Tuesday 7 October 2014

Waktu Bila Nak Buat Solat Sunat Tahajjud?

Assalamualaikum...

Apa yang dimaksudkan dengan 1/3 malam untuk tahajjud? Dah lama sebenarnya nak tahu apa yang dimaksudkan dengan 1/3 malam untuk menunaikan solat sunat tahajjud. Tapi sebelum tu, apakah kelebihan solat sunat tahajjud? Solat sunat ni memang sangat besar ganjarannya sehingga ia ada disebut di dalam Al-Quran di dalam surah al-isra' ayat: 79:

Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (al-Isra’ : 79)

Bilakah bermulanya sepertiga malam itu?, Ianya bermula selepas solat Isyak sehingga sebelum masuk waktu Subuh, dan ia dibahagikan kepada 1/3 bahagian. Kalau jarak antara waktu Isyak dan Subuh adalah 9 jam, maka 3 jam pertama selepas Isyak dikira 1/3 awal, 3 jam kedua dikira 1/3 pertengahan, dan 3 jam terakhir adalah dikira 1/3 akhir malam.
So, kalau susah sangat nak bangun 3 atau 4 pagi tu, boleh la bangun tahajjud sebelum waktu subuh, pukul 5 pagi macam tu pon dah ok. Dan yang penting ianya digalakkan untuk dilakukan 1/3 akhir malam kerana waktu sebelum waktu subuh adalah waktu sahur dan digalakkan supaya banyakkan berdoa untuk memohon keampunan
(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.” (Ali Imran : 17)


Marilah bersama-sama mengambil peluang keemasan yang Allah nak bagi. Ia adalah salah satu cara untuk mendekatkan lagi diri kita kepada Allah.
p/s: pesanan untuk diri saya sendiri juga.



*Bacaan doa qunut untuk solat subuh. (Sebagai selingan)



No comments:

Post a Comment