaknya. 







Lepas habis survey almari, layan kerenah budak-budak pulak. Budak-budak memang suka tempat macam ni, susah betol nak kawal diorang ni.






Iolss pergi dengan kakak dan 2 orang anak saudara. Dah lama sangat tak pergi Ikea, baik bawa budak-budak ni sekali. 




Kalau dah pergi Ikea rasanya wajib pergi foodcourt dia. Iolss ambil beef ribs *hancur diet..huhu (selera besar sejak akhir-akhir ni) dan kakak ambil meatbals dan desert pulak kek badam yang super-duper delicious sampai tak puas makan. Tak terlalu mahal bagi aku tapi kalau ada kad Ikea lagi bagus sebab nanti boleh dapat harga makanan yang lebih murah dari harga asal.









Monday 26 January 2015

Resepi Puding Roti dengan Sos Kastard

Assalamualaikum...

Hari ni nak share resepi puding roti dengan sos kastard yang dibuat pada hari Ahad lepas. Dapat idea nak buat puding roti ni bila tengok roti gardenia yang tak terusik sejak beli dan sayang pulak kalau tak digunakan. Senang sangat nak buat puding roti ni sebab cuma perlu guna bahan-bahan yang simple dan senang nak cari di mana-mana kedai.

Bahan-bahan untuk Puding Roti:


1. 8 keping roti kosong

2. 2 biji telur gred A

3. 4 sudu besar gula halus

4. 2 sudu besar mentega

5. 1 sudu kecil perisa vanilla

6. 1 tin susu cair

7. Badam dan kismis

Bahan-bahan untuk sos kastard:


1. 1 tin susu cair

2. 1 1/2 sudu besar tepung kastard

3. 2 1/2 susu besar gula

4. 1 sudu kecil perisa vanilla


Bahan-bahan untuk membuat puding roti. Iolss guna gula perang dalam resepi ni.



2 sudu besar mentega yang telah dicairkan di atas api yang kecil


Tuang susu cair serta telur dan kacau sehingga sebati. Tak perlu kacau lama sangat asalkan semua bahan dah sebati pun dah memadai.


Masukkan vanila dan mentega ke dalam campuran bahan tadi.


Susun roti cantik-cantik di dalam loyang pembakar. Sebelum letak roti pastikan loyang disapukan dengan mentega supaya puding tak melekat apabila dah masak.


Tuangkan bahan campuran tadi ke atas roti yang disusun tadi,


Selepas tu, lenyek-lenyekkan roti tadi dengan sudu supaya semua roti tenggelam dalam larutan bahan-bahan campuran tadi. Kalau tengah geram dekat seseorang imagine muka dia dekat roti tu, dan lenyek sampai puas. huhu..antara tips-tips berguna di dapur.


Selepas puas melenyek, taburkan badam dan kismis diatas puding roti. Bakar selama 30 minit di dalam oven pada suhu 170 darjah celcius


Selepas 30 minit di dalam oven, dan inilah hasil dia. Tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut.



Cara nak buat sos kastard ni senang jer, tuang kesemua bahan-bahan sos kastard ke dalam periuk, kacau sampai sebati. Pastikan api betul-betul kecil dan masak sehingga hampir pekat dan kelihatan berbuih.


Inilah hasil dia selepas dituang dengan sos kastard yang sedap dimakan panas-panas. Kastard dan puding tidak terlalu manis and everything was perfect, and just nice!! Ok bye..wait for the next entry..(^ ^)



Thursday 22 January 2015

My Simple Breakfast

Assalamualaikum...

Hari ni, aku buat breakfast yang sangat simple dan sangat mudah untuk disediakan, iaitu penkek segera yang dibeli di Giant yang berhampiran.


Inilah dia pancake mix yang iolss beli di Giant yang berharga RM 16. Mahal pon tak apa sebab aku dah sangat mengidam nak makan penkek. Nak adun bahan-bahan sendiri tersangat la malas nak mencari bahan-bahan dia. Actually bahan-bahan nak buat penkek senang jer, kalau dah ada yang ready make, so lagi better beli yang telah siap sedia untuk dimasak. Hanya perlu tambah air saja.

