Tuesday, 14 October 2014

Jangan Bersedih

La Tahzan Innallaha Ma' ana!.. 

Maksudnya: Janganlah Engkau Bersedih, Kerana Allah Bersama Kamu.



Beringatlah, Allah akan ada selalu bersama hambanya yang dalam kesusahan dan dalam kesedihan. Hidup yang penuh dengan dugaan dan cabaran membuat diri kita semakin tertekan dan menyeksakan. Lebih-lebih lagi bila mengingatkan kesilapan yang lalu. Menyesal di atas kesilapan yang lalu memang tidak dapat dinafikan. Tetapi kekuatan yang ada tidak cukup untuk melupakan kesilapan yang lalu.

Diri ini ingin berubah menjadi lebih baik, bagaimana harus melupakannya ya Allah, kenapa harus menjadi begini, sedangkan dulu hambamu mampu untuk melupakan dan mengatasinya. 




Hanya kepada Allah hambamu berserah dan engkaulah tempat ku kembali. Kekecewaan lalu yang pernah dirasai haruslah dilupakan dan di buang jauh ke dalam sudut hati. Pergilah dan jangan kembali, jangan himpitku dengan janji-janji palsu dan kata manismu.


Pergilah kesedihan yang melanda, dan aku akan serahkan segalanya pada yang maha esa dan terimalah taubat Ya Rabbi. 



P/S: Sebuah nukilan yang sedikit sebanyak dapat menenangkan jiwa yang dalam kesedihan.


Tuesday, 7 October 2014

Waktu Bila Nak Buat Solat Sunat Tahajjud?

Assalamualaikum...

Apa yang dimaksudkan dengan 1/3 malam untuk tahajjud? Dah lama sebenarnya nak tahu apa yang dimaksudkan dengan 1/3 malam untuk menunaikan solat sunat tahajjud. Tapi sebelum tu, apakah kelebihan solat sunat tahajjud? Solat sunat ni memang sangat besar ganjarannya sehingga ia ada disebut di dalam Al-Quran di dalam surah al-isra' ayat: 79:

Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (al-Isra’ : 79)

Bilakah bermulanya sepertiga malam itu?, Ianya bermula selepas solat Isyak sehingga sebelum masuk waktu Subuh, dan ia dibahagikan kepada 1/3 bahagian. Kalau jarak antara waktu Isyak dan Subuh adalah 9 jam, maka 3 jam pertama selepas Isyak dikira 1/3 awal, 3 jam kedua dikira 1/3 pertengahan, dan 3 jam terakhir adalah dikira 1/3 akhir malam.
So, kalau susah sangat nak bangun 3 atau 4 pagi tu, boleh la bangun tahajjud sebelum waktu subuh, pukul 5 pagi macam tu pon dah ok. Dan yang penting ianya digalakkan untuk dilakukan 1/3 akhir malam kerana waktu sebelum waktu subuh adalah waktu sahur dan digalakkan supaya banyakkan berdoa untuk memohon keampunan
(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.” (Ali Imran : 17)


Marilah bersama-sama mengambil peluang keemasan yang Allah nak bagi. Ia adalah salah satu cara untuk mendekatkan lagi diri kita kepada Allah.
p/s: pesanan untuk diri saya sendiri juga.



*Bacaan doa qunut untuk solat subuh. (Sebagai selingan)



Monday, 6 October 2014

Dubu-dubu and Shopping

Hello...

Boleh dikatakan tekak aku memang suka makanan korea, almaklumlah selalu sangat tengok cerita korea, itu yang sampai terpengaruh dengan makanan diorang.

So, untuk memuaskan tekak yang dah lama nak makan makanan korea, maka pergilah aku ke Dubu-dubu di One Utama. Aku telah mimilih untuk order satu set bibimbap. Sebenarnya banyak lagi pilihan makanan lain di Dubu-Dubu, tapi bagi akulah bibimbap adalah paling sedap dalam banyak-banyak menu yang tersenarai di Dubu-Dubu.


*Satu set Beef Bibimbap. Set merangkumi sos, kimchi, ikan bilis goreng, sayur kacang panjang, dan sup tauhu. Nak bagitau kat sini taugeh die memang banyak. haha



* Inilah yang terjadi selepas semua bahan digaulkan bersama. Nak bagitau memang kenyang habak hang..memang kalau pergi tak pernah nak habis makanan dia. Satu set ni adalah dalam RM 20++ kalau dah termasuk tax.




