Friday, 9 January 2015

# My Korea Story Part 4

Assalamualaikum...


Day 4 ---> Nami Island, Everland, Dongdaemun Market


Hari keempat saya di Korea, kami sudah mula meninggalkan ski resort dan bertolak ke Nami Island. Nami Island adalah tempat pengembaraan drama popular korea "winter sonata". Bertuah sangat dapat ke sini sebab boleh menyaksikan kecantikan pokok-pokok chesnut yang diselaputi salji.

Nak cerita sikit sejarah Pulau Nami ni, Pulau Nami ni bentuknya macam bulan sabit dan terletak di Chuncheon, Korea Selatan. Pulau Nami ni terbentuk disebabkan oleh air yang semakin meningkat di Pulau Han akibat Pembinaan Empangan CheongPyeong pada tahun 1944.



Yang belakang tu peta Nami Island. Kecil jer pulau ni, adalah dalam 430,000 square metre.


Masa pergi ni memang ramai sangat tourist yang datang, agak sesak jugak jalan antara pokok-pokok chesnut ni. Tapi view dekat sini memang cantik.


Antara permandangan yang dapat dilihat di sekitar pulau nami. Tanah-tanah penuh diselaputi dengan salji.


Ada kafe kecil di pulau Nami ni, sesiapa yang nak minum kopi dan teh bolehla singgah di kafe ni.






Saya dengan Senior Manager saya, Mr. Albert, ada gaya ala-ala James Bond di situ.


Permandangan dari atas feri dan di depan pintu masuk Nami Island ni. Tasik dia membeku dan suhu persekitaran tidak terlampau sejuk seperti di YongPyong Resort.


Bergambar ramai-ramai dengan officemate di depan pintu masuk Nami Island.



Makanan ni kita makan dengan cara balut dengan daun salad dan dicampur sekali dengan bawang putih dan sambal pedas dia.



Bila dah nak habis tu, dia bagi nasi, sos pedas dan seaweed, rasanya sangat fresh, rasa macam  makan nasi goreng seafood.




Masa ni belum lagi diletakkan sos pedas, sebab bila dah letak dah tak sempat nak ambil gambar, sebab dah sangat teruja nak makan.


Sedap sangat sampai nasi orang sebelah pun kene pau dengan kami. Terlalu lapar sebab terlalu banyak sangat berjalan, dapat pula makan panas-panas macam ni. Rindu rasanya nak makan macam ni lagi.



Selepas itu kami teruskan perjalanan kami ke Everland Theme Park, yang terletak tidak jauh dari Seoul. Saya tak pasti berapa jumpa kos tiket untuk masuk ke Everland, sebab semuanya sudah disediakan oleh tour guide kami. Everland ni besar ok, kalau setakat 3 jam di dalam ni memang tak cukup, kalau boleh kena ada dalam ni satu hari baru puas hati nak cuba semua permainan dekat dalam ni.







Kpop Hologram di belakang, tak sempat nak masuk nak tengok macam mana rupanya Kpop Hologram.





Jalan-jalan naik kereta kabel untuk turun ke bawah.



Nak bagitau, saya naik roller coaster ni. Mula-mula ingat roller coaster ni biasa jer macam di sunway lagoon. Rupa-rupanya lagi power dan lebih scary dari yang ada di Malaysia. Teringat yang Running Man si Jae Suk pernah naik roller coaster ni lebih dari 5 kali sebab tak lepas cabaran. Macam mana dia boleh tahan. Saya naik sampai sakit perut dan jerit macam nak terkeluar anak tekak. Lagi satu, kami banyak habiskan masa beratur nak naik roller coaster ni, adalah dalam 40 minit juga kami beratur untuk naik roller coaster ni.



Malam-malam macam ni memang sejuk. Maka, aktiviti pemujaan api pun dilakukan untuk memanaskan diri. 



Saya nak naik permainan ni tapi tak sempat, huhu..jadi ambil gambar sajalah. Ingat nanti bolehlah feeling-feeling stairway to heaven sikit.



Banyak benda tak sempat nak buat, nak turun di bawah tu pun tak ada masa, jadi ambil gambar dari atas sajalah. Kat bawah tu macam pesta lampu macam kat I-City, tapi yang ni lagi cantik.



