Thursday, 25 September 2014

KFC Free Coupon Voucher

Pagi pagi lagi time bukak FB ternampak satu iklan pasal KFC nak bagi RM 50 Free Coupon Vouchers. So apa lagi just follow instruction dan klik saja apa yang patut. Aku kalau benda free memang laju. Siapa la kat dunia ni yang tak suka benda free kan?



* KFC Malaysia di Facebook




* Then last sekali dia keluar macam ni, nampaknya kena tunggu sampai November la ni.


Sesiapa yang nak mencuba tu boleh la try buka KFC Malaysia FB page. Good Luck.

Wednesday, 24 September 2014

Hampir Terjerumus dengan MLM

Semua pasti tahu yang MLM ni Multi Level Marketing yang ada downline dan upline seta beberapa leader. Sebenarnya bukan semua MLM ni menipu, ramai yang dah berjaya tapi usaha kena lebih la untuk mencari downline kita sendiri

Tapi yang pasti RM 75 memang dah hangus sebab dah terjadi ahli. Tak tau la apa yang telah menghasut sehingga sanggup menggadaikan RM 75 untuk menjadi ahli, huhu nasib baik tak banyak yang tergadai.

Orang orang MLM memang diorang pandai bercakap, kita yang rasa stranger pada dia pon boleh senang percaya apa yang diperkatakan. Memang itulah konsep perniagaan MLM, kene pandai berkata dan pandai menarik minat orang. Hampir jugak nak terbeli produk diorang, sebab kalau nak join, haruslah membeli produk yang harganya beribu riban. haha.

Memanglah kalau nak berniaga kita harus keluarkan modal, tapi kalau rasa diri ini tak mampu better lupakan.

Malas nak mention jenis MLM yang terjoin..huhu. Tapi yang pasti komitmen kena tinggi kalau nak berjaya dalam MLM.

Saya sebenarnya sedar siapa saya dan memang kurang bakat dalam bercakap dan menerangkan sejenis produk kepada orang yang kita tak kenal. So, memang terkubur hasrat hendak memasuki perniagaan MLM.


*Konsep MLM


Kepada mereka yang rasa nak berniaga atau hendak mencari side income yang lain, MLM maybe salah satu jalannya. Terpulang kepada masing-masing.

Minggu Pertama Memakai Braces

Masuk hari ini sudah hampir 5 hari aku memakai braces. Kepada yang dah ada pengalaman memakai braces maybe paham suasana dia macam mana.

Hari pertama pakai memang tak sakit, tapi mulut kita akan terkejut dengan bendasing dalam mulut kita, sampaikan tak boleh nak tutup mulut kot. Bukan setakat tak boleh tutup mulut, cakap pon macam dah sengau...huhu.

Bila dah pakai memang rasa agak Down jugak time tue, rase macam nak suruh doktor cabut balek jer braces ni. Tapi dikuatkan jugak hati untuk meneruskan, sebab banyak duit yang dah dilaburkan.

Kalau dah pakai memang tak akan terlepas dengan ulser. Ulser tu memang sakit, tau sebab ape, sebab nanti bibir kita akan berlanggar dengan dawai-dawai besi dan braket pada braces. Itu yang akan menyebabkan ulser. Tapi bila dah lama dan terbiasa, ulser tue pon dah tak rasa sakit dah, cuma yang tinggal adalah kesan dia jer.

Jangan risau nanti doktor akan bagi ubat ulser dan lilin atau wax yang akan kita tampal pada braket untuk mengelakkan perlanggaran yang serius pada bibir atau pipi kita.


Jenis inilah braces yang dipakai, dipanggil Damon Braces.

Doktor gigi cakap braces jenis ni cepat sikit tempoh pemakaian, maybe kurang dari 2 tahun, tapi ikut condition gigi jugak.


Bekalan peralatan gigi yang disediakan oleh doktor.

Lepas ni memang kene hygiene dalam pembersihan gigi, banyak perkara yang perlu dilakukan. Kalau lepas makan kene cepat cepat kumur untuk mengeluarkan sisa makanan yang tersangkut pada braket kita.


Makan haruslah yang lembut dan tidak keras, supaya senang ditelan dan dikunyah. Tapi sebenarnya tak boleh kunyah pon time first day pakai..huhu.

