Sunday 11 October 2015

Resepi Spaghetti Bolognese yang Simple

Assalamualaikum..

Oleh kerana, terlalu mengidamkan sajian pasta, maka terhasillah hidangan spaghetti bolognese yang simple dan campak-campak jer bahan-bahannya.

A. Bahan-Bahan:

1. Setengah paket spaghetti (saya guna jenama Kimball sbb murah)

2. 1 sudu besar minyak

3. 1 sudu kecil garam

Cara - Cara:

Celur spaghetti di dalam periuk, disertakan sekali minyak dan garam. Celur sehingga spaghetti lembut. Bila siap angkat dan toskan airnya.

B. Bahan-Bahan Sos:

1. 4 biji bawang putih (dicincang)

2. 1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)

3. 1 botol kecil sos spaghetti kimball

4. 2 biji tomato (dipotong dadu)

5. 2 batang hot dog (dihiris nipis)

6. 1 buku daging cincang ramly (ceraikan kecil-kecil)

7. 5 biji cendawan shitake (potong nipis-nipis)

8. 2 sudu kecil garam

9. 2 sudu besar gula

10. 1 batang daun ketumbar (dicingcang halus)

Cara - Cara:

1. Tumis bawang putih sehingga naik bau, kemudian masukkan daging cincang.

2. Setelah daging sudah masak, masukkan shitake mushroom, dan hot dog.

3. Setelah itu masukkan pula tomato dan 1 botol kecil sos spaghetti kimball.

4. Kacau rata dan masukkan bawang, gula dan garam, masak sos sehingga mendidih, dan perasakan       dengan garam dan gula. Taburkan juga daun ketumbar untuk menaikkan bau sos spaghetti.

5. Tuangkan di atas speghetti yang telah dimasak, dan sedia untuk dimakan.



No comments:

Post a Comment