Assalamualaikum..
Entri kali ni nak cerita tentang idea untuk membuat bunga telur dengan menggunakan kertas crepe. Oleh kerana, majlis lagi 3 bulan; so kenalah bersiap sedia dengan 100 kuntum bunga telur.
Nama pun DIY, so semua bahan mestilah di beli sendiri di kedai aksesori barang perkahwinan. Kertas crepe 50sen sekeping, kalau nak buat dalam 100 kuntum bunga, paling kurang kena ada 20 keping kertas crepe untuk 6 lapisan kertas.
Reben, lidi, gam, dawai saiz 26, net telur dan gam penembak harus ada untuk hasilkan bunga telur crepe. Semua bahan ni aku beli di kedai aksesori perkahwinan di LATUR seksyen 7 Shah Alam. Pilihan design ikutlah citarasa sendiri.
Ini lah hasilnya selepas jadikan kipas dan disambungkan dengan ribbon.
Lepas tu ikat bunga pada lidi dengan menggunakan lebihan dawai pada bunga. Better jangan kembangkan bunga dulu bagi memudahkan kerja untuk sambungkan lidi.
Ini lah hasilnya selepas bunga dikembangkan.
Ni contoh bunga telur crepe di kedai LATUR. Nampak serupa tapi tak sama, not bad la untuk first trial. Total cost tak sampai RM 100, maybe dalam RM 50 lebih termasuk aksesori lain.