Nama jer blog ni kimchi, tapi tak ada pula cerita pasal kimchi. Ok, sekarang ni nak cerita aktiviti semalam saya. Selepas 2 minggu balik darik Korea, tekak ni mula rindu dengan makanan Korea, terutama kimchi. Nak beli kimchi yang dah siap di pasaraya memang mahal, baik buat sendiri dengan kos yang paling minimum dan hasil yang memuaskan.
Resepi untuk membuat kimchi:
Bahan-bahan utama:
1. 1 batang kubis cina2. 2 batang karot
3. 6 Cili padi
4. Daun bawang (tak letak)
Bahan-bahan pes:
1. 1 1/2 biji bawang holland2. 5 ulas bawang putih
3. 1 inci halia
4. 5 sudu besar Cili kisar
5. 2 sudu besar sos ikan
6. 3 sudu besar serbuk cili (nak pedas letak lebih)
7. 2 sudu besar gula
8. 1 sudu besar garam
Bahan-bahan untuk perapan:
1. Garam2. Air
Kubis cina yang baru dibeli dipotong 4 dan dibasuh bersih-bersih dengan air yang bersih. Lepas tu lumurkan dengan garam di setiap helaian daun kubis.Selepas semua dilumur dengan garam, simpankan kubis di dalam peti ais semalaman.
Saya buat kerja melumur ni dalam bilik untuk mengelakkan gangguan teknikal dari anak-anak buah, sambil melumur kubis sambil menonton "roomate 2".
Taraa.. selepas semalaman dilumur dengan garam, kubis menjadi lembik dan sangat tidak bermaya. Kasi potong kubis kecil-kecil dan basuh dengan air paip sinki. Buang air garam pada kubis untuk mengelakkan garam berlebihan pada kubis dan menyebabkan kemasinan melampau pada kimchi anda.
Tak sempat nak snap gambar bawang, yang ni selepas bawang holland, bawang putih, halia, gula dan air dikisar di dalam blender. Air jangan letak banyak sangat sebab kubis itu sendiri nanti akan membekalkan air pada kimchi itu nanti.
Cili kisar dan lobak merah yang telah diparut. Saya guna cili giling sedia ada di Tesco, sebab malas nak blender cili kering.
Campurkan kesemua bahan-bahan pes ke dalam bekas kubis.
Masukkan lobak merah dan gaulkan bagi rata kesemuanya. Jangan lupa masukkan sos ikan ketika menggaul kesemua bahan-bahan di atas. Jangan lupa untuk masukkan serbuk cili untuk menyerikan lagi kimchi anda dengan warna yang lebih merah dan menambahkan rasa pedas pada kimchi.
Masa nak snap gambar ni, tangan tinggal sebelah saja. Sebab sebelah lagi guna untuk menggaul kubis, dan inilah hasilnya.
Kalau nak pedas lagi tambahkan lagi cili padi ikut kesukaan sendiri. Nak letak satu mangkuk pon tak apa.
Ok, dah siap akhirnya kimchi saya. Simpan dalam peti ais untuk proses perapan yang sempurna. Kimchi ni sedap dimakan dengan nasi campur, bubur dan ramyun. Selain tu, makan dengan maggi pon sedap juga.
nak kena perap berapa lama?
ReplyDeletenak kena perap berapa lama?
ReplyDeleteSelalunya kalau letak di luar dlm masa sehari dia dah start masam sikit, kalau dalam peti ais, 3 hari baru dia masam. Kalau nak cepat masam letak sehari di luat, then baru simpan dalam peti untuk tahan lebih lama
Deletegood info sis.. thank you
ReplyDeletewelcome..:)
DeleteBekas tu tak kisah la dalam ape pn ke?
ReplyDeleteYe..tak kisah mana2x bekas pon, bekas plastik lagi baik.
Deletebalik satgi nak buat...sedap tgk..dah lama teringin nak makan...
ReplyDeleteJenama sos ikan ape awk guna?
ReplyDeleteSos ikan jenama puteri.
Deletepaling simple saya rasa...saya sedang blajar dkt estonia tp makanan terhad...dpt resepi kimchi simple mcm ni mmg membantu..bahan2 pulk seng dpt..nasib baik cili blender bawak siap2 dari Malaysia...tq ye sis.. :)
ReplyDeleteSama-sama boleh la cuba buat..:)
DeleteBerapa lama boleh tahan ni ye?
ReplyDeleteBerapa lama boleh tahan ni ye?
ReplyDeleteBoleh tahan berbulan-bulan kalau disimpan dalam peti ais
DeleteKlu xsimpan dlm peti ais brapa lma bleh tahan?
ReplyDeleteKlu xsimpan dlm peti ais brapa lma bleh tahan?
ReplyDeleteKalau tak simpan dalam peti ais, kurang tahan..sebab nanti kimchi ni akan keluar banyak air dan rasanya pun tak sedap.
Deletesos ikan tu kalau nak ganti dengan sos perasa maggi boleh tak?
ReplyDeleteTak pasti..sebab x pernah cuba.
DeletePes cili kisar takyah masak dulu eh? Tak rs cili bawang mentah ke?
ReplyDeleteX payah masak, sebab fungsi dia untuk diperap. O
DeleteKak...x yah ltk cuka?..mcm mn nak bg rasa masam
ReplyDeleteKak...x yah ltk cuka?..mcm mn nak bg rasa masam
ReplyDeletex perlu letak cuka, akan jadi masam bila diperap lama
DeleteTengah buat...hihi harap2 sedap le ekkk...teringin gila nak makan....
ReplyDeleteTengah buat...hihi harap2 sedap le ekkk...teringin gila nak makan....
ReplyDeleteBila kimchi tu belendir..tandanya dah basi ye??
ReplyDeleteKalau simpan dalam peti ais, kimchi tu tak akan basi.
Delete