Cerita aku di waktu pagi: 

Alarm di telefon telah menyedarkan aku dari tidur yang nyenyak, dan jam menunjukkan pukul  5.45 pagi. Dengan keadaan yang separuh sedar, mata dan muka bengkak (sebab makan nasi goreng lewat malam), aku gigih pergi ke dapur membuka kotak penkek segera yang aku beli di Giant dan menggagaulah aku mencari kuali leper di bawah almari dapur.

Aku ambil tepung penkek dan campurkan dengan air purified sikit demi sedikit, tak perlu cair atau pekat sangat, sedang-sedang saja. Kalau cair atau pekat sangat nanti tak sedap pulak. 

Lepas kuali dah panas aku tuangkan satu senduk kecil penkek mix tadi dan biarkan jer adunan tu menjadi bulat dengan sendirinya di atas kuali.

Api di kuali mesti dipastikan di tahap yang sederhana, supaya penkek tak hangit nanti. Tapi penkek aku 2 keping tak menjadi, sebab dah hangit..huhu, nak cepat bersiap pergi kerja, sebab tu tak sengaja terkuatkan api.

Dalam 6.10 pagi, terhasillah penkek aku yang tak berapa nak cantik ni. Aku terus capai tuala dan mandi untuk bersiap-siap ke tempat kerja.

6.40 pagi bergerak keluar dari rumah dengan manjinjing dua plastik beg makanan untuk breakfast dan juga lunch.


Inilah dia hasil dia, walaupun ada yang terhangit, tapi rasa dia still sedap bila dimakan dengan madu syrup, mentega dan jem strawberi. Tersangatlah kenyang sampai tak habis dimakan.










Wednesday 21 January 2015

Braces mengubah bentuk muka?

Assalamualaikum...

Setakat ni aku dah pakai braces hampir 5 bulan, dan terasa sekejap je masa berlalu. Sedar tak sedar, gigi aku memang dah banyak berubah dan hampir 50% perubahan memang berlaku pada gigi dan rahang. Tau sebab apa? maybe gigi aku telah ditarik ke dalam bagi memenuhi ruang untuk gigi yang telah dicabut. Kemungkinan bentuk rahang berubah disebabkan oleh pergerakan gigi. Iolss tak adalah pakar sangat, kalau nak tau lebih lanjut, better tanya dr. gigi sendiri.



Wakaka..sila jangan ketawa bila tengok gambar ni. Pipi giler tembam macam dipam-pam. Ini gambar pada tahun 2012, lepas habis final year. Baru jer habis belajar, kerjanya duduk rumah, update resume, makan dan tidur. Memang tak ada aktiviti lain masa ni, nak cari kerja malas, then akibatnya menganggur sampai setahun. huhu, Masa belajar memang kuat makan, habis kelas, makan, balik kolej, tidur, malam baru nak buat assignment segala bagai. Exercise dan aktiviti sukan memang aktiviti yang harus dielakkan kalau boleh masa zaman belajar dulu. hehe..



Gambar tahun 2014, baru lagi, gambar masa nak attend kenduri kahwin my cousin. Masa ni belum pakai braces, masa ni memang gemuk dan hampir mencapai tahap obesiti, tapi masih belum ada concern nak turunkan berat badan lagi..wakakaka..Jumpa pulak cousin yang dah berbelas tahun tak jumpa, tau apa dia cakap, besarnya kamu ipah....Whatt???? seriously...im so sad...huhu. Besar sangat ke aku. huhu

Belum lagi jumpa my aunt, selalunya kalau jumpa mesti dia akan cakap, tembamnya kamu ipah, berisi betul badan..Waaaa..rasa macam nak kena hempap dengan batu.

Than, last year aku decide untuk memakai braces bagi membetulkan senyuman aku yang hodoh ni dan package untuk kuruskan badan sekali. Dah pakai braces, makanan yang hendak dimakan haruslah dicontrol. Jadi, senang tak payah nak susah-susah fikir nak diet cara yang macam mana.


Macam ambil gambar passport pulak, tapi version mulut ternganga. haha, Masa ni Dr. gigi letak satu dawai besi dekat gigi taring iolss supaya dia dapat bergerak ke belakang sikit bagi membolehkan gigi yang kat dalam tu dapat bergerak ke depan.



