Monday 15 June 2015

Penang Story Day 1

Assalamualaikum...

Hai uolss, last month aku dengan kawan-kawanku yang satu universiti pergi ke Penang. Dah lama sebenarnya nak ke Penang, kat sana banyak tempat menarik dan tempat makan yang best. Last time pergi Penang pun disebabkan nak pergi interview jer, but then tak dapat pon kerja tu. Dapatlah experience naik feri dan pusing keliling komtar yang di bawa oleh Pak Cik Teksi.


Back to the Penang story, kami pergi dengan Air Asia dengan harga tiket pergi balik RM 78, selama tiga hari dari hari Sabtu hingga Isnin.



Kitorang bertolak dari KLIA2 pukul 8 pagi dan sampai dalam 8.40 macam tu la. Kejap je dalam flight, tido pon tak sempat uolss.


Sampai jer Bayan Lepas Airport terus selfie dengan geng. Bukan senang nak amik gamba dengan air asia. Tak pasal pasal kene kejar dengan par guide nanti.


Sampai sahaja di Bayan Lepas Airport, kami dibawa oleh rakan kami a.k.a tour guide kami selama 3 hari kami berada di sini. Kami breakfast di sebuah gerai yang yang menyediakan makanan untuk breakfast di Taman Tun Sadon Penang. Kalau datang sini, korang kena cuba kuih serabai. Tapi dah habis, sedih kot tak dapat cuba, yang tinggal hanya kuih apam. Kuih ni dimakan dengan kuah durian yang dimasak dengan gula melaka, boleh tahanlah jugak rasanya.



Sekeping kuih ni berharga RM 0.70. Rasanya sedap dan memang mengenyangkan. Rasanya 3 keping pun dah cukup untuk seorang makan.

Lepas tu kami pergi ke Bukit Bendera. Nak pergi Bukit bendera ni kena naik tren dia dulu yang berharga RM 10. Kalau nak beli tiket ni kena tunjuk sekali I.C, kalau tak korang tak akan dapat harga warganegara Malaysia. hehehe.



 Naik tren ni macam naik komuter pon ade. Dalam ni sesak jugak sebenarnya. Terpaksalah berhimpit sekejap, ingatkan bolehlah nak romantik sikit sambil melayan permandangan.



View sepanjang perjalanan ke Bukit Bendera.




Udara dekat atas tak adalah terlalu sejuk. Tapi still nyaman dan menenagkan.


Gaya yang entah pape, haha, bolehlah asalkan korang bahagia bergambar.



Sweetnye caption. Aku nak buat untuk sape pon tak tahu. Dah dinamakan single ladies kan, haha.



Gerai yang menjul aiskrim dan buah-buahan segar dari ladang cewahh..


Dah penat ronda-ronda di bukit bendera, kitorang pekena 1 mangkuk aiskrim coklat ni. Baru best!!


Lepas tu pergi makan tengahari dekat gerai bawah pokok kelapa sawit, dekat mana dah tak ingat sebab dah lama baru nak update. Ikan bawal goreng dengan sambal kicap makan pulak dengan nasi putih sayur kobis, nampak macam simple, tapi sedap sebab ikan bawal tu diorang goreng panas-panas. Tengoklah kitorang makan macam dah tak ingat orang sekeliling.






Lepas makan tengah hari dan solat Asar, kami singgah pulak ke Jeruk Madu Pak Ali. Aku beli jeruk campur dan jeruk ape ntah tak ingat..pastu beli kerepek sikit sebagai kudapan dalam kereta.


                   Lepas tu kitorang singgah pulak ke Tree Top Walk dekat Sungai Sedim Kedah. 


Nak masuk ke Tree Top Walk ni kene bayar tiket RM 10 seorang.




Selain itu, nak main water rafting pon boleh dekat Sungai Sedim ni. Bayarannya kalau tak silap RM 200 seorang. Aktiviti ekstrem ni aku memang tak berapa berminat sangat, yang aku mampu tengok jer.

Day 2---Akan bersambung di entry yang seterusnya.


No comments:

Post a Comment