Monday 6 October 2014

Dubu-dubu and Shopping

Hello...

Boleh dikatakan tekak aku memang suka makanan korea, almaklumlah selalu sangat tengok cerita korea, itu yang sampai terpengaruh dengan makanan diorang.

So, untuk memuaskan tekak yang dah lama nak makan makanan korea, maka pergilah aku ke Dubu-dubu di One Utama. Aku telah mimilih untuk order satu set bibimbap. Sebenarnya banyak lagi pilihan makanan lain di Dubu-Dubu, tapi bagi akulah bibimbap adalah paling sedap dalam banyak-banyak menu yang tersenarai di Dubu-Dubu.


*Satu set Beef Bibimbap. Set merangkumi sos, kimchi, ikan bilis goreng, sayur kacang panjang, dan sup tauhu. Nak bagitau kat sini taugeh die memang banyak. haha



* Inilah yang terjadi selepas semua bahan digaulkan bersama. Nak bagitau memang kenyang habak hang..memang kalau pergi tak pernah nak habis makanan dia. Satu set ni adalah dalam RM 20++ kalau dah termasuk tax.




Lepas habis makan pegi jalan-jalan kejap ke Daiso. Kat Daiso ni banyak barang yang comel-comel. Semuanya harga Rm 5.


Sebab barang-barang dia yang comel dan murah, maka, aku pon telah terbeli satu set cream squeezer. Tapi bila nak digunakan, pon tak tau la...tunggu mood nak buat kek kembali semula.


Ini adalah salah satu barang yang perlu ada kalau nak pergi travel, iaitu Compression bag. Baik prepare beli dari sekarang untuk memudahkan kerja aku bila nak travel ke oversea nanti. 
(p/s: Feeling tak sabar dah sebenarnya)















No comments:

Post a Comment