Masa ni pipi macam dah kempis sikit dan bentuk muka dah berubah. Masa balik kampung 2 minggu lepas, sebab nak ziarah kakak iolss bersalin, my aunt pun ada ziarah sekali, u know what she says??? 


My aunt : Eh.. Ipah bile balik Korea??

Me: Baru jer hari Sabtu lepas.

My aunt : Owh yeke, cantik gambar dalam facebook tu, berapa hari pergi?

Me: Seminggu jer.. mestilah best, sebab pegi time winter.

My aunt : Kurusnya kamu Ipah, pasal apa nampak lain sangat?? 

Me: Hehe..sebab pakai braces kot.

My aunt : Badan nampak kecik sekarang,, berapa ribu pasang braces??

**Yes, ini adalah berkat dan kesungguhan dan di atas izin Allah juga, aku telah berjaya menguruskan badan aku.

Tapi satu jer masalah dia, macam mana nak maintain berat agar kekal sama. Rasanya nak maintain lagi susah daripada nak turunkan berat badan. Susah juga nak maintain sebab iolss jenis yang suka kek dan benda-benda manis, dan memang pantang jumpa kek-kek yang dijual di pasar raya atau mana-mana kedai kek yang terlihat oleh pandangan mata. Tangan ni mesti gatal jer nak beli kek setiap kali pergi ke pasaraya.

Lastly, terjumpa satu artikel pasal kebaikan minum green tea. Memang teh ni je lah yang aku hadap hari-hari, dan syaratnya teh ni mesti diminum selepas makan. Selain itu, banyakkan minum air bagi memudahkan proses pembuangan dan juga boleh meningkatkan metabolisme dalam badan.


Inilah green tea yang aku dok minum hari-hari tak kira mana jua aku berada. Natural Clenx Tea yang NH detox slim. Boleh didapati di guardian atau farmasi yang terdekat. 

Ok..bye malas dah nak menulis...nak sambung buat kerja balik..(^ ^)..








Fahami Hati Perempuan

Assalamualaikum...

Macam mana nak fahami hati seorang perempuan. Ada sesetengah orang mengatakan kaum hawa  ni terlalu complicated dan sangat susah untuk difahami. Tapi tak semua kaum hawa ni complicated, ada juga jenis yang simple. 

Wanita akan menangis jika dia terlalu gembira atau sedih. Jadi, jangan terkejut kalau tiba-tiba seorang wanita itu tiba-tiba menangis tak tentu pasal. Selalunya jika bersendirian perempuan akan flashback balik apa yang dia buat hari ni, dan apa yang telah berlaku terhadap dirinya selama dia hidup. Tapi kena ingat juga, wahai para lelaki sekalian, perempuan ni otak dia adalah jenis yang autosave, dia boleh ingat balik peristiwa 3 atau 5 tahun lepas. Sekali dia flashback balik, semua jenis benda dan perkara boleh dikeluarkan dan akan diungkit balik. 

Kata orang tak elok diungkit perkara yang dah lepas, tapi memang sifat kami macam ni, so jangan terkejut kalau girlfriend korang tu boleh ingat balik apa yang korang dah buat dekat dia, even warna baju yang korang pakai waktu tu pon dia boleh ingat walaupun peristiwa tu dah 5 bulan lepas lamanya. 

Yang paling penting bila hati seseorang wanita itu telah disakiti, lukanya memang susah untuk dipulihkan. Disakiti sekali atau dua kali, mungkin boleh diterima lagi, kalau dah lebih tiga kali, rasannya hati siapa yang akan dapat tahan dan hati juga akan tawar untuk menerima kembali.

Terjumpa suatu quote yang boleh melambangkan situasi tersebut.

Ada dua hal yang membuatkan engkau rasa dungu dalam hubungan namun engkau masih dalam situasi itu juga, iaitu :
Pertama : Engkau sudah letih dipermainkan oleh lelaki/wanita namun masih berharap padanya.
Kedua : Engkau percayakannya lagi kemudian dibiarkan, kemudian percaya lagi bila datang lagi, dan lagi.
Ketiga : Engkau lakukan kedua-dua di atas lagi.

Jadi apa pula step yang keempat??? pada pendapat saya, mungkin seseorang itu akan tawar hati dan akan bawa pergi dirinya serta berhenti mengharap terhadap perkara yang tidak mungkin membawa kebaikan pada diri. Lebih baik lakukan perkara yang lebih penting dan "move on to get your better life".


