Thursday, 5 March 2015

The Transformation of My Handphone

Assalamualaikum...

Hello..korang start guna handphone masa umur korang berapa?..Aku mula menggunakan handphone selepas habis SPM dan baru nak memasuki Matrikulasi. Umur 18 tahun baru boleh merasa pegang handphone sendiri, itupun guna duit sendiri uolss.

#1 My 1st Handphone

Tak ingat model jenis apa, yang pasti jenama LG. Masa zaman ni handphone yang ada GPRS dan Bluetooth ni dah kira sangat power dah. Tapi handphone ni ada GPRS jer, pastu sound dia monofoniknye sound. Bangga gila aku masa ada handphone ni. Itu jer lah kot kelebihan dia yang ada. 

#2 My 2nd Handphone

My 2nd Handphone adalah handphone Samsung Corby 1. Gempak tak lepas handphone ala-ala 3310, terus lompat ke handphone touch screen. huhu.. Corby 1 ni first trial samsung punya keluaran untuk telefon touch screen. Kiranya aku adalah orang yang kira beruntung jugaklah sebab dapat merasa handphone touch screen. Masa tu ramai kawan-kawan aku yang jealous sebab iolss dapat guna handphone yang cute ni. Its so cute, sebabnya handphone ni boleh tukar cover belakang dia dengan design dan colour yang kita suka. Aku dapat colour oren, hitam , dan oren corak-corak macam yang kat bawah ni. Tau tak sebab apa iolss tergila-gilakan handphone ni masa zaman universiti dulu, sebabnya iolss dah sangat terpengaruh dengan cerita korea "You are Beautiful" yang dilakonkan oleh Jang Geun Suk. Semua actor dalam cerita tu guna handphone yang sama macam Corby 1. Tapi handphone jenis ni tak tahan lama, adalah dapat guna dalam 2 tahun lebih, lepas tu terus kong. Lepas tu, handphone ni adik iolss hilangkan, katanya dah kena curi dengan orang.


#3 My Third Handphone

Untuk handphone yang ketiga ni aku dah berazam tak nak pakai touch screen punya handphone. Punyalah fed-up dengan Corby 1, sampai dah tak pandang dah handphone jenis touch screen ni. Handphone yang ketiga ni I guna jenama TSM (apa punya jenama entah).  Last-last handphone ni pon rosak tak sampai setahun. Menyesal pulak beli handphone murah dan tak berjenama ni. Kualiti dia memang hancur, kalau receive call, selalu tak dapat dengar orang yang call kita, then tiba-tiba jer dia off sendiri secara tak tentu pasal.

#4 My Fourth Handphone

Samsung Note 1 adalah handphone aku yang keempat. Masa beli handphone ni aku still tak kerja lagi. Beli pun guna duit yang ada dalam simpanan aku. Mahal kot handphone ni masa beli dulu, sekarang kalau nak jual balik, kedai nak RM 100 jer..huhu baik aku simpan buat kenangan, boleh tunjuk dekat anak cucu nanti. Handphone ni pon dah rosak, tapi still boleh repair lagi. Lama jugak guna HP ni hampir 3 tahun jugak. Banyak berjasa jugak handphone ni, dengan handphone ni lah aku boleh buka jobstreet bila-bila masa tanpa perlu ke ciber cafe. Beli handphone ni semata-mata nak memudahkan aku mencari kerja dan yang paling best dapat main game.hihi.



#5 My Fith Handphone

Selepas jer my Note 1 aku dah jadi arwah, aku terus buat keputusan untuk membeli handphone yang baru. Sebenarnya dah lama dah nak tukar handphone baru, sebabnya masa guna samsung Note 1 ni bateri dia memang banyak masalah dan dalam sehari tu boleh dikatakan hampir 3 kali kena recharge bateri. Susah jugak masa tu, letih sebab asyik nak kena recharge. Then, aku terus beli handphone yang baru, iaitu Lenovo Vibe Z. Harga dia RM 1100 (termasuk casing). Setakat ni handphone tak ada masalah lagi dan bateri pon tahan lama. Dalam sehari tu charge cuma sekali jer. Cuma aplikasi dia berbeza berbanding Note 1. Note 1 ni banyak sikit aplikasi yang ada dan bagi aku Note 1 ni lebih canggih berbanding Lenovo ni. Cuma Lenovo Vibe Z ni aku suka sebab build in batteri dia 3000mAh, berbanding Note 1 yang cuma 2500mAh bateri dia. Lenovo yang jenis ni juga nipis dan sangat ringan berbanding Note 1. 



