Monday, 18 January 2016

Cameron December 2015

Assalamualaikum...

Dah masuk tahun 2016, baru nak update blog..rasa macam dah lama sangat tak menulis, otak pun dah beku macam mana nak mengarang kat blog ni.

18-20 December 2015 lepas aku dan family buat satu trip ke Cameron Highland selama 3 hari 2 malam. Sewa untuk satu homestay yang ada 3 bilik adalah dalam RM 590, berbaloi jugak la sebab rumah ni memang best dan bukan kawasan bandar, design rumah ni pun macam ala-ala british. Yang paling best rumah ni khas untuk muslim sahaja. Apartment ni di kawasan Heritage Hotel Tanah Rata. Kalau nak book rumah ni boleh contact Kak Azlia 019-45003500.




Rumah ni memang sejuk, aircond memang tak diperlukan langsung. Rumah ni lengkap dengan perabot dan peralatan memasak. So kalau nak datang sini, cuma bawak makanan untuk di masak saja.



Semua lengkap, siap dengan microwave dan lesung batu pon ada.



Terserlah gigi aku, hehe..gambar ni diambil di hadapan apartment hibiscus kami. Kawasan ni sejuk dan udara dia memang segar, kalau ambil gambar memang cantik.



Bharat Plantation Tea House, yang paling dekat dengan apartment kami. 





Gambar ni dekat Mardi Agro Plantation. Dah tak berapa best sangat Mardi ni, berbeza sangat dengan Mardi yang dulu. Sekarang dah tak banyak bunga yang ditanam.





Kami tak banyak pergi berjalan sangat. Banyak duduk di rumah layan astro dan berselimut. Sebab pergi masa cuti sekolah tapi bukan public holiday, pengunjung memang ramai dan kalau nak ke pekan Brinchang memang kena hadap jem sikit.




Hari terakhir singgah di Big Red Strawberry Farm. Sini best sebab dia punya waffle, aiskrim goreng, strawberry sundae, dan macam-macam lagi. Memang kenyang dan berbaloi kalau datang sini.

Last sekali kami singgah Kea Farm untuk membeli strawberry, jagung manis, dan sayur-sayuran. Kalau ada peluang nak pergi lagi dengan family dan yang tersayang.



No comments:

Post a Comment