Wednesday 25 February 2015

Resepi Pizza Gebu

Assalamualaikum...


Cuti hari raya cina minggu lepas, aku pulang ke kampung hampir seminggu jugaklah. Almaklumlah company ni chinese company, jadi kena follow mereka punya cuti. Kalau dah balik rumah, kalau tak masuk dapur memang tak sahlah, time ni la nak asah skill memasak dan nak tunjuk depan my mom resepi-resepi baru yang anak dia nak tunjukkan.

Maka terhasillah satu resepi Pizza campak-campak hasil carian dari blog. Resepi base pizza ni curi sikit idea resepi donut my sis. Sebabnya resepi donut my sis sangat gebu dan kalau dijadikan base pizza confirm sedap.

Bahan-bahan base:


1. 3 cawan tepung roti (pakai tepung gandum pon boleh)
2. 3 sudu kecil mauripan segera
3. Air
4. Sebiji telur
5. 2 1/2 sudu besar mentega
6. 2 sudu besar gula
7. 3 sudu besar susu pekat

Bahan-bahan topping:


1. Daging hancur
2. Cili benggala
3. Mozarella
4. Bawang holand
5. Cendawan butang
6. Nenas dalam tin
7. Sos prego
8. Bawang putih cincang
9. Sos tomato
10. Sos Cili

Cara-cara:


1. Rendam yis dalam air suam dengan 1 sudu besar gula. Biarkan seketika sehingga yis berbuih
2. Campurkan kesemua bahan base dan uli sehingga menjadi doh yang lembut. Tuang air sedikit-demi sedikit.

Inilah rupa doh yang dah direhatkan selamat 1 jam.

Doh yang besar macam ni boleh dapat dalam 3 tray dulang bakar.

3. Selepas dilenyet-lenyetkan di atas dulang, bolehlah sapukan sos prego, sos tomato, soso cili, taburkan sedikit bawang putih. Nak lebih sedap, sapukan sedikit minyak zaitun di atas doh pizza. Bahan yang lain tu boleh ditaburkan saja seperti gambar di bawah ni.

Gambar pizza selepas dibakar tak sempat diambil sebab dah kena bedal awal-awal. 

Tips: 

* Untuk mempercepatkan lagi proses memasak pizza, bakar dulu base pizza ke dalam oven selama 10 minit pada suhu 150 darjah celcius. Lepas tu, baru taburkan bahan-bahan topping dan masukkan semula ke dalam oven untuk masakkan keseluruhan pizza selama 20 minit pada suhu 180 darjah celcius.

* Nak lebih sedap sapukan mentega di sekeliling pizza sebelum ia dibakar di dalam oven










No comments:

Post a Comment