Thursday, 21 May 2015

Selepas 9 bulan Memakai Braces


Assalamualaikum..

Hai uolss, lama sangat tak update blog sejak dua menjak ni. Lately, memang agak sibuk dengan kehidupan kerja dan seharian. Berbalik kepada tajuk post untuk kali ni, sekarang dah hampir 9 bulan aku dah memakai braces. Banyak perubahan yang berlaku pada wajah aku sejak aku memakai braces ni.

Perubahan yang paling ketara adalah perubahan bentuk rahang aku. Disebabkan rahang aku dah berubah, bentuk muka aku pun berubah dari bulat ke bujur sirih. Seriously, pakai braces ni memang boleh dapat v-shape kat dagu kita.

Selain itu, cara senyum juga akan berbeza sedikit disebabkan braces yang melekat pada gigi kita. Susah jugak nak senyum secara normal, disebabkan oleh braces yang melekat pada gig aku ni.


Gambar yang belah kanan adalah gambar aku pada zaman buntal dan tembam tak hengat hahaha. Gambar yang belah kiri adalah muka aku yang sekarang ni. Uolss boleh lihat perbezaan yang ketarakan pada pada pipi dan dagu aku.


Ni lah gigi aku yang sekarang ni, dah semakin tersusun dan tak berlapis. Berbaloi pakai walaupun mahal. Boleh refer link ni untuk refer balik post berkenaan braces aku yang sebelum ni. klik di sini atau boleh juga klik klik di sini






Saturday, 18 April 2015

Resepi Brownies yang Crunchy dan Marvelous

Assalamualaikum...

Hai uolss, aktiviti aku pada hujung minggu lepas adalah membuat brownies coklat yang superb delicious dan very crunchy. Resepi ni diambil dari blog juga dan diolah sendiri mengikut citarasa aku sendiri.

Bahan-bahan

1. 250gm butter
2. 400gm coklat masakan (Coklat susu beryls)

-- Cairkan butter dan coklat masakan dengan kaedah double boiler

3. 90gm tepung
4. 50gm serbuk koko
5. 100gm kacang badam hancur--dipanggang

--Ayak tepung bersama serbuk koko, dan campur dengan badam

6. 5 biji telur (saiz A)
7. 1 sudu teh esen vanilla
8. 190gm gula perang

--Panaskan oven pada suhu 160 darjah celcius
--Pukul telur, esen vanilla dan gula perang
--Tuangkan adunan coklat dan  butter ke dalam adunan telur, dan kacau rata.
--Dengan kadar segera tuangkan adunan tepung ke dalam adunan
--Kacau adunan dengan spatula menggunakan kaup balik dengan cepat.
--Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan
--Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 45 minit

** Aku tambah satu sudu kecil serbuk penaik. Sebenarnya tak ada dalam resepi, letak untuk biar brownies ni naik denagn gebu.



Sebelum dimasukkan ke dalam oven. Adunan memang pekat dan perlu dikacau dengan cepat setelah semua bahan telah dicampur.


Inilah rupa dia selepas diletakkan dengan coklat ganache di atasnya. Memang crunchy dan sedap setelah dibiarkan sejuk di dalam peti ais. 


Tuesday, 7 April 2015

Resepi Lempeng Pisang dengan Kelapa parut

Assalamualaikum...

Hai uolss, pernah makan lempeng pisang?..Sekarang ni susah sikit nak jumpa kuih ni dekat mana-mana. Kalau nak makan kenalah gigih buat sendiri..huhu. Proses pertama dalam menyiapkan lempeng ni adalah, kenalah ada daun pisang. Aku jumpa daun pisang ni dekat bawah apartment rumah kakak aku, itupun adalah dapat dalam satu pelepah jer. Penting kot daun pisang ni, sebab nanti bau dan rasa dia lebih wangi dan sedap.

