Thursday 5 March 2015

The Transformation of My Handphone

Assalamualaikum...

Hello..korang start guna handphone masa umur korang berapa?..Aku mula menggunakan handphone selepas habis SPM dan baru nak memasuki Matrikulasi. Umur 18 tahun baru boleh merasa pegang handphone sendiri, itupun guna duit sendiri uolss.

#1 My 1st Handphone

Tak ingat model jenis apa, yang pasti jenama LG. Masa zaman ni handphone yang ada GPRS dan Bluetooth ni dah kira sangat power dah. Tapi handphone ni ada GPRS jer, pastu sound dia monofoniknye sound. Bangga gila aku masa ada handphone ni. Itu jer lah kot kelebihan dia yang ada. 

#2 My 2nd Handphone

My 2nd Handphone adalah handphone Samsung Corby 1. Gempak tak lepas handphone ala-ala 3310, terus lompat ke handphone touch screen. huhu.. Corby 1 ni first trial samsung punya keluaran untuk telefon touch screen. Kiranya aku adalah orang yang kira beruntung jugaklah sebab dapat merasa handphone touch screen. Masa tu ramai kawan-kawan aku yang jealous sebab iolss dapat guna handphone yang cute ni. Its so cute, sebabnya handphone ni boleh tukar cover belakang dia dengan design dan colour yang kita suka. Aku dapat colour oren, hitam , dan oren corak-corak macam yang kat bawah ni. Tau tak sebab apa iolss tergila-gilakan handphone ni masa zaman universiti dulu, sebabnya iolss dah sangat terpengaruh dengan cerita korea "You are Beautiful" yang dilakonkan oleh Jang Geun Suk. Semua actor dalam cerita tu guna handphone yang sama macam Corby 1. Tapi handphone jenis ni tak tahan lama, adalah dapat guna dalam 2 tahun lebih, lepas tu terus kong. Lepas tu, handphone ni adik iolss hilangkan, katanya dah kena curi dengan orang.


#3 My Third Handphone

Untuk handphone yang ketiga ni aku dah berazam tak nak pakai touch screen punya handphone. Punyalah fed-up dengan Corby 1, sampai dah tak pandang dah handphone jenis touch screen ni. Handphone yang ketiga ni I guna jenama TSM (apa punya jenama entah).  Last-last handphone ni pon rosak tak sampai setahun. Menyesal pulak beli handphone murah dan tak berjenama ni. Kualiti dia memang hancur, kalau receive call, selalu tak dapat dengar orang yang call kita, then tiba-tiba jer dia off sendiri secara tak tentu pasal.

#4 My Fourth Handphone

Samsung Note 1 adalah handphone aku yang keempat. Masa beli handphone ni aku still tak kerja lagi. Beli pun guna duit yang ada dalam simpanan aku. Mahal kot handphone ni masa beli dulu, sekarang kalau nak jual balik, kedai nak RM 100 jer..huhu baik aku simpan buat kenangan, boleh tunjuk dekat anak cucu nanti. Handphone ni pon dah rosak, tapi still boleh repair lagi. Lama jugak guna HP ni hampir 3 tahun jugak. Banyak berjasa jugak handphone ni, dengan handphone ni lah aku boleh buka jobstreet bila-bila masa tanpa perlu ke ciber cafe. Beli handphone ni semata-mata nak memudahkan aku mencari kerja dan yang paling best dapat main game.hihi.



#5 My Fith Handphone

Selepas jer my Note 1 aku dah jadi arwah, aku terus buat keputusan untuk membeli handphone yang baru. Sebenarnya dah lama dah nak tukar handphone baru, sebabnya masa guna samsung Note 1 ni bateri dia memang banyak masalah dan dalam sehari tu boleh dikatakan hampir 3 kali kena recharge bateri. Susah jugak masa tu, letih sebab asyik nak kena recharge. Then, aku terus beli handphone yang baru, iaitu Lenovo Vibe Z. Harga dia RM 1100 (termasuk casing). Setakat ni handphone tak ada masalah lagi dan bateri pon tahan lama. Dalam sehari tu charge cuma sekali jer. Cuma aplikasi dia berbeza berbanding Note 1. Note 1 ni banyak sikit aplikasi yang ada dan bagi aku Note 1 ni lebih canggih berbanding Lenovo ni. Cuma Lenovo Vibe Z ni aku suka sebab build in batteri dia 3000mAh, berbanding Note 1 yang cuma 2500mAh bateri dia. Lenovo yang jenis ni juga nipis dan sangat ringan berbanding Note 1. 



Kesimpulannya, gunalah handphone secara tertib dan perpada-pada, dan belilah mengikut kemampuan sendiri. Jangan jadi seperti aku, beli sebab nak ikut trend dan guna pulak macam raksasa. Oklah bye..(^__^)




No comments:

Post a Comment