Kesimpulannya, gunalah handphone secara tertib dan perpada-pada, dan belilah mengikut kemampuan sendiri. Jangan jadi seperti aku, beli sebab nak ikut trend dan guna pulak macam raksasa. Oklah bye..(^__^)




Tuesday, 3 March 2015

Harga Sebuah Persahabatan

Assalamualaikum...

Hai..guys and girls, siapa di sini masih tak lost contact lagi dengan kawan-kawan lama anda. Sunyi hidup ni kalau tak ada rakan-rakan yang boleh berkongsi segala cerita, gosip, ketawa dan sedih bersama. Baru-baru ni ada berjumpa balik dengan kawan-kawan lama satu universiti dulu. Kami memang tak tinggal jauh-jauh, kebanyakannya ramai yang bermastautin dan bekerja di area Selangor ni jugak.


Dah jadi kebiasaan kalau dah berjumpa mestilah makan bersama, jalan-jalan dan tengok wayang. That is the basic thing bila I dan girlfriends I akan buat kalau dah berjumpa. We all so happy together, sebab dah lama sangat tak gosip dengan diorang ni semua. Yang bestnye, kitorang ni single lagi weyy..sebab tu lah boleh jadi rapat sampai sekarang. Single ke tak single ke, but we all still happening bila berjumpa.



Kitorang ni boleh dikatakan satu kepala dan anything yang berkaitan dengan sales dan pomosi masing-masing boleh dapat kata sepakat. Yang bestnya everyone of us secara tak sengaja boleh beli benda yang sama. Nak tau apa benda tu?? sorry rahsia...(^__^)




Ini namanya Baby Dragon. Dekat dalam Baby Dragon ada maggi goreng yang disalut dengan kulit popia..Tak pasti kulit apa, tapi rasanya macam kulit popia basah. Actually, kedai yang kitorang pergi makan ni namanya kedai Murni yang terletak di Aman Suria. Makanan dekat sini memang best dan portion for every single plate memang banyak. So, kalau nak makan dekat sini, pastikan korang betul-betul lapar, baru boleh habiskan satu plate ni. 
P/s: Iolss memang tak dapat nak habiskan, separuh dah kena bungkus bawak balik rumah.










Monday, 2 March 2015

20 Facts About Me

Assalamualaikum...

1. Sangat takut jadi gemuk.

2. Pernah jadi gemuk dulu, time bila? sebelum pakai braces..huhu.

3. Paling pantang dengan Nescafe dan Teh Tarik, especially teh tarik mamak.

4. Teringin nak ada rumah sendiri lengkap dengan personal bilik gym. Sebab nanti hari-hari       boleh exercise.

5. Bukan jenis suka cakap kosong.

6. Sangat tak suka pada orang yang tak serius dan suka main-main.

7. Agak degil.

8. Suka saving duit, walaupun tak banyak.

9. Suka lelaki yang agresif dan jenis yang berterus terang. Sebab aku jenis yang pendiam, so need someone yang boleh buat aku ketawa.

10. Aku jenis yang akan cakap straight to the point.

11. Sangat tak pandai nak menipu. Sebab kalau menipu nanti macam tak sedap hati.

12. Sangat suka berahsia especially bab hati dan perasaan.

13. Suka pendam perasaan, kalau dah tak tahan akan nangis diam-diam dalam bilik.

14. Sangat suka main game.

15. Suka beli barang-barang murah. Jarang beli barang berjenama.

16. Suka memasak dan baking kek.

17. Suka persekitaran yang bersih dan kemas.

18. Tak suka berhutang dan meminta hutang

19. Tak suka menyusahkan orang lain kalau boleh nak selesaikan sendiri masalah sendiri tanpa bantuan orang lain. Kalau dah memang tak mampu baru minta pertolongan orang.