Last sekali, malam itu kami singgah ke Dongdaemun Market di Seoul untuk shopping dan makan malam. Makan malam tidak disediakan, jadi kami kena mencari makanan sendiri di sekitar dongdaemun market.


Sempat juga ke shoping kompleks sekitar Dongdaemun ni, kebanyakannya menjual baju-baju sejuk dan sweater panas. Kalau nak cari baju sejuk murah-murah bolehla datang ke shoping kompleks dekat sini. 



Malam tu saya makan toppoki dan susu pisang. Beli dekat sekitar tepi jalan saja. Ada juga pengalaman mencari makanan sendiri dan dapat juga merasa keaslian toppoki korea. Tak sempat nak ambil gambar toppoki dan kedainya.






Setelah seharian berjalan, akhirnya dapat juga berehat. Rasa macam nak tercabut tulang-tulang belakang. Tak tahulah dah berapa kali terlelap dalam bas. Hotel terakhir kami ialah Coatel Hotel di Gangnam. Hotel dia agak mewah dan selesa, dan yang paling menarik hotel ini ada menyediakan mesin basuh dan satu router wifi untuk kegunaan guest dia. Menarik tau, mana dapat hotel macam ni di Malaysia. Dah macam 1 pakej rumah yang lengkap. 

Di Korea ni memang senang nak cari wifi percuma, kita hanya perlu search saja, terus dapat internet. Negara maju macam Korea ni kelajuan internet dia memang bagus dan memang dapat memudahkan kita sebagai pelancong asing mendapat kemudahan internet.


Next Entry---> Korea Part 5








Thursday, 8 January 2015

Resepi Kimchi yang Simple dan Sedap

Assalamualaikum...

Nama jer blog ni kimchi, tapi tak ada pula cerita pasal kimchi. Ok, sekarang ni nak cerita aktiviti semalam saya. Selepas 2 minggu balik darik Korea, tekak ni mula rindu dengan makanan Korea, terutama kimchi. Nak beli kimchi yang dah siap di pasaraya memang mahal, baik buat sendiri dengan kos yang paling minimum dan hasil yang memuaskan.

Resepi untuk membuat kimchi:


Bahan-bahan utama:

1. 1 batang kubis cina

2. 2 batang karot

3. 6 Cili padi

4. Daun bawang (tak letak)

Bahan-bahan pes:

1. 1 1/2 biji bawang holland

2. 5 ulas bawang putih

3. 1 inci halia

4. 5 sudu besar Cili kisar

5. 2 sudu besar sos ikan

6. 3 sudu besar serbuk cili (nak pedas letak lebih)

7. 2 sudu besar gula

8. 1 sudu besar garam

Bahan-bahan untuk perapan:

1. Garam

2. Air






Kubis cina yang baru dibeli dipotong 4 dan dibasuh bersih-bersih dengan air yang bersih. Lepas tu lumurkan dengan garam di setiap helaian daun kubis.Selepas semua dilumur dengan garam, simpankan kubis di dalam peti ais semalaman. 

Saya buat kerja melumur ni dalam bilik untuk mengelakkan gangguan teknikal dari anak-anak buah, sambil melumur kubis sambil menonton "roomate 2".




Taraa.. selepas semalaman dilumur dengan garam, kubis menjadi lembik dan sangat tidak bermaya. Kasi potong kubis kecil-kecil dan basuh dengan air paip sinki. Buang air garam pada kubis untuk mengelakkan garam berlebihan pada kubis dan menyebabkan kemasinan melampau pada kimchi anda.


Tak sempat nak snap gambar bawang, yang ni selepas bawang holland, bawang putih, halia, gula dan air dikisar di dalam blender. Air jangan letak banyak sangat sebab kubis itu sendiri nanti akan membekalkan air pada kimchi itu nanti.


Cili kisar dan lobak merah yang telah diparut. Saya guna cili giling sedia ada di Tesco, sebab malas nak blender cili kering. 


Campurkan kesemua bahan-bahan pes ke dalam bekas kubis.


Masukkan lobak merah dan gaulkan bagi rata kesemuanya. Jangan lupa masukkan sos ikan ketika menggaul kesemua bahan-bahan di atas. Jangan lupa untuk masukkan serbuk cili untuk menyerikan lagi kimchi anda dengan warna yang lebih merah dan menambahkan rasa pedas pada kimchi.


