11 Syawal bersamaan dengan 27hb July 2015, telah perginya seorang Ayah yang aku panggil sebagai "Abah". Kesihatan Abah sejak awal tahun 2015 sudah semakin teruk. Aku dapat tahu berita kematian Ayah aku dari kakak sendiri, dan sedang bekerja ketika itu. Rasa menggelatar dan terasa macam mimpi, ketika berita itu disampaikan pada aku. Sudah banyak kali Abah mengadu susah bernafas dan Doktor juga ada memberitahu yang bila-bila masa nyawa Abah akan ditarik. Dengan penyakit kencing manis, jantung dan paru-paru berair memburukkan lagi keadaan kesihatan Abah. Kami Adik beradik dah berusaha mengubati Abah, dan tiada apa yang doktor mampu lakukan selain dari ubat yang diberikan untuk mengeluarkan air yang berlebihan di paru-paru Abah.
Gambar raya terakhir bersama Abah. Tak sangka ini gambar terakhir kami sekeluarga dengan Abah.
Raya ketiga, Abah tak nak ambil gambar masa ni.
Tiada apa yang kami adik-beradik dapat lakukan kecuali berdoa supaya Abah cepat sembuh dan dipanjangkan umur. Tapi nak buat macam mana, ini semua qada' dan qadar, yang hidup pasti akan mati.
Agak terkilan jugak sebab tak dapat berada disamping Abah ketika saat hembusan nafas terakhir dia. Cuma salam terakhir yang aku dapat sebelum aku bertolak pulang ke KL selepas seminggu bercuti raya. Tak sangka itu adalah salam terakhir aku dengan Abah. Patutlah hati rasa tak sedap hati ketika nak pulang ke KL.
Ketika talkin dibacakan di tanah perkuburan.
Semoga Abah tenang di sana dan ditempatkan di tempat orang-orang beriman. Tiada apa yang mampu aku bagi selain doa untuk kesejahteraan Abah di sana.
No comments:
Post a Comment