Bahan-Bahan:

1. Pisang Awak 8 biji (Pastikan gunakan pisang Awak untuk rasa yang lebih sedap)
2. Gula 3 sudu besar
3. 2 senduk tepung gandum
4. Secubit garam
5. Kelapa parut
6. Daun pisang
7. 1 cawan air

Cara-Cara:

1.  Blender pisang, gula dan air. Jangan blender lama sangat, sebab kita tak nak pisang ni terlalu         hancur.

2. Selepas di blender campurkan tepung dan garam dan kacau sehingga sebati.



3. Buat bulatan pada daun pisang dan taburkan kalapa parut yang telah digaulkan dengan sedikit garam. Tak banyak pilihan daun pisang yang ada, so terpaksalah guna daun yang berlubang-lubang ni..huhu, tak apa janji bersih ok..


4. Masak di atas api yang sederhana sehingga betul masak dan pastikan adunan tidak melekat pada daun pisang


Inilah dia homemade lempeng pisang dengan kelapa parut yang dibuat oleh saya. Sedap dimakan panas-panas.

Tuesday, 31 March 2015

Sopoong Again

Assalamualaikum...

Hi guys and girls, sebelum ni aku dah pergi dah sopoong yang dekat Times Square ni. Kiranya yang kali ni adalah kunjungan aku yang kedualah nampak gayanya. Actually pergi Times Square ni disebabkan adik iolss nak beli baju baru, maklumlah baru dapat bonus kaw-kaw dari Celcom. Lepas habis shopping kitorang ke restoran ni untuk makan tengah hari sama-sama.

Uolss.. lama sangat rasanya tak pekena makanan Korea ni. Asyik makan kimchi jer, apa kata kali ni makan bibimbap pulak. Harga makanan kat sini pon berpatutan. Nak tengok menu ni pon mengambil masa yang lama, kene cek juga apa bahan yang ada pada setiap menu yang ada, takut ada yang tak dapat diterima tekak pulak nanti.


Ni lah dia sushi korea, tak ingat pulak apa nama dia dalam Korea, ok baru ingat, nama dia kimbap. hehe..satu set ni murah jer.  Ada sup dan side dish kimchi yang pelbagai jenis.


Nilah dia bibimbap tu. Kau nampak jer mangkuk ni macam kecik jer kan, sebenarnya, mangkuk ni dalam. Segala isi dan nasi ada terlelak di dasar mangkuk ni. 


Lepas tu, campurkan dengan sos dan kicap yang disediakan. Lagi banyak kau letak lagi sedap ok. Lapar pulak bila tengok balik gambar ni balik. Tertelan air liur...gulp..hehe


Inilah hasil dia, selepas digaulkan. Nampak macam tak senonohkan, tapi yang tak senonoh ni la yang sedap di makan, sampai terigau-igau di ingatan..ececeh..hihi.

Jemput makan kawan-kawan, owh lupe nak bagitahu,. bibimbap ni satu set sekali dengan telur kukus dan kimchi. Telur kukus tu memang sedap dan sangat mengenyangkan. Nanti nak try buat sendiri kat rumah. Tapi tak tau la bila nak try. Senang jer sebenarnya nak buat.



Ini Baniah, adik saya, kitorang geng kuat bergaduh dan selalu tak sependapat. Kalau dah berjumpa tu kalau tak gaduh memang tak sah. Tapi gaduh tak lama, sebab air yang dicincang tak akan putus. Uolss, who looks more younger here, me or my sister. hehe..just kidding.

Thanks for reading...see you next time!!..

Sunday, 29 March 2015

Restoran Ali, Muthu, dan Ah Hock

Assalamualaikum...

Hello..and good morning. Lama sangat rasanya tak update blog, sejak mood nak mengupdate blog ni melayang entah ke mana, aku rase macam dah malas sangat nak menaip dan tak ada cerita yang menarik juga untuk dikongsikan. Entri yang kali ni just nak share tentang sebuah restoran Ali, Muthu dan Ah Hock yang terletak di Oasis Damansara berdekatan dengan Ara Damansara. Macam comel je kan nama restoran ni. Ada Melayu, India dan Cina. Pergi restoran ni pon sebab nak sambut birthday ofismate dan semua sekali di sponsor oleh bos.


