Tuesday 19 January 2016

Resepi Strawberry Cheese Cake yang Simple

Assalamualaikum...

Selepas puas memborong strawberry di Cameron, maka terdetiklah di hati untuk menghasilkan strawberry cheese cake yang simple dan mudah. 

Bahan-bahan:

1. 200gm biskut marrie munchies
2. 80gm mentega (dicairkan)
3. 60gm gula halus
4. 6 biji strawberry segar, (didadu kecil-kecil)
5. 1 paket gelatin (jenama halagel)
6. 125ml air suam (untuk dimasukkan kedalam gelatin)
7. 200ml whipping cream
8. Strawberry segar untuk hiasan.





Cara-cara:

1. Biskut marrie dihancurkan, kemudian masukkan mentega untuk dijadikan base kek.
2. Putar cream cheese dan gula sehingga sebati, kemudian masukkan strawberry yang didadu tadi.
3. Mangkuk yang lain putar whipping cream sehingga kembang.
4. Kemudian masukkan whipping cream ke dalam bancuhan cream cheese tadi
5. Setelah itu masukkan gelatin yang telah direndam dan dikacau rata dalam air suam ke dalam
    adunan cream cheese tadi.         


3 mangkuk tersedia, Cream cheese + gula, Whipping cream dan strawberry yang siap didadu.


Whipping cream yang siap diputar dan adunan cream cheese beserta strawberry yang telah dikacau rata


Adunan siap dimasukkan ke dalam loyang dan sedia untuk disejukkan selama semalaman


Setelah disejukkan selama semalaman


Dipotong dan sedia untuk dimakan. Resepi ni tak terlalu manis sebab tak menggunakan gula yang banyak dan kombinasi strawberry juga sesuai dengan cheese sebab strawberry dah masam dan menyebabkan cheese tidak terlalu muak untuk dimakan.

Monday 18 January 2016

Cameron December 2015

Assalamualaikum...

Dah masuk tahun 2016, baru nak update blog..rasa macam dah lama sangat tak menulis, otak pun dah beku macam mana nak mengarang kat blog ni.

18-20 December 2015 lepas aku dan family buat satu trip ke Cameron Highland selama 3 hari 2 malam. Sewa untuk satu homestay yang ada 3 bilik adalah dalam RM 590, berbaloi jugak la sebab rumah ni memang best dan bukan kawasan bandar, design rumah ni pun macam ala-ala british. Yang paling best rumah ni khas untuk muslim sahaja. Apartment ni di kawasan Heritage Hotel Tanah Rata. Kalau nak book rumah ni boleh contact Kak Azlia 019-45003500.




Rumah ni memang sejuk, aircond memang tak diperlukan langsung. Rumah ni lengkap dengan perabot dan peralatan memasak. So kalau nak datang sini, cuma bawak makanan untuk di masak saja.



Semua lengkap, siap dengan microwave dan lesung batu pon ada.



Terserlah gigi aku, hehe..gambar ni diambil di hadapan apartment hibiscus kami. Kawasan ni sejuk dan udara dia memang segar, kalau ambil gambar memang cantik.



Bharat Plantation Tea House, yang paling dekat dengan apartment kami. 





Gambar ni dekat Mardi Agro Plantation. Dah tak berapa best sangat Mardi ni, berbeza sangat dengan Mardi yang dulu. Sekarang dah tak banyak bunga yang ditanam.





Kami tak banyak pergi berjalan sangat. Banyak duduk di rumah layan astro dan berselimut. Sebab pergi masa cuti sekolah tapi bukan public holiday, pengunjung memang ramai dan kalau nak ke pekan Brinchang memang kena hadap jem sikit.




Hari terakhir singgah di Big Red Strawberry Farm. Sini best sebab dia punya waffle, aiskrim goreng, strawberry sundae, dan macam-macam lagi. Memang kenyang dan berbaloi kalau datang sini.

Last sekali kami singgah Kea Farm untuk membeli strawberry, jagung manis, dan sayur-sayuran. Kalau ada peluang nak pergi lagi dengan family dan yang tersayang.