Harapan yang tinggal harapan, kecewa dan terlalu letih dalam sesebuah hubungan lebih baik ditamatkan sahaja untuk mengelakkan hati lebih disakiti dan terus disakiti. Sebab tahap kesabaran seseorang itu ada limitnya.







Tuesday 20 January 2015

Kerja dan Rutin Harian

Assalamualaikum...

Setiap hari rutin harian aku berulang dengan perkara yang sama. Pergi kerja, menghadap jem, balik kerja pun menghadap jem lagi, sampai rumah rehat-rehat sambil melayan perasaan dan menonton tv. Hari cuti, baru ada masa nak keluar dengan member-member. Macam tulah setiap hari. Kalau nak cerita pasal kerja, memang banyak yang nak diceritakan. Sekarang saya bekerja sebagai project engineer di sebuah syarikat kontraktor elektrik di petaling jaya. Skop kerja saya memerlukan pemahaman yang mendalam tentang bagaimana sesebuah projek itu bergerak dan macam mana kita nak handle sesuatu masalah yang datangnya dari pelbagai aspek contohnya kalau dah handle sesuatu projek, kena jumpa pelbagai jenis orang yang berlainan pangkat dan harus mengekalkan hubungan yang baik dengan mereka. Yang penting kena belajar cara nak berkomunikasi dengan betul dan bersikap bertanggungjawab terhadap sesuatu perkara.


Kerja di syarikat kontraktor elektrik dengan berbekalkan ijazah yang ada, serta pengalaman yang memang totally zero, memang sesuatu perkara yang agak mencabar dan cabarannya adalah seolah-olah memasuki tahun pertama di alam universiti. Dengan ketiadaan pengalaman dalam penggunaan "autocad", tapi nasib baik masa belajar dulu memang dah terbiasa menggunakan simulation software macam "PSCAD", Matlab (ade kaitan ke??), haha.. dengan bantuan youtube, senior dan encik "google" akhirnya aku berjaya menguasai penggunaan autocad walaupun tidaklah "expert" dalam menghasilkan sesuatu lukisan. Setakat edit dan tambah item dalam lukisan mengikut prosedur dan permintaan dari client, itu pun sudah memadai.


My workstation. Ini baru lepas kemas, kalau tengah berserabut dengan kerja, segala jenis kertas dan fail akan bersepah dekat atas meja ni. 


Ini masa nak buat As-built drawing. Kalau dah habis satu projek tu, kontraktor mesti menyiapkan satu lukisan yang mesti diupdated dengan site condition. Apa-apa perubahan yang berlaku pada site haruslah seiring dengan lukisan yang hendak dihantar untuk pengesahan jurutera professional. Dah habis projek, paper work mesti disiapkan seperti yang termaktub di dalam kontrak dokumen dan perjanjian bersepadu antara developer dan sub-sub contraktor yang lain termasuklah sub-contraktor elektrikal. huhu..



Buku oren tebal tu dinamakan operation & maintenance manual untuk sesebuah projek. Macam buat tesis final year tau, kat dalam tu ada tersenarai equipment, drawing, procedure dan manual-manual untuk setiap perkakas elektrik yang telah dipasang di site.

Setelah lebih setahun bekerja, membuatkan minat terhadap skop kerja ini semakin bertambah dan perasaan ingin menambahkan pengalaman terhadap bidang ini semakin membuak-buak (betul ke??) haha..Bolehlah setakat ni, kalau nak cari kerja baru, haruslah mendapat pengalaman yang berguna dari tempat kerja yang lama. Tapi buat apa nak cari kerja baru kalau dah selesa dengan apa yang ada sekarang, kata orang ambil risiko dan cari pengalaman baru adalah salah satu antara jalan yang baik untuk melihat dunia luar yang lebih mencabar.