Ini adalah di antara menu yang disediakan di restoran ni. Menu dia ringkas dan servis juga cepat. Lepas ni rasanya nak cuba nasi goreng Ali dan mee goreng Muthu.  Ah Hock punya menu tak ada pulak, maybe dah diganti dengan nasi goreng cina. hehe..


Aku advice korang kalau first time datang restoran ni, make sure kena cuba nasi lemak ayam dia. Nasi Lemak dia sangat sedap dan memang berbaloi dengan harga dia.


Sebelum makan bergambar dulu dengan ofismate. Some part of the picture harus di sensor terlebih dahulu sebelum di post..hehe. Sebab tu lah ada bintang dan bear di situ. Harap maklum. Happy birthday to Noni (yang pakai tudung biru duduk di tepi dinding). 

p/s: Aku macam dah notice dekat gambar ni, aku macam dah semakin tembam, nampaknya perlu start exercise balik. huhu..

Wednesday, 18 March 2015

Site Injury and Car Accident

Assalamualaikum...

# Jatuh Tangga

Rasanya ini adalah kali pertama aku mengalami kecederaan ketika bekerja di site. Entah macam manalah boleh jatuh tersungkur dekat tangga apartment yang dalam pembinaan. Iolss punya kaki terseliuh dan membengkak sehingga boleh terlihat darah beku di kawasan buku lali. Tapi yang ajaibnya lepas jatuh jer, takdelah rasa sakit sangat, just rasa denyut-denyut jer. Aku boleh lagi naik dan turun tangga dan pergi jalan-jalan dari depan sampai kebelakang site.



Inilah tangga yang mengerikan tu. Dahlah gelap tak ada lampu. Entah macam manalah boleh tersilap langkah. Rasanya aku tak boleh nak agak berapa banyak anak tangga perlu dipijak lagi, sebabnya keadaan dekat tangga tu terlalu gelap. Lepas ni make sure kalau nak turun tangga ni kena buka flashlight dulu.

Dah balik ofis baru terasa ngilu. Jalan pun dah terhencut-hencut. Letak ais batu untuk surutkan bengkak. Bila time nak solat baru terasa seksanya nak bergerak dan sangat sakittt.. Then, I decide pergi klinik panel company. Dr. just check lebam dan bagi ubat sapu dan tahan sakit...but MC tak dapat..sadisss betul. 


Comel tak kaki aku??hehehe..Yang ni lepas dah kena urut dengan kakak aku. Then pakai bandage untuk prevent kaki aku dari masuk angin. Time ni kaki memang dah bengkak sampai ke pergelangan kaki. Sakit tu memang sakit sangat, especially bila time kakak aku urut, sampai menangis bila kena urut.

Esoknya bengkak still tak hilang dan kaki pun still sakit lagi. Aku ambil keputusan ambil mc dekat klinik dekat-dekat dengan rumah. Dr. tu siap buat x-ray lagi. Nasib baik tak ada apa-apa kecederaan teruk pada tulang kaki. Cuma bengkak di bahagian ligamen kaki jer.

# Car Accident

Nak balik dari klinik tu secara tiba-tiba masa nak keluar parking aku telah terlanggar belakang lori..huhu, aku memang tak perasan ada lori parking memang betul-betul belakang kereta iolss. Dah lah jatuh tangga, esoknya pulak eksiden, memang tragis betul hidup aku. Salah siap? Salah diri sendiri sebab tak alert . Redha jer lah nak buat macam mana lagi kan. 



Kesian si merah, yang ni dah kali ketiga si merah I dilanggar. Mak I sampai nak bawa iolss jumpa ustaz untuk berubat. Sebabnya, dah macam-macam benda dah jadi pada aku dalam setahun dua ni. Oklah mak, nanti kita jumpa ustaz eh. Rasanya macam ada benda tak kena jer dengan anak mak yang sorang ni. Mana taknya masuk yang ini, dah 5 kali accident.



