Wednesday 24 September 2014

Bermulalah Kehidupanku Sebagai Pemakai Gigi Besi (Braces)

Semua orang pasti tahu yang braces ni adalah pendakap gigi yang dipasang pada gigi untuk mendapatkan susunan gigi yang cantik. Sudah sekian lama sebenarnya untuk memasang braces ni. Almaklumlah gigi memang tak berapa nak cantik dan bila time ambil gambar memang tak boleh nak tayang gigi langsung...sadis (-__-).

Bermula pada 18 Sept 2014 gigiku telah dipasang sepasang braces atas dan juga bawah gigi. Tapi, banyak lagi prosedure yang kita kene lakukan sebelum pasang braces, antaranya:

Appointment 1: Cuci gigi (Scaling) , Pakai Elastic Band, Cabut 2 batang gigi, X-Ray = RM 500

Appointment 2: Cabut 2 batang gigi lagi = RM 140

Appointmet 3: Pasang Damon Braces =  Deposit RM 1500

So Total untuk 3 kali appointment adalah = RM 2140.

Itu belum kira lagi ansuran bulan sebanyak RM 250 untuk 18 bulan..huhu, so kepada yang berkeinginan untuk memakai braces, kenalah ada financial yang kukuh. Kepada yang berkemampuan maybe xde masalah.

Saya telah memilih sebuah Klinik Gigi yang berdekatan dengan tempat tinggal saya iaitu Klinik Gigi Dr. Smile.


* Gambar dari FB DSR Smile

* Gambar dari google

Ini adalah rawatan yang disediakan, yg paling best klinik ni malam pun buka.



Gambar sebelum pakai braces, sekarang memang  tak dapat nak senyum macam ni dah..huhu.






No comments:

Post a Comment