Wednesday 24 September 2014

Minggu Pertama Memakai Braces

Masuk hari ini sudah hampir 5 hari aku memakai braces. Kepada yang dah ada pengalaman memakai braces maybe paham suasana dia macam mana.

Hari pertama pakai memang tak sakit, tapi mulut kita akan terkejut dengan bendasing dalam mulut kita, sampaikan tak boleh nak tutup mulut kot. Bukan setakat tak boleh tutup mulut, cakap pon macam dah sengau...huhu.

Bila dah pakai memang rasa agak Down jugak time tue, rase macam nak suruh doktor cabut balek jer braces ni. Tapi dikuatkan jugak hati untuk meneruskan, sebab banyak duit yang dah dilaburkan.

Kalau dah pakai memang tak akan terlepas dengan ulser. Ulser tu memang sakit, tau sebab ape, sebab nanti bibir kita akan berlanggar dengan dawai-dawai besi dan braket pada braces. Itu yang akan menyebabkan ulser. Tapi bila dah lama dan terbiasa, ulser tue pon dah tak rasa sakit dah, cuma yang tinggal adalah kesan dia jer.

Jangan risau nanti doktor akan bagi ubat ulser dan lilin atau wax yang akan kita tampal pada braket untuk mengelakkan perlanggaran yang serius pada bibir atau pipi kita.


Jenis inilah braces yang dipakai, dipanggil Damon Braces.

Doktor gigi cakap braces jenis ni cepat sikit tempoh pemakaian, maybe kurang dari 2 tahun, tapi ikut condition gigi jugak.


Bekalan peralatan gigi yang disediakan oleh doktor.

Lepas ni memang kene hygiene dalam pembersihan gigi, banyak perkara yang perlu dilakukan. Kalau lepas makan kene cepat cepat kumur untuk mengeluarkan sisa makanan yang tersangkut pada braket kita.


Makan haruslah yang lembut dan tidak keras, supaya senang ditelan dan dikunyah. Tapi sebenarnya tak boleh kunyah pon time first day pakai..huhu.

Akibat banyak sangat yang tak boleh dimakan, maka berat pon sudah susut sebanyak 3kg. Ini adalah di antara kebaikan dalam memakai braces, dalam pendapat saya lah...huhu.

Sekarang tengah pilih gambar sebagai bukti telah pakai braces,wait for the next entry...

No comments:

Post a Comment