Tak kan nak biarkan si merah tu macam tu jer, risau pulak kalau dia berkarat nanti. Dengan kaki yang bengkak dan berbalut, boleh lagi aku survey dekat dalam 3 buah bengkel mengetuk dan mengecat sekitar subang ni. Lastly, terjumpa kedai mengetuk dan mengecat yang murah di Kampung Melayu Subang. RM 200 untuk kos mengetuk dan mengecat. Sesiapa yang nak repair body kereta tu bolehlah datang ke sini. Bengkel ni berdekatan dengan Metro Driving Academy. senang sangat nak cari sebabnya bengkel ni betul-betul tepi jalan.



Tak siap lagi, esok baru boleh ambil. Hasil kerja dia pon kemas dan memuaskan. Sekian cerita dari saya, terima kasih kerana sudi mendengar. (^ ^)





Sunday, 8 March 2015

Guna Handphone Boleh Buat Duit??

Assalamualaikum...

Hi guys and girls...korang percaya tak sekarang ni ada satu bisnes online yang menggunakan handphone kita sendiri sebagai medium. Bisnes apa tu? Bisnes ni dipanggil sebagai perniagaan  Kad Sim Prepaid WOW-ToneExcel.

Korang mesti ingat ni mesti bisnes top-up, eh..anda silap, ini bukan program jual top-up, ini adalah program baru daripada syarikat ToneExcel dengan kerjasam TuneTalk yang dipelopori oleh Jason Lo dan disokong oleh syarikar gergasi Tune Group yang juga memiliki AirAsia (Tune Air).





Dengan menyertai program ini, anda juga akan mendapat Perlindungan Insurans percuma sebanyak RM 100,000,00 yang disediakan oleh Tune Insurance dan akan mendapat Tiket penerbangan percuma Air-Asia dan juga Free Smartphone boleh klik di laman: free-tiket-air-asia-dengan-big-points dan free-smartphone-dengan-big-points bila anda tebus balik points anda.


Macam mana nak menjadi ahli??

Apabila anda membeli simkad ni, secara automatik anda boleh menjadi agent untuk simkad Wow Tone Excel ni. Dari situ anda akan mendapat satu ID hanya untuk kegunaan pengguna SimKad Tone Excel ni sahaja.

Apabila sudah menjadi ahli anda boleh menambahkan pendapatan sampingan dengan menjadi agent untuk memperkenalkan bisnes ini kepada sesiapa sahaja yang anda suka dan juga boleh menjual simkad ni sendiri kepada kenalan atau rakan-rakan.

Nak Jual SimKad pada siapa dan bagaimana nak perkenalkan bisnes ni??

Anda boleh jual simkad dan perkenalkan bisnes ni kepada sesiapa sahaja, samaada pada orang yang anda kenal dan tak kenal. Tak nak jumpa face to face pon tak apa, kita boleh gunakan medium yang sedia ada seperti:

1. FACEBOOK
2. BLOG 
3. WHATSAPP
4. WEECHAT

Sebenarnya banyak lagi cara yang kita boleh gunakan, gunakanlah kemudahan media sosial sebaiknya. Sambil duduk tak ada buat apa-apa di rumah, buka FB siarkan iklan sahaja anda sudah boleh jana pendapatan sampingan.

Macam mana nak dapat iklan tersebut?

Tak perlu risau, Upline anda akan membantu anda cara untuk mempromosikan Simkad dengan teknik -teknik yang paling berkesan.

Macam mana nak dapat komisen??

Nak dapat komisen senang sahaja.. Anda kenalkan simkad ni, dan anda jual anda dapat RM 20 komisen untuk 1 orang yang anda kenalkan.

Rakan yang anda taja tu topup, anda dapat lagi 10%-13% komisen.

Cuba bayangkan selagi rakan anda atau sesiapa sahaja yang kita taja itu menggunakan simkad Tone Excel dan selagi itu dia Topup, selagi itulah kita akan mendapat unlimited lifetime income.




Untuk mengetahui dengan lebih lanjut di antara kelebihan yang lain yang ada pada Tone Excel boleh klik di  Klik di Sini atau ke laman web saya sendiri di, Klik di Sini

Jika Berminat untuk mendapatkan Sim Kad TTTE ni boleh hubungi saya di nombor 013-4216891 (Whatsapp juga available)