Monday 26 January 2015

Resepi Puding Roti dengan Sos Kastard

Assalamualaikum...

Hari ni nak share resepi puding roti dengan sos kastard yang dibuat pada hari Ahad lepas. Dapat idea nak buat puding roti ni bila tengok roti gardenia yang tak terusik sejak beli dan sayang pulak kalau tak digunakan. Senang sangat nak buat puding roti ni sebab cuma perlu guna bahan-bahan yang simple dan senang nak cari di mana-mana kedai.

Bahan-bahan untuk Puding Roti:


1. 8 keping roti kosong

2. 2 biji telur gred A

3. 4 sudu besar gula halus

4. 2 sudu besar mentega

5. 1 sudu kecil perisa vanilla

6. 1 tin susu cair

7. Badam dan kismis

Bahan-bahan untuk sos kastard:


1. 1 tin susu cair

2. 1 1/2 sudu besar tepung kastard

3. 2 1/2 susu besar gula

4. 1 sudu kecil perisa vanilla


Bahan-bahan untuk membuat puding roti. Iolss guna gula perang dalam resepi ni.



2 sudu besar mentega yang telah dicairkan di atas api yang kecil


Tuang susu cair serta telur dan kacau sehingga sebati. Tak perlu kacau lama sangat asalkan semua bahan dah sebati pun dah memadai.


Masukkan vanila dan mentega ke dalam campuran bahan tadi.


Susun roti cantik-cantik di dalam loyang pembakar. Sebelum letak roti pastikan loyang disapukan dengan mentega supaya puding tak melekat apabila dah masak.


Tuangkan bahan campuran tadi ke atas roti yang disusun tadi,


Selepas tu, lenyek-lenyekkan roti tadi dengan sudu supaya semua roti tenggelam dalam larutan bahan-bahan campuran tadi. Kalau tengah geram dekat seseorang imagine muka dia dekat roti tu, dan lenyek sampai puas. huhu..antara tips-tips berguna di dapur.


Selepas puas melenyek, taburkan badam dan kismis diatas puding roti. Bakar selama 30 minit di dalam oven pada suhu 170 darjah celcius


Selepas 30 minit di dalam oven, dan inilah hasil dia. Tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut.



Cara nak buat sos kastard ni senang jer, tuang kesemua bahan-bahan sos kastard ke dalam periuk, kacau sampai sebati. Pastikan api betul-betul kecil dan masak sehingga hampir pekat dan kelihatan berbuih.


Inilah hasil dia selepas dituang dengan sos kastard yang sedap dimakan panas-panas. Kastard dan puding tidak terlalu manis and everything was perfect, and just nice!! Ok bye..wait for the next entry..(^ ^)



No comments:

Post a Comment