Akibat banyak sangat yang tak boleh dimakan, maka berat pon sudah susut sebanyak 3kg. Ini adalah di antara kebaikan dalam memakai braces, dalam pendapat saya lah...huhu.

Sekarang tengah pilih gambar sebagai bukti telah pakai braces,wait for the next entry...

Bermulalah Kehidupanku Sebagai Pemakai Gigi Besi (Braces)

Semua orang pasti tahu yang braces ni adalah pendakap gigi yang dipasang pada gigi untuk mendapatkan susunan gigi yang cantik. Sudah sekian lama sebenarnya untuk memasang braces ni. Almaklumlah gigi memang tak berapa nak cantik dan bila time ambil gambar memang tak boleh nak tayang gigi langsung...sadis (-__-).

Bermula pada 18 Sept 2014 gigiku telah dipasang sepasang braces atas dan juga bawah gigi. Tapi, banyak lagi prosedure yang kita kene lakukan sebelum pasang braces, antaranya:

Appointment 1: Cuci gigi (Scaling) , Pakai Elastic Band, Cabut 2 batang gigi, X-Ray = RM 500

Appointment 2: Cabut 2 batang gigi lagi = RM 140

Appointmet 3: Pasang Damon Braces =  Deposit RM 1500

So Total untuk 3 kali appointment adalah = RM 2140.

Itu belum kira lagi ansuran bulan sebanyak RM 250 untuk 18 bulan..huhu, so kepada yang berkeinginan untuk memakai braces, kenalah ada financial yang kukuh. Kepada yang berkemampuan maybe xde masalah.

Saya telah memilih sebuah Klinik Gigi yang berdekatan dengan tempat tinggal saya iaitu Klinik Gigi Dr. Smile.


* Gambar dari FB DSR Smile

* Gambar dari google

Ini adalah rawatan yang disediakan, yg paling best klinik ni malam pun buka.



Gambar sebelum pakai braces, sekarang memang  tak dapat nak senyum macam ni dah..huhu.






Monday, 15 September 2014

Kenduri Kahwin Di Shah Alam

Nak throwback kenduri kahwin yang sebelum ni. Kenduri kahwin kawan satu universiti jugak, tapi yang ni dekat saja, dekat Shah Alam. Kedua dua pengantin lelaki dan perempuan adalah kawan satu seuniversiti dan bertemu jodoh selepas tamat belajar.



Ni gambar photoshoot bersama pengantin.

Selamat pengantin baru Nadzaty azma dan Fariz.




Friends Wedding

Bulan ni saja sudah ada 3 wedding invitation, kebanyakannya wedding cousin dan kawan satu universiti. Baru baru ini ada invitation wedding dekat Johor Bharu. Malas nak cakap banyak layan je lah gambar gambar time wedding tue..




Selamat pengantin baru kawan satu UPM Aqilah Razali dan Suami semoga bahagia kekal ke akhir hayat.


Gambar bersama pengantin perempuan.


Lepas jer habis wedding terus kami decide nak pergi Johor Premium Outlet (JPO). Tak beli apa pun, just window shopping and cuci mata. Barang kat sini sumenye branded, hanya mampu melihat saja, huhu.


Bergambar bersama geng-geng konvoi dan bridesmaid.


Aktiviti mengtesting sunglasses mahal di JPO..huhu.. hanya mampu mencuba.

Tuesday, 1 July 2014

Kejadian yang sama berulang kembali

On the way nak balik rumah semalam lepas balik keje, bonet myvi ku telah dilanggar oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Kejadian ini berlaku dalam pukul 6 petang ketika hujan lebat. 



Inilah kemek yang terhasil. Bincang punya bincang dengan pak cik tersebut sampai bole menimbulkan pergaduhan. Tetapi nasib baik bole bersabar lagi. Time tu sorang2x, so memang kene berani kalau nak settle kan masalah ni, terutama kita sebagai perempuan. Jangan mudah nak mengalah!!. Pak Cik ni tak nak bertanggungjawab dan nombor telefon juga tak mau bagi. So conclusion, buat report di balai. Sekian...

Tips ketika berlaku kemalangan.
1. Ambil nombor kereta yang melanggar.
2. Ambil gambar kereta yang melanggar dan kerosakan yang terjadi.
3. Kalau individu tersebut tidak mahu bekerjasama, buat report di balai saja.