Sunday 7 December 2014

Application untuk Monitor Berat dan Kalori

Assalamualaikum...

Macam-macam cara untuk diet dan kekalkan badan supaya fit dan sihat. Salah satu cara yang saya gunakan adalah dengan menggunakan application percuma di dalam appstore untuk pengguna Android. Application yang saya guna adalah "Monitor your Weight" dan "My FitnestPal.


Ini Application "Monitor your Weight". Itu berat saya sekarang, tapi masih dapat kekalkan BMI yang normal. Tak mampu rasanya kalau nak makan hanya 891kcl per day, alamatnya kebulurlah nanti. Target berat adalah anggaran saja, kalau nak turun sampai 48kg, memang harus buat heavy workout setiap hari.

Susah sebenarnya nak turunkan berat, sebab kebanyakan workout yang saya buat adalah workout yang lebih kepada pembinaan otot. Jadi, bila otot naik, berat mungkin susah nak nampak perbezaannya. Tapi, yang kita boleh lihat adalah berapa banyak kelonggaran pada baju dan seluar kita nanti. Rajin-rajinlah ukur pinggang anda dan cuba dapatkan tali tape ukur baju dan ukurlah sendiri untuk melihat perbezaannya.





Ini application "My Fitness Pall". Apps ni boleh kira berapa banyak kalori yang kita ambil dan boleh kira berapa kalori yang diperlukan dalam sehari. Kalori normal yang diperlukan oleh seorang wanita dalam sehari adalah sebanyak 1200kcl sahaja. Itu yang paling maksimum kalau nak kekalkan pengambilan diet yang sihat.

Saya memang dah cuba kekalkan pengambilan kalori dan memang kita kena disiplin terhadap pengiraan pengambilan kalori dalam diet seharian kita. Kalau diikutkan memang tak seronok, sebab banyak makanan kegemaran yang harus disekat. Contohnya, salah satu makanan kegemaran saya adalah pisang goreng. Kalau beli dalam 5 biji, hanya 2 ke 3 biji saja yang boleh dimakan, sebab kandungan minyak yang banyak dalam pisang goreng boleh menghancurkan diet seharian saya.


Betapa tembamnya pipiku dulu, yang ni gambar sebelum memakai braces dan belum didedahkan lagi dengan pengambilan diet seharian dan dulu juga jarang-jarang dan kadang-kadang sahaja bersenam.


Pipi macam dah susut sikit, maybe sebab pakai braces, dan berat pon dah turun hampir 3kilo selepas 3 bulan pakai braces dan dengan kekalkan diet seharian saya. Sebab dulu sebelum pakai braces berat saya boleh mencecah sampai 56kg, agak menyedihkan masa itu.




No comments:

Post a Comment