Hari ni, aku buat breakfast yang sangat simple dan sangat mudah untuk disediakan, iaitu penkek segera yang dibeli di Giant yang berhampiran.
Inilah dia pancake mix yang iolss beli di Giant yang berharga RM 16. Mahal pon tak apa sebab aku dah sangat mengidam nak makan penkek. Nak adun bahan-bahan sendiri tersangat la malas nak mencari bahan-bahan dia. Actually bahan-bahan nak buat penkek senang jer, kalau dah ada yang ready make, so lagi better beli yang telah siap sedia untuk dimasak. Hanya perlu tambah air saja.
Cerita aku di waktu pagi:
Alarm di telefon telah menyedarkan aku dari tidur yang nyenyak, dan jam menunjukkan pukul 5.45 pagi. Dengan keadaan yang separuh sedar, mata dan muka bengkak (sebab makan nasi goreng lewat malam), aku gigih pergi ke dapur membuka kotak penkek segera yang aku beli di Giant dan menggagaulah aku mencari kuali leper di bawah almari dapur.
Aku ambil tepung penkek dan campurkan dengan air purified sikit demi sedikit, tak perlu cair atau pekat sangat, sedang-sedang saja. Kalau cair atau pekat sangat nanti tak sedap pulak.
Lepas kuali dah panas aku tuangkan satu senduk kecil penkek mix tadi dan biarkan jer adunan tu menjadi bulat dengan sendirinya di atas kuali.
Api di kuali mesti dipastikan di tahap yang sederhana, supaya penkek tak hangit nanti. Tapi penkek aku 2 keping tak menjadi, sebab dah hangit..huhu, nak cepat bersiap pergi kerja, sebab tu tak sengaja terkuatkan api.
Dalam 6.10 pagi, terhasillah penkek aku yang tak berapa nak cantik ni. Aku terus capai tuala dan mandi untuk bersiap-siap ke tempat kerja.
6.40 pagi bergerak keluar dari rumah dengan manjinjing dua plastik beg makanan untuk breakfast dan juga lunch.
Inilah dia hasil dia, walaupun ada yang terhangit, tapi rasa dia still sedap bila dimakan dengan madu syrup, mentega dan jem strawberi. Tersangatlah kenyang sampai tak habis dimakan.
No comments:
Post a Comment