Masa nak snap gambar ni, tangan tinggal sebelah saja. Sebab sebelah lagi guna untuk menggaul kubis, dan inilah hasilnya.


Kalau nak pedas lagi tambahkan lagi cili padi ikut kesukaan sendiri. Nak letak satu mangkuk pon tak apa.


Ok, dah siap akhirnya kimchi saya. Simpan dalam peti ais untuk proses perapan yang sempurna. Kimchi ni sedap dimakan dengan nasi campur, bubur dan ramyun. Selain tu, makan dengan maggi pon sedap juga.









Wednesday, 31 December 2014

# My Korea Story Part 3

Assalamualaikum...


Day 3----> Yong Pyong Ski Resort


Hari ketiga di Korea masih lagi di Yong Pyong Resort. Hari ini kebanyakan aktiviti yang dilakukan adalah aktiviti sendiri. Bagi yang menyewa ski boleh bermain ski. Saya pula memang tak mampu nak menyewa satu set ski yang kalau dikira semula bersamaan dengan RM 300 duit kita. Baik simpan duit untuk shopping.


Lepas sarapan di hotel, semua berkumpul untuk aktiviti seterusnya iaitu menaiki kereta kabel untuk naik ke atas puncak bukit Yong Pyong Resort. Sangat excited sebab view dekat atas cantik-cantik dan banyak tempat yang boleh diambil gambar. Sebelum naik kereta kabel beratur dulu. Muka dah kene balut dengan pashmina sebab hidung dah semakin berair.



Orang-orang yang nak main ski ini beratur macam nak pergi perang pun ada


I'm ready to go.


Kami dah bersedia nak berangkat ke atas. Satu kereta  boleh dimuatkan dalam 8 orang pada satu-satu masa.


Cute oppa pon naik bersama ke atas. ( ^ __ ^ ). 





Such a nice view from above. Tangan masih menggeletar masa nak ambil gambil ini.


Bergambar bersama bos dan monopod juga tidak ketinggalan. View yang cantik yang boleh dilihat dari atas. Sejuk dan angin yang kuat memang tak boleh nak cakap apa, warmer pad mesti ada dalam poket untuk mengelakkan tangan dari jadi beku. 



Aktiviti ketika berseorangan adalah selfie dan selfie dengan monopod kesayangan aku.



Time to selfie with 4 of us. Fantastic 4 Uolss...


Lepas turun dari kereta kabel, rehat sekejap dalam hotel dan dalam pukul 3 petang macam tu kami turun balik ke ski resort untuk bermain salji dan membuat snowman.


Boleh dikatakan kami ni macam budak-budak bila jumpa salji, nak buat macam mana boleh jumpa sekali seumur hidup saja.



Aktiviti membuat snowman


Inilah snowman yang tak berapa nak menjadi dari saya. Susah juga nak buat snowman, kepal-kepal tak jadi bulat. Boleh la asalkan ada bentuk snowman.



Untuk dinner kami makan seafood steamboat dan macam biasa disertai dengan hidangan sampingan yang lain seperti kimchi, tauhu, taugeh dan seaweed. Rindu nak makan macam ini lagi. Suka makan macam ini sebab kebanyakannya hidangan makanan orang korea mesti ada kimchi dan garam yang disediakan dalam satu mangkuk kecil. Sebelum makan disunatkan untuk makan sedikit garam seperti yang disunahkan oleh nabi kita. Kimchi pula bagus untuk perut sebab fungsi dia sama seperti yogurt yang boleh melancarkan proses pembuangan dalam usus kita. Balik Malaysia nanti nak buat kimchi.


*Hari keempat di Korea---Next Entry







Tuesday, 30 December 2014

# My Korea Story Part 2

Assalamualaikum...


Korea Day 2----> Mount Sorak


Hello, hari kedua saya di Korea bermula dengan sarapan di hotel. Hari ini kami semua akan ke mount sorak ataupun boleh dipanggil seoraksan national park dan seafood market. Angin memang kuat dekat mount sorak ditambah dengan salji yang turun menyebabkan kami tidak dapat untuk menaiki kereta kabel. Huhu sedih sangat sebab tak dapat naik kereta kabel di mount sorak. Permandangan memang cantik dekat mount sorak.


