Thursday 13 November 2014

Resepi Popia Vietnam

Assalamualaikum..

Sekarang barulah ada masa nak update blog. Kerja dekat ofis kebelakangan ini semakin menjadi-jadi. Banyak projek yang hampir siap, banyaklah manual dan paper work yang kena hadap untuk bagi kepada klien. Hari ni barulah free sikit nak mengarang dekat sini.

Weekend lepas, aku telah mencuba satu resepi yang sangat menyihatkan dan amat sesuai sekali untuk orang yang sedang berdiet. Resepi ini dinamakan sebagai popia vietnam. Kalau nak buat popia vietnam ini kena ada special kulit dia. Kulit popia ni aku beli dekat cold storage di One Utama. Harganya dalam 7 ringgit lebih.


Inilah rupa packaging popia vietnam.

Resepi:


1. 1/2 labu bawang besar
2. 3 ulas bawang putih
4. Sedikit isi ayam
5. 1 batang Fish cake (*Optional)
6. Kobis
7. Carot
8. Taugeh
9. 2 helai daun salad
10. Zukini

Cara-cara:




1. Cincang halus bawang putih, bawang besar dihiris nipis, dan isi ayam dipotong kecil-kecil.
 *Fish cake optional first try tak letak pon fishcake.


2. Hiris nipis-nipis zukini, kobis dan karot. Lepas tu tumis bawang putih bawang merah sampai kuning dan selepas itu masukkan ayam. Setelah ayam empuk masukkan semua sayur tadi, dan last sekali, untuk perasa masukkan sedikit garam dan gula.


3. Inilah hasilnya selepas ditumis di dalam kuali. Sedia untuk dibalut. Salad tu aku carik-carikkan jer dan masukkan sekali dengan sayur yang dimasak tadi.


4. Layurkan di dalam air untuk melembutkan kulit popia. Jangan layurkan dia lama sangat nanti lembik. Cukuplah sekadar direndam di dalam air dalam 10 saat. 


5. Inilah rupa selepas dibalut dekan kulit popia tadi.



Inilah hasil dia, sedia untuk dimakan. 














No comments:

Post a Comment