Friday, 9 January 2015

# My Korea Story Part 4

Assalamualaikum...


Day 4 ---> Nami Island, Everland, Dongdaemun Market


Hari keempat saya di Korea, kami sudah mula meninggalkan ski resort dan bertolak ke Nami Island. Nami Island adalah tempat pengembaraan drama popular korea "winter sonata". Bertuah sangat dapat ke sini sebab boleh menyaksikan kecantikan pokok-pokok chesnut yang diselaputi salji.

Nak cerita sikit sejarah Pulau Nami ni, Pulau Nami ni bentuknya macam bulan sabit dan terletak di Chuncheon, Korea Selatan. Pulau Nami ni terbentuk disebabkan oleh air yang semakin meningkat di Pulau Han akibat Pembinaan Empangan CheongPyeong pada tahun 1944.



Yang belakang tu peta Nami Island. Kecil jer pulau ni, adalah dalam 430,000 square metre.


Masa pergi ni memang ramai sangat tourist yang datang, agak sesak jugak jalan antara pokok-pokok chesnut ni. Tapi view dekat sini memang cantik.


Antara permandangan yang dapat dilihat di sekitar pulau nami. Tanah-tanah penuh diselaputi dengan salji.


Ada kafe kecil di pulau Nami ni, sesiapa yang nak minum kopi dan teh bolehla singgah di kafe ni.






Saya dengan Senior Manager saya, Mr. Albert, ada gaya ala-ala James Bond di situ.


Permandangan dari atas feri dan di depan pintu masuk Nami Island ni. Tasik dia membeku dan suhu persekitaran tidak terlampau sejuk seperti di YongPyong Resort.


Bergambar ramai-ramai dengan officemate di depan pintu masuk Nami Island.



Makanan ni kita makan dengan cara balut dengan daun salad dan dicampur sekali dengan bawang putih dan sambal pedas dia.



Bila dah nak habis tu, dia bagi nasi, sos pedas dan seaweed, rasanya sangat fresh, rasa macam  makan nasi goreng seafood.




Masa ni belum lagi diletakkan sos pedas, sebab bila dah letak dah tak sempat nak ambil gambar, sebab dah sangat teruja nak makan.


Sedap sangat sampai nasi orang sebelah pun kene pau dengan kami. Terlalu lapar sebab terlalu banyak sangat berjalan, dapat pula makan panas-panas macam ni. Rindu rasanya nak makan macam ni lagi.



Selepas itu kami teruskan perjalanan kami ke Everland Theme Park, yang terletak tidak jauh dari Seoul. Saya tak pasti berapa jumpa kos tiket untuk masuk ke Everland, sebab semuanya sudah disediakan oleh tour guide kami. Everland ni besar ok, kalau setakat 3 jam di dalam ni memang tak cukup, kalau boleh kena ada dalam ni satu hari baru puas hati nak cuba semua permainan dekat dalam ni.







Kpop Hologram di belakang, tak sempat nak masuk nak tengok macam mana rupanya Kpop Hologram.





Jalan-jalan naik kereta kabel untuk turun ke bawah.



Nak bagitau, saya naik roller coaster ni. Mula-mula ingat roller coaster ni biasa jer macam di sunway lagoon. Rupa-rupanya lagi power dan lebih scary dari yang ada di Malaysia. Teringat yang Running Man si Jae Suk pernah naik roller coaster ni lebih dari 5 kali sebab tak lepas cabaran. Macam mana dia boleh tahan. Saya naik sampai sakit perut dan jerit macam nak terkeluar anak tekak. Lagi satu, kami banyak habiskan masa beratur nak naik roller coaster ni, adalah dalam 40 minit juga kami beratur untuk naik roller coaster ni.



Malam-malam macam ni memang sejuk. Maka, aktiviti pemujaan api pun dilakukan untuk memanaskan diri. 



Saya nak naik permainan ni tapi tak sempat, huhu..jadi ambil gambar sajalah. Ingat nanti bolehlah feeling-feeling stairway to heaven sikit.



Banyak benda tak sempat nak buat, nak turun di bawah tu pun tak ada masa, jadi ambil gambar dari atas sajalah. Kat bawah tu macam pesta lampu macam kat I-City, tapi yang ni lagi cantik.



Last sekali, malam itu kami singgah ke Dongdaemun Market di Seoul untuk shopping dan makan malam. Makan malam tidak disediakan, jadi kami kena mencari makanan sendiri di sekitar dongdaemun market.


Sempat juga ke shoping kompleks sekitar Dongdaemun ni, kebanyakannya menjual baju-baju sejuk dan sweater panas. Kalau nak cari baju sejuk murah-murah bolehla datang ke shoping kompleks dekat sini. 



Malam tu saya makan toppoki dan susu pisang. Beli dekat sekitar tepi jalan saja. Ada juga pengalaman mencari makanan sendiri dan dapat juga merasa keaslian toppoki korea. Tak sempat nak ambil gambar toppoki dan kedainya.






Setelah seharian berjalan, akhirnya dapat juga berehat. Rasa macam nak tercabut tulang-tulang belakang. Tak tahulah dah berapa kali terlelap dalam bas. Hotel terakhir kami ialah Coatel Hotel di Gangnam. Hotel dia agak mewah dan selesa, dan yang paling menarik hotel ini ada menyediakan mesin basuh dan satu router wifi untuk kegunaan guest dia. Menarik tau, mana dapat hotel macam ni di Malaysia. Dah macam 1 pakej rumah yang lengkap. 

Di Korea ni memang senang nak cari wifi percuma, kita hanya perlu search saja, terus dapat internet. Negara maju macam Korea ni kelajuan internet dia memang bagus dan memang dapat memudahkan kita sebagai pelancong asing mendapat kemudahan internet.


Next Entry---> Korea Part 5








No comments:

Post a Comment