Ini sarapan saya di waktu pagi. Nasi, kimchi, scramble egg, salad, potato wedges, sup jagung dan orange juice, yang pasti semua boleh di makan. Kat korea ini kalau boleh elakkan pengambilan daging dan ayam sebab mencari yang halal itu wajib. Kena makan makanan berasaskan sayur dan makanan laut sahaja.



Kedai menjual topi dan glove di depan pintu masuk mount sorak. Rupa-rupanya peniaga yang menjual dalam kedai ini pandai cakap melayu. Senang sikit nak berkomunikasi. Sempat lagi beli gloves dan snow cap disebabkan gloves yang saya beli di daiso memang tidak dapat menampung kesejukannya. Snow cap yang saya beli berharga 12000 won dan gloves 15000 won. Sebenarnya agak mahal kalau diconvertkan ke duit Malaysia.



Indahkan ciptaan Allah. Beruntung sangat dapat tengok permandangan dekat sini. Saya kene pakai mask sebab angin terlalu sejuk. 





Tengan jalan pun rasa macam nak terbang. Sebab angin terlalu kuat dan kaki teramatlah sejuk untuk bergerak. Kesannya kulit kaki habis merekah sebab tak dapat nak tahan sejuk. Jadi, kenalah sapu banyak losyen di kaki.


Bergambar dengan officemate. Semua sedang menahan kesejukan. 




Gambar ini diambil di seafood market, berhampiran dengan perkampungan nelayan. Nampak gemuk masa pakai baju ini. Lantaklah, janji boleh tahan sejuk.


Harga bagi setiap satu menu yang dipamerkan. Kena tanya ahjumma ni kalau nak tahu setiap satu harganya berapa.



Sedap kot udang tempura yang Ahjumma ini jual, memang terasa fresh dari laut lagi.



Sotong fresh dari laut, tak paham apa yang ahjumma ni tulis dekat sotong ini.


Lepas puas berjalan di mount sorak dan seafood market, kami dibawa untuk makan tengahari di sebuah restoran korea.



Ini adalah makanan tengahari kami yang berkonsepkan makanan vegetarian. Tauhu, kimchi, seaweed, cendawan dan banyak lagi. Tak tahu kenapa saya masih berselara nak makan lagi. Kalau duduk Korea sebulan pun rasanya masih boleh bertahan lagi dengan makanan dia. Lagi satu, saya memang tak memilih kalau bab makanan, semua boleh masuk kecuali yang haram, batu, kayu dan tanah. (^ ^)


Gambar kenangan mesti diambil walaupun sedang sibuk makan. Dua baris meja ini semua adalah saya punya officemate. 


Lepas makan, bergegas turun ke bawah sebab nak ambil gambar, Ngeee...(^ ^)



Lepas kenyang makan tengahari, dalam 1 jam lebih perjalanan kami sampai ke Yong Pyong Resort. Yong Pyong resort adalah di antara ski resort yang famous di Korea.


Hotel di Yong Pyong adalah di antara hotel terbaik yang saya pernah rasa di korea. Satu malam di hotel ini bersamaan dengan RM 1000 duit Malaysia. Siapa sanggup bayar uolss, haruslah berfikir banyak kali kalau nak pergi sendiri dengan bajet yang tak berapa nak cukup ni.



Yang paling penting semua perkakas dapur disediakan, even periuk nasi pon ada sekali.



Makan malam kami adalah sotong dan sayur. Sedap dan memang menyelerakan. Masih lagi boleh diterima tekak.


Lepas makan malam, jalan-jalan di sekitar ski resort dan ambil gambar bersama officemate.


Nampak tak tiba-tiba dah tukar attire, sebenarnya dah naik ke hotel, lepas itu tengok jam baru dalam pukul 7, so awal lagi, rehat dan ke toilet sekejap, then siap-siap pakai baju semula, ambil monopod dan selfie sampai lebam dengan roomate saya. 



Suhu -8 darjah celcius, nak ambil gambar pun terketar-ketar dan tangan beku semata-mata nak tekan  kamera di telefon, sanggup beku asalkan boleh ambil gambar sepuas-puasnya. huhu..Bila lagi kan, gunakan peluang yang ada sebaik mungkin, sebelum pulang ke Malaysia.


* Korea part 3 --- > Next entry