Thursday 23 October 2014

Progres Gigi dan Braces

Assalamualaikum...

Nampaknya aku memang dah tak ada kerja di ofis, sampai boleh update blog lagi..hihi. Bukannya tak ada kerja, tapi dah letih tengok kerja yang bersepah. Lastly, dapat pulak idea nak update blog, then terus aku mengarang di sini..huhu. 

Setelah hampir sebulan lebih memakai braces, memang boleh dapat lihat kesan sampingan terhadap gigi aku...Yeyy.., gigi sudah semakin Ok, dan nampak lebih teratur dari dulu. Kalau dulu nak senyum nampak gigi pon malu. Dan sekarang ternyata berbeza dari sebelum ini.




Setelah sebulan pakai inilah hasilnya..gigi depan dah stabil sedikit ke belakang, dan lagi satu, gigi bawah pon dah teratur dan fix ke belakang.


Nak habak mai memang berbaloi pakai damon braces ni, sebab hasilnya memang mengagumkan, so iolss memang advice kalau sesiapa yang nak pakai braces, pakailah damon braces..huhu, walaupun harganya mahal, tapi hasilnya memang tak mengecewakan.

Sabtu lepas ada follow up untuk first time dengan dr. gigi, agak sakit sikit time dr. nak cabut dawai besi dan ketatkan lagi, tapi just untuk satu malam jer, esoknya ok dah. Tapi kalau da pakai braces ni, memang kena hygiene dalam pembersihan gigi, terutama sekali selepas makan. Kalau makan yang lembut-lembut tu ok lah lagi, kalau makan daging ke ayam ke atau pun sayur sekalipun mesti ada yang akan tersangkut kat celah celah dawai braces.


This picture is before I'm wearing my braces, I cannot smile to show my teeth. Now it was totally different, now I can smile brightly...(^ ^) 


Mak kata iolss dah kurus sikit lepas pakai braces, tapi sekarang selera dah kembali ke asal..huhu, macam mana cara untuk kembali turunkan balik berat badan. Best tau bila berat badan dah turun, badan rasa ringan jer dan rasa lebih sihat. Next entry, saya akan ceritakan cara iolss turunkan berat badan. Ok bye..












No comments:

Post a Comment