20. Suka lelaki "gentleman", kalau nak cari husband akan tengok ciri-ciri ni dulu.

Sebenarnya banyak lagi, tapi cukuplah 20 facts yang ada, tak mau citer banyak-banyak sangat...(^__^)

Thursday, 26 February 2015

Resepi Carrot Cheese Cake

Assalamualaikum...

Aktiviti dapur aku yang kedua ketika di kampung iaitu aktiviti membaking kek. Aku ni seorang yang boleh dikatakan "hantu kek" dan memang suka segala jenis dessert atau manisan especially kek. That's why minat nak buat kek pon terjadi akibat daripada nafsu yang satu ni. Tak nak cerita panjang-panjang, then I nak resepi carrot kek ni dekat sini.

Bahan-Bahan:

1. 250gm Tepung kek low protein (Aku beli tepung kek ni di kedai bahan-bahan kek "Bake with Yen" harga dia RM 3 sahaja)
2. 4 biji telur gred A
3. 1/2 sudu kecil garam
4. 1 1/4 minyak jagung atau boleh juga guna minyak masak
5. 120 gm gula kastor
6. 120gm gula merah
7. 100gm walnut (tak timbang pon, agak-agak jer)
8. 1 cawan kismis
9. 1 1/2 cawan karot parut
10. 1 sudu kecil baking soda

Bahan-Bahan Topping:

1. 140gm gula icing
2. 250gm cream cheese
3. 120gm butter
4. 1 sudu kecil vanilla
#Semua bahan dicampur dan dipukul sehingga kembang

Tepung naik sendiri tu tak termasuk dalam list bahan-bahan untuk carrot kek. Dah tersilap beli tepung, then baru persan dalam resepi tak guna pon tepung naik sendiri.

Campurkan gula kastor dan gula merah dalam satu bekas. Kacau mesra, dan kalau boleh hilangkan ketulan-ketulan gula tersebut. Selepas itu campurkan minyak dan telur dan kacau sebati dengan menggunakan hand mixer.


Ayak tepung dan baking powder, selepas itu gaulkan tepung tadi dengan kismis dan walnut. Cara ni dibuat untuk mengelakkan kismis dan walnut jatuh ketika di dalam oven.

Masukkan tepung yang dicampurkan dengan walnut dan kismis itu tadi kedalam campuran gula tadi.


Tuangkan ia kedalam dulang 4 segi macam ni. Jangan lupa untuk melaserkan loyang anda dengan mentega dan tepung untuk mengelakkan dari kek anda melekat pada loyang

Iolss bakar kek ni di atas api dapur dengan menggunakan my mom punya periuk serbaguna yang diturunkan dari nenek iolss. Kalau guna periuk ni, ia hanya mengambil masa selama 1 jam 10 minit pada suhu dapur yang minimum. 

Sementara menunggu kek masak, pukul sebati cream cheese dan simpan sebentar di dalam peti ais.




Inilah hasil dia selepas disapukan dengan cream cheese.


2nd Trial:

Carrot Cup Cake

2nd trial pulak aku nak cuba buat carrot cup cake dengan menggunakan resepi yang sama seperti di atas.

Tengoklah kerja aku yang comot ni. Almaklumlah ni lah first time nak buat cup cake. Tapi nasib baik menjadi uolss..(^__^)

Cup Cake ni aku bakar dalam oven selama 20 minit pada suhu 180 darjah celcius.


Boleh dapat dalam 20 lebih cup cake kalau ikut resepi seperti yang di atas.



