Monday 3 October 2016

Kyochon One Utama

Assalamualaikum...

Sape pernah try makan ayam goreng di Kyochon. Seriously, memang dah ketagih dengan ayam goreng Kyochon ni. Kalau boleh sebulan sekali memang wajib makan kat sini.


Set meals untuk 2 orang pun dah RM 20 campur dengan set ayam dah RM 25, total spend yang paling afdal ialah RM 50++. 


Lupakan diet segala bagai, nak setelkan dulu 1 ekor ayam ni. Next month lepas gaji boleh la datang lagi.

Shin Ramyun Vs Samyang

Assalamualaikum

Korean Food lovers mesti minat 2 jenis mee segera ni, iaitu Shin Ramyun dan Samyang. Bagi aku dua-dua memang sedap kalau kena dengan cara masak dia.



Samyang pulak jenis mee yang kita boleh ketagih dengan dengan kepedasan dia. Walaupun pedas tapi otak still nak makan lagi. No wonder la Malaysia dan Indonesia adalah pengimport terbesar mee Samyang. Both 2 jenis negara ni peminat tegar makanan pedas.



Shin Ramyun plak sedap dimakan dengan kimchi. Mee ni kena dimasak dahulu dengan air kimchi baru terasa kuah dia. Kalau guna perasa dia saja, rasa dia tak berapa sedap dan akan rasa plain. Yang penting dua-dua mee ni memang sedap walaupun mahal.

MyeongDong Topokki Paradigm Mall

Assalamualaikum


Last week, nak try la satu restoran korea dekat Paradigm Mall, nama kedainya MyeongDong Topokki berdekatan dengan Tesco Paradigm.


Kedai ni berkonsepkan layan diri, kita order di kaunter dan makanan juga diambil di kaunter.


Try la satu set nasi dan soybean soup (lupa plak nama dia) haha, Satu set ni harga dia RM 13.90 sahaja. Rasa sup ni macam rasa sup taucu. Rasa dia not bad la, kalau datang lagi maybe akan ambil set sup kimchijigae yang pedas.


Yang atas ini plak set toppoki versi small. Sedap dan memang berbaloi kalau makan. 1 plate ni harga RM 7.90.

DIY Bunga Tangan Pengantin

Assalamualaikum..


Entri yang ni nak tunjuk cara-cara nak DIY bunga tangan untuk bakal pengantin. Bunga-bunga haruslah bunga plastik, jangan beli bunga hidup plak, nanti tak sempat nak guna time nikah nanti. 



10 kuntum bunga untuk 1 ikat yang dijual di Kaison berharga RM 13.90, Total aku beli 30 kuntum, so total RM 41.70. Mula-mula test warna bunga dulu di Kaison, dah puas hati baru beli.


Bunga merah kecil just nak tambah bagi nampak menarik sikit. 1 ikat RM 3.90, beli dalam 3 ikat berharga RM 11.70. Tambah aksesori Reben dan glitter sikit.


Sediakan bahan-bahan seperti pemotong wayar, cable tie (beli yang panjang) dan gunting.



Bunga yang siap diikat  dengan cable tie.



Setelah ditambah reben dan aksesori lain. Jumlah kos yang digunakan cuma RM 55 sahaja. 

DIY Bunga Telur Paper Crepe

Assalamualaikum..

Entri kali ni nak cerita tentang idea untuk membuat bunga telur dengan menggunakan kertas crepe. Oleh kerana, majlis lagi 3 bulan; so kenalah bersiap sedia dengan 100 kuntum bunga telur.


Nama pun DIY, so semua bahan mestilah di beli sendiri di kedai aksesori barang perkahwinan. Kertas crepe 50sen sekeping, kalau nak buat dalam 100 kuntum bunga, paling kurang kena ada 20 keping kertas crepe untuk 6 lapisan kertas.


Reben, lidi, gam, dawai saiz 26, net telur dan gam penembak harus ada untuk hasilkan bunga telur crepe. Semua bahan ni aku beli di kedai aksesori perkahwinan di LATUR seksyen 7 Shah Alam. Pilihan design ikutlah citarasa sendiri.



Ini lah hasilnya selepas jadikan kipas dan disambungkan dengan ribbon. 




Lepas tu ikat bunga pada lidi dengan menggunakan lebihan dawai pada bunga. Better jangan kembangkan bunga dulu bagi memudahkan kerja untuk sambungkan lidi.


Ini lah hasilnya selepas bunga dikembangkan.


Ni contoh bunga telur crepe di kedai LATUR. Nampak serupa tapi tak sama, not bad la untuk first trial. Total cost tak sampai RM 100, maybe dalam RM 50 lebih termasuk aksesori lain.


Tuesday 6 September 2016

Selamat Tinggal Braces & Selamat Datang Retairner

Assalamualaikum...


Dah lama tak mengupdate...huhu.

Dah hampir 3 bulan free dari braces. Start cabut braces pada 23 Jun 2016, maka cukup 1 tahun 10 bulan aku pakai braces. 



Pengalaman cabut braces memang tak boleh lupa, bukan sakit sikit, tapi sakit rasa macam gigi nak tercabut. Buka braces jer terasa gigi macam tak kukuh dan bergoyang apabila disentuh.


Selepas 3 hari Dr, advice pakai retainer yang transparent ni. Harga 1 set retainer ni RM 500. Bayar dan terus pakai selama 24 jam dalam tempoh 6 bulan. Selepas 6 bulan hanya pakai pada waktu malam sahaja. Nak makan kena buka dan cuci, sebab air liur kita akan terkumpul pada retainer kalau dipakai lama pada gigi. Sekarang dah pakai retainer ni hampir 3 bulan, cepat jer masa berlalu. Tunggu nak free dari pulak lepas ni.


Friday 17 June 2016

Resepi Tart Gulung


Assalamualaikum...

Nak share resepi tart gulung yang diambil resepi daripada che mat gebu.

Resepi:

1. 230gm mentega
2. 400gm tepung gandum
3. 40 gm tepung kastard
4. 50gm gula aising
5. 2 kuning telur
6. 1 camca teh esen vanilla


Cara-cara:

1. Putar mentega dan gula aising hingga sebati
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla kacau sebati
3. Masukkan tepung sikit demi sedikit dan kacau rata.
4. Selepas menjadi doh, tutup doh dengan kain yang lembap.
5. Sapukan kuning telur pada tart selepas selesai menggulung.
6. Bakar pada suhu 175 darjah celcius dalam 20-25minit.


Selepas selesai menggulung tart dengan inti nenas yang dibeli di kedai bakeri.




Acuan yang digunakan untuk menggulung tart.




Dapat dalam 2 balang tart dengan 2 kali bancuhan.