Lepas habis makan pegi jalan-jalan kejap ke Daiso. Kat Daiso ni banyak barang yang comel-comel. Semuanya harga Rm 5.


Sebab barang-barang dia yang comel dan murah, maka, aku pon telah terbeli satu set cream squeezer. Tapi bila nak digunakan, pon tak tau la...tunggu mood nak buat kek kembali semula.


Ini adalah salah satu barang yang perlu ada kalau nak pergi travel, iaitu Compression bag. Baik prepare beli dari sekarang untuk memudahkan kerja aku bila nak travel ke oversea nanti. 
(p/s: Feeling tak sabar dah sebenarnya)















My Beautiful Hometown

Assalamualaikum...

Entry kali ini saje nak share the beauty of my hometown. Dah lama sangat tak balik (*padahal sebulan je pon) halaman rumah dipenuhi dengan bunga-bunga kertas yang warna warni. Cuaca pulak sangat nyaman. 



* Banyakkan pokok bunga yang mak iolss tanam, dah macam taman bunga.




*Pokok gantung pon ade ataupun ade jugak orang panggil pokok janggut



* Bahagian tepi rumah. Belakang dan tepi rumah memang banyak pokok kelapa. Bagan Datoh memang popular dengan tanaman kelapa



* Bunga kat tanah tue tak tau bunga apa, dah macam karpet.



* Sweet flower.









Balik Kampung

Assalamualaikum...

Sambutan Hari Raya Haji memang tak lengkap tanpa kehadiran keluarga dan sanak saudara. Hari Raya Haji tahun ni tak buat korban pun, cuma balik jumpa keluarga dan makan bersama. Cuaca pulak sentiasa hujan dan sejuk. Air di kolah dah macam ais batu. Dah lama tak rasa suasana di kampung pada musim hujan.

Sejak balik kampung ni 24 hours kerjanya adalah makan, makan, dan makan. Almaklumlah dah lama tak makan masakan mak. Mak pulak masak sedap-sedap, lagilah berselera nak makan.




*Variety of food for breakfsat: Lemang, Nasi impit, Kuah kacang, Rendang ayam & Nasi goreng.
Semuanya memang sedap, rase macam nak makan lagi.


*Sup tulang lembu in the making. Orang buat korban kita pon dapat jugak habuan. 

So, esoknya before nak balik ke subang, mak masak bihun sup tulang lembu, so marvelous dengan ditambahkan lagi dengan sambal kicap pedas. Orang Perak ni kalau tak pedas memang tak sah.





Tuesday, 30 September 2014

Solat Sunat Dhuha

Practice make perfect!! Macam mana nak consistent melakukan solat sunat dhuha? Antara solat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasulullah adalah solat Sunat Dhuha.

Terasa kerdil bila semakin melupakan kelebihan dan kekuatan solat sunat dhuha. Kesibukan urusan dunia tidak seharusnya menjadi alasan kita mengabaikan salah satu solat sunat yang akan memurahkan rezeki kita dan menolak kepapaan.

Niat untuk solat Sunat Dhuha :


Doa selepas selesai solat Dhuha:



























Doa ni memang senang nak ingat sebab ada satu kumpulan nasyid yang ada menyanyikan doa ni, tak ingat kumpulan nasyid yang mana, tapi kalau selalu dengar memang senang nak hafal doa ni.

Monday, 29 September 2014

Dinner with Office Mate

Sudden dinner di Majestic Hotel Kuala Lumpur Sabtu lepas 27 Sept 2014 memberi seribu kenangan, bcoz unexpectedly boleh menang 2nd prize lucky draw..(^__^).

Actually dinner ni dinner bersama The Electrical and Electronics Association Malaysia (TEEAM). So kat situ memang ramai la elektrikal-elektrikal kontraktor dan supplier yang semuanya based on electrical punya background.

Not much interesting, but not boring because event ni diselang selikan dengan entertainment yang boleh mengelakkan kebosanan.



Makanan pulak lebih kepada chinese food. No wonder lah, sebab majoriti yang datang event ni pon kebanyakannya chinese. 



*Sempat lagi bergambar dengan chandelier 


*Bukti menandakan dah berjaya memenangi 2nd Prize lucky draw. (^__^)

Sekurang - kurangnya dapat la mengisi kebosanan hujung minggu dengan event macam nie. Boss please invite me again for this kind of event.