Kerja-kerja penyiapan 4 blok apartment 5 tingkat yang sedang dijalankan. Projek ini betul-betul sebelah LRT Kelana Jaya. Struktur bangunan dalam proses pembinaan. Bangunan yang sedang naik memang takut sikit nak dekat sebab banyak sangat scaffolding, dan rebar yang dalam proses pembinaan untuk ke first floor beam, jadi boleh view dari jauh. Electrical work yang boleh buat sekarang hanyalah installation underground cable pipe, conseal G.I conduit dan copper tape untuk lightning protection. Lepas ni dah kena full time dekat site, lagi beratlah kerja lepas ni, luckily site dekat jer dengan ofis, so tak susahlah nak pergi balik ofis.

Banyak pula aku berceloteh dekat post yang kali ni, kerja tak siap lagi, sempat pula menaip dekat sini, lepas ni nak cerita proses penyiapan sebuah projek. Sambil menulis sambil belajar, sebab ilmu memang elok dikongsikan bersama. Ok bye...




Thursday 15 January 2015

# My Korea Story part 7

Assalamualaikum...


Day 7---> Kimchi, Hanbok, Namsan Tower


Hari terakhir di Korea, kami belajar membuat kimchi, memakai Hanbok dan destinasi terakhir kami ke Namsan Tower. Lepas kemas-kemas barang, checkout dan breakfast kami terus ke tempat belajar membuat kimchi.


Percaya tak, saya makan banyak ni waktu pagi kalau dekat Korea. Kalau dekat Malaysia, tiga ketul kuih pun dah cukup kenyang.


Buat kimchi ni kacang je, iolss da expert dah, boleh refer post yang sebelum ni, Resepi Kimchi yang Simple dan Sedap.


Attire saya yang pertama, hanbok ala-ala orang kebanyakan. Memang serabut betul tudung dengan baju.


My officemate, just for fun and to feel like a princess. 



My second attire. Cantik baju Noni, sesuai dengan tudung yang dia pakai. Iolss pulak memang tak padan langsung dengan tudung. Hantam sajalah, janji boleh cuba pakai hanbok.


Destinasi terakhir adalah Namsan Tower. Banyak padlock dekat belakang, Sesiapa yang nak kunci cinta bolehlah kunci dekat sini. Lagi besar padlock lagi kuat cinta anda. (^ ^), just kidding..




Sepatutnya yang ni kerusi couple. Sorang-sorang pon bolehla..



Sesiapa yang nak buat wish boleh buat dekat sini. "Make a Pink Wish" uolss..Lepas tu, tak tau la siapa yang akan grandkan wish korang tu. My wish is "I want to get .... next year. huhu.




View dari tingkat atas Namsan Tower. 


James (a.ka. tourist guide) dah panggil turun. Jom turun ke bawah, masa dah tamat.



Nak pergi ke Namsan tower ni kena daki bukit yang cerun. Nak tercabut kepala lutut rasanys masa nak mendaki bukit ni. Dekat atas ni lebih sejuk dan tahap nak beku pun semakin menigkat. Angin dia bukan sepoi-sepoi bahasa lagi dah, angin "freezing" melibas sampai ke tulang sumsum.


Makanan terakhir di Korea, mee udon, oklah rasa dia, mee dia rasa macam laksa. Kedai mee ni satu tingkat dengan bangunan souvenir. Dah setel beli souvenir, moh berangkat pulang.


Sempat rembat periuk maggi korea dekat kedai souvenir. Dekat pasar Namdaemun still ragu-ragu nak beli atau tak. Bila pikir balik mana nak dapat periuk maggi macam ni dekat Malaysia. Bukannya selalu dapat pergi Korea. Dengan berbekalkan duit yang dah semakin nazak, aku beli juga periuk ni dengan harga 6500 won, (tak pasti mahal ke murah) kalau diconvertkan bersamaan dalam RM 20 ringgit. Tak sempat nak simpan periuk ni dalam luggage, so iolss carry dia dalam beg sandang. Then, baru perasan, periuk ni sejenis metal. Kalau di x-ray di airport confirm boleh detect ada suspicious metal dalam beg. Syukur, lepas juga periuk ni tanpa apa-apa keraguan.

Berat beg luggage naik 4kg, macam naik berat badan pulak. Just nice, tak kurang dan tak lebih 20kg. Naik flight Air Asia ke Malaysia pada pukul 3.45pm, sampai ke Malaysia dalam 10.30pm. Sekarang ni agak menakutkan juga kalau nak naik kapal terbang,huhu.. alhamdulillah selamat sampai ke Malaysia.