Monday, 12 January 2015

# My Korea Story Part 6

Assalamualaikum...


Korea Day 6--->Namdaemun Market


Hari keenam di Korea adalah hari free & easy untuk kami. So, kami boleh pergi ke mana saja yang kami mahu pergi tanpa tour guide kami. Bagus juga macam ni, sebab kitorang boleh berdikari dan belajar cara nak menggunakan kemudahan awam dan yang sediakan contohnya macam Subway. Di Korea Subway adalah satu kemudahan awam yang utama untuk kemudahan penduduk mereka. Kalau nak naik Subway ni kena faham line dan platform mana yang perlu kita lalui, sebab takut tersesat nanti. aplikasi Android dan map ada disediakan untuk memudahkan perjalanan dengan menaiki subway.


French toast sebagai sarapan pagi kami di hotel.


Macam nilah keadaan di sekitar subway. Bagi yang tak ada macam kad touch n go, tu kenalah beli di mesin dia. Kat sini cara dia lain, pilih destinasi, masukkan jumlah duit yang perlu dibayar termasuk diposit sekali, huhu nak naik tren pun kena ada deposit tau. Bila dah sampai tempat yang kita nak pergi, kena return kad kita tu, then baru dapat deposit kita balik.






Kitorang dah macam itik keluar kandang. Memang kelam kabut masa ni, sebab macam-macam masalah berlaku masa nak scan kad, itu belum cerita lagi yang tertinggal train pun ada. Terpaksalah tunggu yang tertinggal tu naik train yang satu lagi. Dekat sini bukan macam dekat Malaysia, kalau sesat ke apa, memang seriau tau, huhu minta dijauhkan.



Ramai kot orang dekat sini. Sampai berlaga-laga nak beli barang. 






Kedai stationary yang murah boleh didapati di Namdaemun market. Cari jer nak apa, magnet fridge, keychain, sudu dan garpu Korea semua ada dekat sini.




Nak jumpa dengan orang Malaysia dekat Namdaemun ni memang tak susah especially orang Melayu, merata-rata boleh jumpa. No wonder la, peniaga dekat sini ada yang pandai cakap Melayu.




Banyak jual sweater dan baju sejuk murah-murah.




Kedai brooch yang menjual brooch yang cantik-cantik. Satu brooch tu berhaga 5000 won bersamaan dengan dalam RM 15.


Dah penat berjalan, berhenti rehat dan makan di sebuah restoran makanan korea.




Kena tanya betul-betul dengan owner kedai ni kalau nak pilih menu, jangan tersilap ambil sudah. Nasib baik, owner kedai ni faham apa yang kami tak boleh makan.


Nak pilih menu yang lain macam mee atau ramyun tu memang agak suspicious sikit, jadi saya ambil lempeng korea yang berintikan sotong, daun kucai dan daun bawang yang banyak. Orang Korea ni memang suka makan sayur. Rasanya lebih kurang sama macam cucur udang Malaysia. 



Yang lain ambil toppoki yang pedas dan sedap. Toppoki dia sangat kenyal dan lembut.


Lepas penat bershoping ambil gambar beramai-ramai. Muka ceria jer semua sebab dapat shoping



Barang-barang hasil tangkapan seminggu di Korea. Bukan untuk iolss sorang jer tau, untuk sanak saudara yang menunggu di kampung.


Next Entry---> Korea Part 7

Friday, 9 January 2015

# My Korea Story Part 5

Assalamualaikum...


Korea day 5---> Gyeongbokgung Palace, Myeoudong Market


Hari kelima di Korea kami telah ke istana dinasti kerajaan Joseon Korea di Seoul. Ia adalah salah satu 5 istana kerajaan Dinasti Joseon yang terletak di Korea Selatan. Tak banyak yang kami lakukan di sini selain mengambil gambar dan melawat tempat-tempat bersejarah di sekitar kawasan istana.


Tempat di mana Raja dinasti Joseon mengadakan upacara dan istiadat di raja seperti yang kita boleh lihat di kebanyakan drama-drama historical Korea



Di depan istana korea



Menurut tour guide, istana ni tempat untuk gundik diraja tinggal.



Salji dah semakin mencair dan jalan agak licin di sekitar kawasan istana. Taman ni selalu jadi tempat shooting drama historical Korea. Macam cerita Rooftop Prince dan Jang Ok jung.






Untuk lunch kami makan bibimbap dengan steamboat sayur dan sotong. 


Dari istana korea kami ke satu teater untuk menyaksikan persembahan nyanyian dan tarian ala-ala kpop. Mereka sangat cute ok, tak bosan tengok persembahan mereka. 







Malam tu, kami singgah ke Myeudong Market.


Saya tak ingat apa nama sebenar kuih ni. Saya sangat admire kuih ni sampai mengidam dekat Malaysia. Saya panggil bahulu ikan, tapi bukan baulu, just bentuk dia saja yang macam baulu ikan. Dalam dia ada inti kacang merah. 


Untuk makan malam kami makan nasi dan beberapa aneka side dish yang lain. Yang non-muslim mereka sediakan sup ayam, jadi kami yang muslim memang tak boleh nak makan, jadi mereka sediakan nasi dan sup sebagai pengganti.


Next entry---> Korea Part 6










# My Korea Story Part 4

Assalamualaikum...


Day 4 ---> Nami Island, Everland, Dongdaemun Market


Hari keempat saya di Korea, kami sudah mula meninggalkan ski resort dan bertolak ke Nami Island. Nami Island adalah tempat pengembaraan drama popular korea "winter sonata". Bertuah sangat dapat ke sini sebab boleh menyaksikan kecantikan pokok-pokok chesnut yang diselaputi salji.