Aktiviti yang paling iolss suka iolss buat topping dekat atas kek ni. Dulu masa kecik2x selalu berangan nak pegang piping beg dan buat bentuk bunga comel-comel dekat atas kek. Best tu memang best, tapi penatnya tuhan saja yang tahu. Tapi penat tu akan hilang bila tengok topping yang kita buat menjadi. (^__^)



Cinta Pertama

Assalamualaikum...


Malam ni suasana agak tenang dan fikiran pun tak berapa nak bercelaru, maybe disebabkan hujan yang lebat petang tadi. Tiba-tiba dapat satu idea nak menulis malam ni bertemankan Encik Bear di sisi. 

Mula-mula memang bear tu duduk di situ, sat lagi bila dah start sakit pinggang menulis, bear tu lah yang akan menjadi tempat menyandar ..huhu

Siapa di sini pernah ada cinta pertama?? Betul ke cinta pertama ni susah untuk dilupakan?? Siapakah yang paling susah nak melupakan cinta pertama, kaum lelaki atau kaum wanita?.  Betul ke kaum lelaki yang paling susah nak melupakan cinta pertama mereka sedangkan kaum wanita lebih pentingkan cinta terakhir mereka. Maksud cinta terakhir ni cinta yang kekal sehingga ke akhir hayat.

Tapi bagi pendapat aku, tak kisah lelaki ataupun perempuan, cinta pertama memang susah nak dilupakan. Yang pasti kalau nak melupakan mungkin ia akan mengambil masa yang lama. Sakitnya dikhianati dan ditinggalkan dari cinta pertama memang akan berbekas selamanya di hati seseorang itu. Bunyi macam pakar diari cinta pulak..huhu. Mungkin pengalaman dan keadaan persekitaran yang membuatkan aku boleh membuat rumusan serta berfikir dan boleh melontarkan pendapat seperti ini. 

Gambar ehsan encik "google".

Kepada yang pernah mengalami situasi seperti ini, dan sangat tabah untuk melupakan si dia, anda adalah seorang yang kuat dan ingatlah ada banyak lagi perkara yang lebih penting untuk diingat contohnya parents kita dan yang paling penting sekali kita ada Allah yang selalu berada di samping kita yang akan mendengar setiap keluhan dan tahu segala kesusahan kita. Mengadu pada Dia dan berdoa supaya dapat melupakan si dia supaya kita dapat menerima orang yang lebih baik dari sebelum ni.

Kenapa tiba-tiba aku bercerita pasal perkara ni, bunyi macam ada pengalaman pulak kan. Boleh dikatakan ada, agak lama jugaklah untuk melupakan si dia dan sekarang perasaan itu makin lama makin pudar dengan sendirinya. Buat apa nak dikenang kisah lama, pergilah dikau dari hidup ku selama-lamanya (*sambil flip my hair) huh.

Gambar ehsan encik "google". Tak kan nak letak gambar aku buat flip hair pulak kan?? (^__^)

Yang paling penting sekali, jangan tiba-tiba pulak korang stalk balik korang punya ex, nanti tak pasal-pasal teringat balik kisah lama korang. Cekalkanlah hati dan buatlah perkara yang lebih berfaedah dari korang stalk balik korang punya ex, tak kisahlah dekat FB, twitter ataupun instagram. Ingat statement ni: buat "dont know" and "dont care" jer tau.






Wednesday, 25 February 2015

Resepi Pizza Gebu

Assalamualaikum...


Cuti hari raya cina minggu lepas, aku pulang ke kampung hampir seminggu jugaklah. Almaklumlah company ni chinese company, jadi kena follow mereka punya cuti. Kalau dah balik rumah, kalau tak masuk dapur memang tak sahlah, time ni la nak asah skill memasak dan nak tunjuk depan my mom resepi-resepi baru yang anak dia nak tunjukkan.

Maka terhasillah satu resepi Pizza campak-campak hasil carian dari blog. Resepi base pizza ni curi sikit idea resepi donut my sis. Sebabnya resepi donut my sis sangat gebu dan kalau dijadikan base pizza confirm sedap.