Nak cerita sikit sejarah Pulau Nami ni, Pulau Nami ni bentuknya macam bulan sabit dan terletak di Chuncheon, Korea Selatan. Pulau Nami ni terbentuk disebabkan oleh air yang semakin meningkat di Pulau Han akibat Pembinaan Empangan CheongPyeong pada tahun 1944.



Yang belakang tu peta Nami Island. Kecil jer pulau ni, adalah dalam 430,000 square metre.


Masa pergi ni memang ramai sangat tourist yang datang, agak sesak jugak jalan antara pokok-pokok chesnut ni. Tapi view dekat sini memang cantik.


Antara permandangan yang dapat dilihat di sekitar pulau nami. Tanah-tanah penuh diselaputi dengan salji.


Ada kafe kecil di pulau Nami ni, sesiapa yang nak minum kopi dan teh bolehla singgah di kafe ni.






Saya dengan Senior Manager saya, Mr. Albert, ada gaya ala-ala James Bond di situ.


Permandangan dari atas feri dan di depan pintu masuk Nami Island ni. Tasik dia membeku dan suhu persekitaran tidak terlampau sejuk seperti di YongPyong Resort.


Bergambar ramai-ramai dengan officemate di depan pintu masuk Nami Island.



Makanan ni kita makan dengan cara balut dengan daun salad dan dicampur sekali dengan bawang putih dan sambal pedas dia.



Bila dah nak habis tu, dia bagi nasi, sos pedas dan seaweed, rasanya sangat fresh, rasa macam  makan nasi goreng seafood.




Masa ni belum lagi diletakkan sos pedas, sebab bila dah letak dah tak sempat nak ambil gambar, sebab dah sangat teruja nak makan.


Sedap sangat sampai nasi orang sebelah pun kene pau dengan kami. Terlalu lapar sebab terlalu banyak sangat berjalan, dapat pula makan panas-panas macam ni. Rindu rasanya nak makan macam ni lagi.



Selepas itu kami teruskan perjalanan kami ke Everland Theme Park, yang terletak tidak jauh dari Seoul. Saya tak pasti berapa jumpa kos tiket untuk masuk ke Everland, sebab semuanya sudah disediakan oleh tour guide kami. Everland ni besar ok, kalau setakat 3 jam di dalam ni memang tak cukup, kalau boleh kena ada dalam ni satu hari baru puas hati nak cuba semua permainan dekat dalam ni.







Kpop Hologram di belakang, tak sempat nak masuk nak tengok macam mana rupanya Kpop Hologram.





Jalan-jalan naik kereta kabel untuk turun ke bawah.



Nak bagitau, saya naik roller coaster ni. Mula-mula ingat roller coaster ni biasa jer macam di sunway lagoon. Rupa-rupanya lagi power dan lebih scary dari yang ada di Malaysia. Teringat yang Running Man si Jae Suk pernah naik roller coaster ni lebih dari 5 kali sebab tak lepas cabaran. Macam mana dia boleh tahan. Saya naik sampai sakit perut dan jerit macam nak terkeluar anak tekak. Lagi satu, kami banyak habiskan masa beratur nak naik roller coaster ni, adalah dalam 40 minit juga kami beratur untuk naik roller coaster ni.



Malam-malam macam ni memang sejuk. Maka, aktiviti pemujaan api pun dilakukan untuk memanaskan diri. 



Saya nak naik permainan ni tapi tak sempat, huhu..jadi ambil gambar sajalah. Ingat nanti bolehlah feeling-feeling stairway to heaven sikit.



Banyak benda tak sempat nak buat, nak turun di bawah tu pun tak ada masa, jadi ambil gambar dari atas sajalah. Kat bawah tu macam pesta lampu macam kat I-City, tapi yang ni lagi cantik.



Last sekali, malam itu kami singgah ke Dongdaemun Market di Seoul untuk shopping dan makan malam. Makan malam tidak disediakan, jadi kami kena mencari makanan sendiri di sekitar dongdaemun market.


Sempat juga ke shoping kompleks sekitar Dongdaemun ni, kebanyakannya menjual baju-baju sejuk dan sweater panas. Kalau nak cari baju sejuk murah-murah bolehla datang ke shoping kompleks dekat sini. 



Malam tu saya makan toppoki dan susu pisang. Beli dekat sekitar tepi jalan saja. Ada juga pengalaman mencari makanan sendiri dan dapat juga merasa keaslian toppoki korea. Tak sempat nak ambil gambar toppoki dan kedainya.






Setelah seharian berjalan, akhirnya dapat juga berehat. Rasa macam nak tercabut tulang-tulang belakang. Tak tahulah dah berapa kali terlelap dalam bas. Hotel terakhir kami ialah Coatel Hotel di Gangnam. Hotel dia agak mewah dan selesa, dan yang paling menarik hotel ini ada menyediakan mesin basuh dan satu router wifi untuk kegunaan guest dia. Menarik tau, mana dapat hotel macam ni di Malaysia. Dah macam 1 pakej rumah yang lengkap. 

Di Korea ni memang senang nak cari wifi percuma, kita hanya perlu search saja, terus dapat internet. Negara maju macam Korea ni kelajuan internet dia memang bagus dan memang dapat memudahkan kita sebagai pelancong asing mendapat kemudahan internet.


Next Entry---> Korea Part 5