Bahan-bahan base:


1. 3 cawan tepung roti (pakai tepung gandum pon boleh)
2. 3 sudu kecil mauripan segera
3. Air
4. Sebiji telur
5. 2 1/2 sudu besar mentega
6. 2 sudu besar gula
7. 3 sudu besar susu pekat

Bahan-bahan topping:


1. Daging hancur
2. Cili benggala
3. Mozarella
4. Bawang holand
5. Cendawan butang
6. Nenas dalam tin
7. Sos prego
8. Bawang putih cincang
9. Sos tomato
10. Sos Cili

Cara-cara:


1. Rendam yis dalam air suam dengan 1 sudu besar gula. Biarkan seketika sehingga yis berbuih
2. Campurkan kesemua bahan base dan uli sehingga menjadi doh yang lembut. Tuang air sedikit-demi sedikit.

Inilah rupa doh yang dah direhatkan selamat 1 jam.

Doh yang besar macam ni boleh dapat dalam 3 tray dulang bakar.

3. Selepas dilenyet-lenyetkan di atas dulang, bolehlah sapukan sos prego, sos tomato, soso cili, taburkan sedikit bawang putih. Nak lebih sedap, sapukan sedikit minyak zaitun di atas doh pizza. Bahan yang lain tu boleh ditaburkan saja seperti gambar di bawah ni.

Gambar pizza selepas dibakar tak sempat diambil sebab dah kena bedal awal-awal. 

Tips: 

* Untuk mempercepatkan lagi proses memasak pizza, bakar dulu base pizza ke dalam oven selama 10 minit pada suhu 150 darjah celcius. Lepas tu, baru taburkan bahan-bahan topping dan masukkan semula ke dalam oven untuk masakkan keseluruhan pizza selama 20 minit pada suhu 180 darjah celcius.

* Nak lebih sedap sapukan mentega di sekeliling pizza sebelum ia dibakar di dalam oven










Tuesday, 24 February 2015

Free SmartPhone dengan Big Points

Assalamualaikum...


Sebelum ni saya ada post mengenai kelebihan Tune Talk Tone Excel (TTTE) dalam penebusan tiket flight Air-Asia secara percuma dengan mengumpul points untuk setiap top-up atau kredit yang dibelanjakan untuk telefon kita sendiri. Boleh rujuk Link ni: free-tiket-air-asia-dengan-big-points. Sekarang ni saya ingin menceritakan tentang kelebihan lain yang boleh kita dapat dari pengumpulan points bagi setiap kredit yang dibelanjakan. 

Dengan menggunakan simkad TTTE ni kita boleh menebus smartphone dari points yang kita kumpul melalui perbelanjaan kredit telefon kita.


Contoh smartphone yang boleh ditebus melalui points yang dikumpul dari setiap kredit perbelanjaan telefon kita.


Banyal lagi pilihan smartphone yang boleh ditebus, contohnya sony xperia T3. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai cara penebusan point ni boleh lah berkunjung ke laman web: shop.tunetalk.com/Smartphones/.

Kepada yang suka mengumpul gadjet, ini adalah peluang anda untuk mendapatkan smartphone secara percuma bagi setiap perbelanjaan kredit telefon anda. Bagi yang masih tidak percaya dengan points yang kita boleh dapat, boleh rujuk pada picture di bawah ni:


Ini adalah top-up kredit RM 50 yang saya buat di Maybank2u.


#1 Topup =RM 50
#2 Kredit percuma TuneTalk bagi = RM 20
#3 Previous Balance = RM 6.96
Jumlah kredit yang saya dapat adalah = RM 76.96.



Total BIG Points yang saya dapat setakat ni adalah 190 Points

#1 Topup RM 50 = 120 BIG points
#2 Previous Points = 70 BIG points
Jumlah BIG points terkumpul =  190 BIG points.




Jika berminat untuk mendapatkan SimKad TuneTalkToneExcel boleh hubungi saya di nombor 013-4216891. (Whatsapp juga Available)